S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Friday, 7-May-2010 13:40 Email | Share | | Bookmark
muffin lagik!! huhuu ~

 
 
 
View all 5 photos...
Quote:
hehehe sejak 2-3 weeks ni mmg projek muffin jek manjang..bole kata x putus2 stok muffin kt umah nih hehehe sampaikan ngan myra sekali mkn muffin serius dia suke giler muffin nih huhuu mula2 mmg x bg dia lgsung, tp bila tgk mulut dia nganga2 rasa sian lak..cubit skit bg rasa..last2 2-3 cubit gaklaa dia telan aihh kicik2 udah suke mender manis erk..haru2..

yg ni versi muffin len lak...curik resepi fr blog kak noreen..maceh yek. pestime sbn wat muffin vanilla ni... wat 1/2 adunan jek tuk minum ptg, sambil2 nk test recipe baru mkn mlm lak pekene macaroni bakar wif cheese fuhhh manalaaa x makin tembam anak-beranak umah no28 nih!




VANILLA MUFFIN
resepi: kak noreen @ http://noreen-homecooking.blogspot.com/
(12 ketul)


360g tepung naik sendiri - diayak
1/2 camt soda bicarbonat - diayak
125g gula kastor (muffin ni sedang2 jek manis dia, kalau kita prefer tambah skit lg gula dlm 1-2 s/b)
125g butter
125ml susu segar
2 biji telur - dipukul sedikit
2 camt esen vanila

CARA:
1. letakkan campuran tepung dan gula ke dalam mangkuk
2. gaulkan butter dengan tepung hingga sebati
3. masukkan susu, esen vanila dan telur
4. kacau rata dengan garfu hingga sebati
5. sudukan ke dlm muffin cup dan bakar pada 195c selama 20-25 min atau hingga masak





BAKED MACARONI WITH BEEF & CHEESE
resepi : cooks.com (ada ubah suai skit ikut taste lidah melayu...)


2 cwn macaroni
340 gms daging cincang
1 biji bwg besar cincang
1 tin tomato sauce ( i guna tomato puree jek dlm 3 s/b)
garam
1 1/4 cwn susu segar
3 s/b butter
1 1/2 cwn cheese parut mozarella
2 biji telur - pukul
oregano (i tambah)
sos cili (i tambah)
gula (i tambah)
lada sulah (i tambah)
black pepper ( i tambah)

CARA:
1.rebus macaroni + minyak skit hingga lembut..toskan
2.sementara tu panaskan minyak skit, tumiskan bwg hingga layu..masukkan daging cincang, goreng hingga daging masak.
3. masukkan tomato puree, sos cili, garam, gula, lada sulah, black pepper& oregano
4. adjust rasa..siap ketepikan.
5. panaskan butter dlm pan hingga cair, masukkan susu segar & telur..kacau sebentar. ketepikan.
6. sediakan casserol, tuangkan 1/2 macaroni tu dlm casserol..kemudian tuangkan campuran sos daging cincang td...taburkan separuh cheese...kemudian tuang balance macaroni..tuang bancuhan susu& telur td ke atas permukaan macaroni...taburkan cheese selebihnya..
7. bakar dlm oven selama 50min suhu 350c ( i bakar suhu 220C jek selama 40min)
8. aft bakar lehlaa tabur dried parsley kalau suke..sedap mkn panas2 sementara cheese tu cair yummy!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Quote:
GARDENING TIME!!

hahahaa rasanya dah dkt setaun mama x jejak kaki kt balkoni umah...kesnya sbb malas nk siram pokok yg sememangnya sume dah mati tinggal tanah kering jek dm pasu! since skrg dah masuk spring, semangat tgk jiran2 len dok bersidai atas balkoni memasing..mama pun nk nyebok gaklaa dok 'upgrade' balkoni...ritu gi carboot sale nampak org jual pokok2 instant yg comei2 belaka... kebetulan mmg mama malas tui nk semai2 benih ni so sambar jelaa beberapa bijik pasu pokok...blk umah tinggal susun jek kt balkoni..janji rajin siram insyaAllah panjang umurlaa pokok2 tu sampai ke ujung summer nnti maklumlaa summer ni terima tetamu special fr joh..kinelaa kasi up skit balkoni usang tuu ekekeke








