S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 31-May-2011 10:59 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 5 photos...
Quote:
last week mama tetiba teringin nk 'berkungfu' asalnya mama teliur nk mkn mee sup tp tetiba teringat mee kungfu! lama giler mama x dgr org sebut 'mee kungfu' kalu mkn kt luar di masia tu laa antara peberet mee yg mama selalu order selain mee ladna & mee hailam hehee

since stok bhn2 x bape nk cukup, yg ada hanyala udang maka kurangla skit meriah mee kungfu mama tp lepas la jugak kempunan nk mkn




YEE MEE KUNGFU (resepi asal kuew teow kungfu)
Resepi: kak hanieliza (mama c&p fr blog cik mat gebu)


BAHAN A
500 g kuetiau(mama gantikan dgn yee mee, celur kejap dlm air panas)
5 biji telur (since mkn berdua so mama buh 2 bijik sahaja, sorang 1 bijik telur)

BAHAN B
100 g udang basah, dibuang kulit
150 g daging ayam, dihiris (tak letak sebab tak de)
100 g sawi kailan, dipotong
100 g bunga kobis/jagung muda etc, dipotong
100 g lobak merah, dihiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar minyak masak
2 camca besar tepung jagung (i letak 1 camca besar je)*
1/2 cawan air*(*dibancuh rata)
1 cawan air rebusan ayam (mama gantikan 1 kiub ayam bersama 1 1/2 cwn air sbb nk kuah extra)
2 camca besar sos tiram
1 camca besar lada sulah
Garam secukup rasa

CARA:
1.UNTUK KUAH :- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan udang. Tuang air rebusan ayam (mama guna kiub ayam sahaja), lada sulah, sos tiram dan lobak merah. Bila mendidih, masukkan sayuran2 dan bancuhan tepung jagung, kacau rata. Biar mendidih perlahan dan tambah garam secukup rasa. Jika suka boleh tambah belahan tomato, matikan api. Ketepikan.
2.UNTUK YEE MEE :-Panaskan minyak, kemudian goreng telur bersama yee mee dalam kuantiti yang sedikit sehingga agak garing (biar kuali panas betul2, kalau tak mee melekat, atau guna kuali non-stick), kemudian alih ke dalam bekas sesuai (i tambah sedikit kicap cair masa menggoreng, anggaran 100 g mee = 1 biji telur)...
3.PENYEDIAAN YEE MEE KUNG FU :- Isi yee mee dalam bekas sesuai, tuang kuah bersama isi2 nya. Kalau suka hias dengan hirisan daun bawang, bawang goreng dan hidangkan segera bersama cili hijau jeruk atau cili kicap. Hidangkan panas2....






KARIPAP PUSING
resepi: lynn@myresepi.com


*Doh berminyak* :
150 gm (margerin + crisco/shortening/lemak sayuran)... gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning atau2 apa jenis minyak sayur.. (mama buat 1/2 sukatan buh 50gms marjerin + 75gms shortening brand trex)
300 gm tepung gandum
....................................
*Doh biasa*:
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air dlm peti ais (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )

CARA:
1 : margerine + crisco, diuli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat. (mama uli dlm 15-20min manually sampai doh keluar minyak ... mmg amek masa & lenguh kalu nak karipap tu jd cantik pastikan doh diuli sampai berminyak)
tips: Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam. Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
4. canai... Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.
5. Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong, kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
6. Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
7. Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
8. Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.


Quote:
NOTE:
1. Resepi asal diambil dari forum cari.
2. Utk cara2 menggulung karipap ni yg lebih jelas berserta ilustrasi step by step buleh refer kt @ http://www.myresipi.com/top/detail/167





INTI KARIPAP SEDAP
resepi: joayee@myresepi.com


600gm potato - potong dadu
150gm carrot - potong dadu ( kalau tak bole gantikan dgn sweet potato)
500gm bawang besar- potong dadu
3/4 cwn daging cincang
3/4 cwn minyak
3 sb rempah kari
1 sb bawang putih kisar
2 sb gula
1 1/2 sb garam
1 asam keping
* coriander cincang

CARA:
1. Dlm kuali , panaskan minyak. masukkan potato & carrot. masak sampai lembut , menggunakan sendok berlubang, tos minyak, angkat. ketepikan.
2. kuali yg sama, dan minyak lebihan goreng potatato, masukkan bawang & bawang putih. masak sampai wangi & lembut.
3. masukkan rempah kari. daun kari jika ada. dan masukkan daging. kacau kekejap.
4. masukkan potato & carrot. kacau lagi.
5. masukkan gula & garam & asam keping. bila dah rasa. tutup api. gaulkan dgn coriader cincang sejukkan


Sunday, 29-May-2011 21:17 Email | Share | | Bookmark
mad about mac!

 
 
 
View all 5 photos...
Quote:
kali nk nk share pasai macarons...baik resepi mau pun tips2 berkaitan mac

mama sungguh terkilan sbb kulit mac mama x semulus spt org lain punya mac sbb mama xde food processor, so nampak menggerutu jek shell mac tuh sungguhla x lawa..mama azam nk sambar sebijik food processor kalu ada rezeki nnti insyaAllah

this time mama dah pandai buat filling selain guna dark choc ganache! mmg terbukti dgn filling yg sesuai 'kemanisan' macarons tu bole dikurangkan lg sedap drp guna ganache! alhamdulillah mama jumpa 1 blog ni yg empunya x lokek ilmu utk berkongsi tips & resepi berkaitan macarons yg terbukti bukan sahaja sedap tp kurang manis thanks kak yani @ http://kitchenguardian.blogspot.com/ x lupa jugak special thanks to my frenz siti rahmah yg kasi link blog kak yanie ni mmg terlalu byk info & ilmu yg kak yani share berkaitan mac ni terima kasih byk2




LAVENDER MACARONS
basic macarons recipe: http://foodnouveau.com/2010/03/29/paris-france/how-to-make-macarons-a-detailed-illustrated-step-by-step-recipe/


3 biji putih telur if timbang equal to 100 gms (sebaiknya simpan dlm peti ais at least 24hrs sebaiknya2, 3 ari)
210 gms icing sugar ( i buh 180gms sahaja)
125 gms ground almond/serbuk almond
30gms gula halus ( i buh 25gms sahaja)
pewarna violet
culinary dried lavender

CARA:
1. gaulkan ground almond & icing sugar dlm bowl, ayakkan supaya sebati & halus. if ada food processor lg bgus n senang keje. dah siap, ketepikan.

2. pukul putih telur hingga berbuih, kemudian masukkan gula halus, pukul lg hingga jd putih, bertanduk & kembang anggaran beberapa min (medium to high speed).
tips: adunan white eggs akan jd 'bertanduk' & glossy .

2. kemudian, guna spatula gaulkan white eggs td dgn apa sahaja pewarna violet yg dikehendaki. gaul guna kaedah KUAP BALIK dgn spatula perlahan2..JANGAN gaul spt buat 'biskut raya'. dah sebati, gaulkan pulak dgn campuran almond& icing sugar yg sudah diayak tu make sure bubuh sikit2 dlm 3-4 batches.
tips: semasa gaul campuran almond & icing sugar ini pastikan 'berlembut' jgn ganas2..takut macarons x tumbuh kaki. so perlahan2...gaul kuap balik hingga rata.

3. last sekali, guna piping bag masukkan adunan td ke dlm bag, pipekan atas baking tray yg beralas dgn kertas non stick sebesar duit 50sen. taburkan sedikit dried laveder atas macarons.
tips: for those yg perfectionist bole lukis template bulat2 blkg baking sheet sebelum pipekan adunan ke dalm template bg mendapatklan saiz yg sama. biarkan macarons selama 20min supaya shell dia kering (bila disentuh dgn jari pastikan tidak melekat pd jari, refer tips kak yani camana nk buat macarons pada hari mendung or hujan short cut utk keringkan macarons @ http://kitchenguardian.blogspot.com/2011/03/drying-macaronswhat-textbook-didnt-tell.html).