Monday, 3-May-2010 09:44 Email | Share | | Bookmark
projek pisang ~

 
 
 
View all 6 photos...
Quote:
mama mmg rajin beli pisang tp malas nk makan kecuali kalau pisang tu dh transform jd cekodok ker, kek ker, muffin ker br laa laju nk mkn bkn apa pisang kt sini sedap sgt2... cantik2 kulit dia mulus gituuu tu yg geram jek nk beli sbb nk buh dlm bowl leh wat 'perhiasan' dapur

pastu tukang abeskan of courselaa en hubby tak pun myra (fav dia pisang puree nih ) heheee dek kerana dah bepuluh2 kali bikin kek pisang yg sama maka kali ni try resepi len lak..mmg x rugi!! sbb kek kali ni amat2 sedap tgk pada rupa biasa jek tp rasa dia waduh2.....super duper delicious! thanks to yani..resepi ni akan masukkan dlm TOP 10 the BEST CAKES dlm collection mama ~




BANANA CARAMEL POUNDCAKE
Resepi: yani@myresepi.com


120g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
90g gula (kalau suke kurang manis better kurangkan skit sukatan gula)
50ml minyak masak
2 biji telur
1 biji pisang (besar)
30g , 1 sudu besar guna, air
2 sudu kecil air

CARA:
1. Ayak tepung dan baking powder. Alas bekas poundcake dgn oven paper atau sapu dgn butter supaya tak melekat. Naikkan suhu oven ke 180C
2. Potong pisang lebih kurang 1cm panjang.
3. Panaskan 30g gula dengan 1 sudu besar air sehingga perang. Padamkan api. Dengan perlahan-lahan masukkan 2 sudu kecil air dan pisang yg telah dipotong. Sejukkan.
4. Masukkan telur, gula, minyak ke dalam mangkuk. Pukul sedikit.
5. Isikan fry pan dengan air, panaskan. Bila air dah panas, letakkan mangkuk tadi. Kacau sehingga gula cair.
6. Masukkan tepung ke dlm 5. Kacau sehingga sebati
7. Tuangkan karamel ke dalam mangkuk no.5 tadi. Kacau dengan perlahan. Biar jadi bercorak-corak.
8. Tuangkan ke dalam bekas poundcake.
9. Bakar dengan suhu 180c selama 35

NOTE: since 1 adunan ni dpt skit, so i gandakan 2 adunan dpt 1 loyang besar, tp sukatan gula dikurangkan sedikit sbb kek agak manis (pada lidah i laa) thanks to kak yani for sharing the recipe




MUFFIN PISANG/BANANA MUFFIN
resepi: wendy khor recipe book (c&p from fp kak madeha & kak ana penang)


ingredients A
400gm melted butter
300gm (6nos) eggs (MaDiHa guna gred A)
200gm milk (MaDiHa guna fresh milk)

Ingredients B
600gm(10pcs) mashed banana (MaDiHa guna pisang putar/pisang masam)
400gm castor sugar (MaDiHa reduced... guna 320 gm saja)
2gm salt

Ingredients C (Ayakkan bersama)
550gm superfine flour (MaDiHa guna tepung gandum)
10gm(2 tsp) baking powder
10gm(2 tsp) sodium bicarbonate ( i kurangkan sukatan 1 tsp saja)

METHODS:
1. Double boil till the butter is dissolved, and let it cool. Add in beaten egg and milk, stir until well combined. (MaDiHa mix guna whisker)
2. Add salt and sugar into the mashed banana, mix until sugar is dissolved.
3. Combine step 1 and step 2, add sieved ingredients(C) to form batter. (jangan terlebih kacau/bancuh)
4. Fill up muffin cup batter, bake in preheated oven at 180C for 20-25 minutes







Wednesday, 28-Apr-2010 10:56 Email | Share | | Bookmark
resepi pilihan

Quote:
resepi yg br pertama kali try...actually mmg lama dah dok cr resepi ayam golek madu yg masyuk2...mcm yg jual kt pasar malam tuu aisehhh bikin leleh air liur! haa ayam golek ni bole aje nk mkn nasi putih, nasi tomato, ani minyak..nasi pilaf pun sodap! nk lebih complete wat acar timun mmg bestlaa kalau mkn ramai2 lg best sbb leh rebut2

ni resepi yg udah diubah suai ikut tekak kita...terpulang pada cita rasa memasing



AYAM GOLEK MADU

ayam 1 ekor - dibersihkan & ikat kaki dia ( bkn takut ayam lari tp xmo dia terkangkang dok molek! )

bahan perap:
4 ulas bwg merah - kisar
3 ulas bwg putih - kisar
1-2 biji cili merah - kisar
2 inchi halia - kisar
3-4 batang serai - kisar
1/3 cwn santan pekat
4-5 s/b madu
2-3 s/b tomato sauce
2-3 s/b chilli sauce
sedikit garam
3 s/b butter - utk tumis
2 s/b minyak bijan - utk tumis

CARA:
1. ayam dikukus dahulu sampai separuh masak...
2. sementara tu, panaskan minyak bijan + butter sampai cair..
3. tumis bhn2 kisar sampai wangi & garing
4. masukkan santan...madu & soso cili & tomato...
5. kacau lg adjust rasa...masak sampai pekat
6. lumurkan bhn2 perap ni ke atas ayam perap 5 jam (lg lama lg sedap)
7. bakar dlm oven sampai masak...20min terakhir setkan oven kpd grill tuk dpatkan kulit ayam yg garing2 sedikit...sesekali sapukan lebihan bhn2 perap ke atas ayam. hidang bersama nasi.




NASI PILAF
resepi: myperiukbelanga.blogspot.com/ c&p fr blog kak nita sheefield


2 1/2 cwn beras basmathi (rendam sejam)
1 ulas bwg besar
1 ulas bwg putih
1 btg kulit kayu manis
2 ketul bunga lawang
3 biji cengkih
2 biji buah pelaga
1 cawan minyak sapi
2 sudu besar kismis hitam
10 biji buah gajus (sajer letak)
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan disimpul
Air utk masak nasik

CARA:
1. Panaskan periuk nasik. Masukkan minyak sapi.
2. Bila minyak dah panas dan cair, masukkan rempah tumis, bwg besar, putih.Kacau2 hingga bwg layu. 3. Kemudian masukkan nasik, buh daun pandan dan air. Air tu bubuh dlm 1cm atas sikit dari beras.
4. Buh garam secukup rasa & tabus kismis& badam.Bila nasik masak, gembur2kan.


Saturday, 24-Apr-2010 12:07 Email | Share | | Bookmark
minum petang...makan malam ~

 
 
 
View all 7 photos...
Quote:
disebabkan skrg ni dah makin panjang siangnya, so perut mmg asyik minta diisi jek ...lg2 kalu dok umah mmg terasa lama sungguh nk menuggu ari gelap.. kalu dulu winter xde minum2 ptg ni...terus mkn mlm! but since ptg skrg mmg panjang...so terpaksalaa wat sikit kudap2an sbg alas perut sementara tunggu dinner ... nnti x lama lg bila masuk summer kompem kine bykkan xtvt luar sbb kalau dah bz lupa kejap kat perut yg lapar tuh.. :bad_ idea

lasagna daging ni mmg fav hubby...tp jarang2 wat sbb xle mkn selalu! sepotong tuu aikshhh kine lari 3-4 kali round park br leh bako kalori dia tu sbb bila dah beto2 rasa teringin barulaa godek..tu pun kine catu gak xle wat byk2...ngam2 tuk mkn sepotong sorang! resepinya simple...kalau nk lg simple guna jek kuah prego dlm botol tuu...




LASAGNA DAGING
resepi : resepi.net (copy paste fr fp kak madiha @ http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=1615546 )


1 bungkus (225 gm) Kulit Lasagna kering
1 s/b marjerin
½ s/k garam
Air secukupnya , untuk merebus
(Kalau dapat beli lasagna instant lagi senang tak payah nak merebus)
125 gm mozarella cheese ~ diparut halus