4. panaskan oven 150C, bila dah betui2 panas, masukkan macarons dlm oven dan bakar selama 14-15 min. bila dah siap, sejukkan dan bole la hias dgn cream pilihan anda.
tips: macarons yg menjadi ialah macarons yg 'berkaki' bhgn bawah macarons rata sepenuhnya, tidak melekat pada baking sheet.




ROSE MACARONS
basic macarons recipe: http://foodnouveau.com/2010/03/29/paris-france/how-to-make-macarons-a-detailed-illustrated-step-by-step-recipe/


3 biji putih telur if timbang equal to 100 gms (sebaiknya simpan dlm peti ais at least 24hrs sebaiknya2, 3 ari)
210 gms icing sugar ( i buh 180gms sahaja)
125 gms ground almond/serbuk almond
30gms gula halus ( i buh 25gms sahaja)
pewarna dusty rose
beberapa titis esen rose

* cara2 membuat sama spt di atas


DOUBLE CHOCOLATE MACARONS
basic macarons recipe: http://foodnouveau.com/2010/03/29/paris-france/how-to-make-macarons-a-detailed-illustrated-step-by-step-recipe/


3 biji putih telur if timbang equal to 100 gms (sebaiknya simpan dlm peti ais at least 24hrs sebaiknya2, 3 ari)
210 gms icing sugar ( i buh 180gms sahaja)
125 gms ground almond/serbuk almond
30gms gula halus ( i buh 25gms sahaja)
pewarna choc
chocolate emulco

* cara2 membuat sama spt di atas




Quote:
utk filling mama guna resepi kak yani iaitu Dark choc ganache, salted caramel & maple french buttercream. resepi bole dptkan di blog kak yani @ http://kitchenguardian.blogspot.com/ TQVM kak yani, resepi akak mmg sgt2 best n menjadi!

resepi maple french butter cream @ http://kitchenguardian.blogspot.com/2011/01/pecan-macarons-with-maple-french.html#ixzz1Kqa8cOcc

resepi dark choc ganache & salted caramel @ http://kitchenguardian.blogspot.com/2011/04/when-cocoa-marries-lady-greychocolate.html#ixzz1KqbkXlmG


Thursday, 26-May-2011 08:47 Email | Share | | Bookmark
psst 'secret recipe'

 
 
 
View all 5 photos...
Quote:
smlm satu ari mama rasa serba x kine...dari pg pas satu perstu dugaan yg dtg...ngan spot rumah yg x disangka2, rumah rupa cam br pas kine boom! pastu mama terima surat ada appoint myra tgk2 pg smlm br melepas 30min huhuu (gara2 x check mail box laa ni) dah tension2 tu ingat nk baking alal2 terapi gitu tgk plak telur n tepung dah licin kt dapur haiyakkkk nk gi kedai br teringat stroller myra dok dlm boot kete papa huarghhh mcm2 jadi...

dah lepas bertenang tu, mama pun google laa resepi, terjumpa resepi AYAM PERCIK PASAR MALAM yg mama dah cari bertaun2 resepi ni x penah jumpa...mmg rasa teruja sungguh! mujurla bhn2 sume cukup, syukur sgt akhirnya resepi tu mmg menjadi walaupun pada asalnya mama ragu2 bila tgk sukatan bhn2 dlm resepi main kilo2...main cawan2...ikshh mcm nk buat kenduri plak!




AYAM PERCIK PASAR MALAM
resepi: sajiemas@myresepi.com (anggaran tuk 2 ekor ayam)
mama buat 1/2 adunan jek dpt byk sgt kuahnya, rasa2 aduanan leh tuk 2 ekor ayam..