Bahan2 Sos Daging
2 s/b marjerin
2 biji Bawang Putih, cincang halus
1 biji Bawang Bombay, cincang halus
500 gm Daging cincang (Madiha guna jenama ramlee sepeket 400 gm tu)
250 gm Tomato, kupas, parut (Madiha guna 3 biji ~ just potong2 & terus blend dlm blender basah tanpa air.. tak parut pun)
300 gm Sos Tomato dlm botol - i guna tomato puree jek dlm 2-3 s/b
100 cc Air (madiha guna setengah cawan jek)
3 blok kiub maggi lembu - guna kiub ayam sbb xde lembu
1 s/k Oregano serbuk
½ s/k Garam,
½ s/b Gula pasir

Bahan2 Sos Putih
50 gm marjerin (tak timbang pun.. bubuh dlm 3 sudu besar)
50 gm Tepung gandum ~ bancuh jadikan pes likat dengan sedikit air
400 cc Susu Cair Evaporated (Madiha guna 1 tin susu cair)
100 cc Air (Madiha guna 100 ml)
125 gm Keju Cheddar parut (Madiha guna mozarella cheese)
1 blok kiub maggi lembu - guna kiub ayam sbb xde lembu
¼ s/k serbuk lada putih
¼ s/k serbuk buah pala - x buh

Cara Menyediakan Kulit Lasagna
1. Panaskan air hingga mendidih, tambahkan marjerin dan garam. Masukkan kulit lasagna satu persatu ke dalam air mendidih dan masak hingga kulit lasagna lembut. (Jgn terlalu lembut sgt.. nanti terkoyak) Toskan dan masukkan dlm sebesen air biasa.

(note: terpulang kpd jenis lasagna yg digunakan..ada yg perlu rebus, ada yg x perlu..since i guna lasagna sheet kering yg x perlu rebus so senang kije, just layerkan terus antara sos daging & sos putih)

Cara Masak Sos Daging
1. Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga daging berubah warna & masak.
2. Tambahkan tomato parut (tomato blend) dan sos tomato dan air. Bubuh kiub pati lembu MAGGI, oregano serbuk, garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih & sos agak kering.

Cara Masak Sos Putih
1. Panaskan marjerin, masukkan pes tepong gandum & kacau rata. Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Tambahkan keju parut, kiub pati lembu MAGGI, serbok lada putih & serbok pala.
2. Masak hingga mendidih dan mengental.

Penyediaan Terakhir
1. Sapu loyang atau caserole empat segi dengan marjerin di sekeliling, (Madiha guna loyang 4 segi 10" x 10". susun kulit lasagna pada dasar loyang.
2. Ratakan ½ bahagian sos daging diatasnya dan ½ bahagian sos putih. Ratakan perlahan2. Susun kembali kulit lasagna diatasnya.
3. Ulangi proses sama spt tadi diakhiri dengan susunan lasagsa di atas sekali menutup sos putih.
4. Taburkan cheese parut atasnya.
5. Bakar dengan suhu oven 180°C (atas bwh) hingga kuning kecoklatan (± 40 minit). (suhu bergantung oven masing2)
6. Angkat. Sajikan panas.

NOTE : i wat skit jek drp adunan asal sbb cuma mkn berdua...




ROJAK INDIA
resepi: tulip77@myresepi.com


- Bahan Cucur -
1 cawan tepung
1/4 st baking powder
1/2 st serbuk kunyit
1 st gula
1/4 st garam
125 ml air

- Bahan kuah -
300g keledek
1.5 liter air
1 sb asam jawa
75 ml air
3 bj bawang merah - cincang halus
2 bj lada merah - dikisar
1/3 st garam
3 sb gula - guna gula perang tuk dptkan kaler yg menarik
20g kacang tanah - digoreng & dikisar halus
1/2 st kicap masak hitam (x buh sbb i guna gula perang)
1/2 sb cuka
1/3 cawan minyak masak

CARA:

Untuk bahan cucur :
1. Campurkan semua bahan kecuali telur.
2. Gaulkan sampai sebati & perap selama 1 jam.
3. Masukkan telur dan kacau rata.
4. Panaskan minyak dan goreng keemasan dan dihiris. Siap

Untuk bahan kuah :
1. Rebus keledek empuk. Kisar dengan air.
2. Campur asam jawa dengan 75ml air, tapis dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumis bawang dan cili merah.
4. Tuang keledek & kacau. Selepas 5 minit masukkan garam,gula dan air asam jawa. Kacau selalu atas api perlahan.
5. Masuk kacang tanah, kicap hitam dan cuka. Masak sampai terbit minyak.
6. Rasalah masam & manisnya blh di adjust mengikut selera

Bahan sampingan - telur rebus, taugeh yg dicelur seminit dalam air panas dan timun yg dipotong memanjang.




ROTI JALA
resepi : lynn@myresepi.com


450g tepung gandum
1 camt garam
1/2 camt serbuk kunyit
450 ml susu segar
3 biji telur (di pukul sedikit )
450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
2 camb mentega cair
minyak untuk melenser
acuan roti jala

CARA:
1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya.
2. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya.
3. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh.
4. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.
5. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
6. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
7. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
8. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal.
9. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
10. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.

Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.

NOTE: wat 1/2 adunan saja, disebabkan kesuntukan masa yg teramat, maka sumenya i buh dlm blender pastu kisar sampai hancur/sebati...buh dlm bowl besar & terus menjala sehingga abes! kes ada anak kicik sume kine express maaa ~ oh ya resepi asal kak lynn mkn ngan kari daging, since stok daging udah abes maka jdla kari ayam!


Wednesday, 21-Apr-2010 10:15 Email | Share | | Bookmark
lauk-pauk favourite ~

 
 
 
View all 4 photos...
Quote:
since lama dah x makan nasi putih berlaukkan ikan...mmg bila sekali hadap maunya bertambah2!
fav mama masak asam pedas ni...lg2 kalu asam pedas pari kalau sayur lak asam pedas batang keladi..mmg top list la 2 tuh! asam pedas ni byk version..ada yg cair, ada yg pekat...terpulang pada cita rasa masing2..mama suke yg cair2 jek sbb kuah tu leh hirup cam sup

percik ikan ni mmg menu plg kerap wat dlm bulan posa...sume benda mama percik, ayam, ikan, puyuh, sotong, etc kambing jek lom rasa kine percik lagik! tp kalau bkn bln posa tu xdelaa kerap sgt masak percik ni! mama suke sume jenis percik...tp yg plg best percik ayamas! ermm ada sesapa ada resepi percik ayamas?? mama kempunan sampai skrg ..huhuu ~




IKAN BAKAR PERCIK ALA KELANTAN
Resepi: rinnchan


8 Ikan kembung
1 biji Bawang besar
5 biji Bawang merah
2 ulasBawang putih
1 btg Serai
3 hiris Lengkuas
1 mangkuk Santan pekat
1 sudu besar Serbuk kunyit
1 sudu besar tepung beras
5 tangkai cili kering, direndam
1 asam keping
Garam & gula secukup rasa
* Menurutnya org Kelantan suka manis, so should add extra sugar but I adjusted according to my tastebud.

CARA:
1. Ikan dibersihkan, dikelar2 dan dilumur dengan sedikit garam. Ketepikan.
2. Kisar semua bawang, serai dan lengkuas.
3. Masukkan santan dalam periuk dan tenggekkan atas api. Masukkan kesemua bahan kisar dan yg lelainnya.
4. Masak dan perasakan dengan garam & gula.
5. Akhir sekali masukkan tepung beras yg sudah dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga pekat.
6. Lapik dulang pembakar dengan foil/daun pisang dan susun ikan. Bakar separuh masak baru lumur ikan dengan kuah percik. Ulang melumur ikan dengan kuah sehingga masak sepenuhnya.




ASAM PEDAS IKAN PARI

1-2 keping skate wing (ikan pari)
4-5 biji bendir
2 biji tomato - belah 4
daun kesum
1 kuntum bunga kantan - belah 4
2 s/b cili kisar
2 asam keping
air secukupnya
garam & gula

bahan tumbuk (i prefer tumbuk berbanding kisar) :
3 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
1/2 inchi belacan
1 inchi lengkuas
1/2 inchi kunyit hidup

CARA:
1. panaskan minyak, tumis bhn2 tumbuk sampai wangi...
2. masukkan cili kisar, tumis lg sampai garing
3. masukkan air tuk kuah, masukkan ikan, bendi, kantan, kesum & asam keping...biarkan mendidih
4. adjust rasa garam & gula, last sekali masukkan tomato...biar mendidih terus tutup api.


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net