500 gm bawang besar - diblender (anggaran 1/2 sukatan dlm 3 biji saiz besar)
50 gm halia - diblender (anggaran 1/2 sukatan dlm 2-3 inchi)
50 gm lengkuas - diblender (anggaran 1/2 sukatan dlm 2-3 inchi)
50 gm bawang putih - diblender (anggaran 1/2 sukatan dlm 5-6 ulas)
5 batang serai - diblender
2 cawan gula (kalu suke kurang manis bole kurangkan, tp mama mmg buh 1 cwn tuk 1/2 sukatan)
3 sudu stok ayam serbuk
5 senduk cili mesin
5 senduk cili sos ( anggaran 1/2 adunan dlm 5-6 s/b sos cili mama guna sos sriracha)
* nampla/fish sauce (mama tambah utk extra 'kick' )
1/2 kg santan

CARA:
1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih (mama tumis bhn2 ni dgn minyak anggaran 1/4 cwn sampai naik minyak)
2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak
3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti (mama renihkan balance kuah ni sampai terbit minyak atas api sederhana..mmg agak lama nk masak..)
4. Bakar dan siap untuk menjamu selera

tips: sukatan asal resepi ni mmg nampak 'byk' tp hasilnya mmg byk pun kuah percik tu lebih tuk 2 ekor ayam, mama buat 1/2 sukatan sahaja pun bole guna sampai tuk 3 ekor baby chicken! so jgn ragu2...resepi ni mmg terbukti menjadi thanks to empunya resepi sajiemas!




KERABU EPAL

1 biji epal hijau - sagat/mayang kasar ( i prefer cincang mcm timun tu sekali dgn kulit2)
1 biji bwg besar - mayang bulat
1 biji tomato - potong dadu
4 biji cili padi - hiris
lemon juice/ limau nipis
coriander cincang
sedikit nampla
garam & gula
ikan bilis goreng - tumbuk kasar ( i guna ikan bilis thailand yg siap digoreng)

CARA:
1. satukan epal, bwg besar, tomato, cili padi, cili merah & coriander dlm mangkuk
2. masukkan lemon juice, nampla, garam & gula..adjust rasa
3. taburkan ikan blis goreng yg ditumbuk, gaul sebati & hidang segera.




Tuesday, 24-May-2011 19:43 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 5 photos...
Quote:
ahad lepas mama gi carboot, pastu ternampak la org dok lelong cherry berkotak2 sbb ari hujan kan so x ramai yg dtg ke carboot...mama pi laa rasa sebijik mmg manis terus angkut sekotak! murah giler....dlm ati ckp wat jam pun sodappp tp dlm kete sekali hadap jek dah luak 1/3 kotak huhuuu x sempat sampai umah lgik hahahaaa last2 blk umah mama cuci n asingkan skit tuk wat kek...

ni pestime mama try cherry tea cake, resepi fr martha stewart mmg merbelesssss!!! nak2 mama guna lurpak butter kek tu jd wangi sgt...masa mkn panas2, luar dia keras mcm biskut skit tp dlm kek tu very moist & lembut...sgt gilerrr next week gi carboot mama nk angkut lg cherry ni sekotak!




CHERRY & ALMOND TEA CAKES
resepi asal martha stewart @ http://gracessweetlife.com/2010/06/martha-stewarts-tiny-cherry-almond-tea-cakes/
(i dah translate & ada adjust skit drp resepi asal)


200 gms butter ( i guna lurpak slightly salted butter)
1 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk badam
1 cwn gula halus
secubit garam ( i x buh sbb butter dah salted)
5 biji putih telur
20 biji cherry ( sebaik2nya jgn buang bijik & tangkai)

CARA:
1. panaskan oven 180Celcius (fan oven) atau 200C oven biasa, sapu acuan dgn butter ( i guna acuan mini tart), kalu suke bole guna acuan mini muffin. ketepikan
2. dlm pan, panaskan butter hingga cair, berbuih & keperangan2, matikan api, ketepikan
3. dalam mangkuk besar, ayak tepung, serbuk badam, garam & gula...kemudian masukkan telur putih ke dalam mangkuk, pukul hingga sebati & rata
4. masukkan butter cair td, pukul lg hingga sebati.
5. kemudian guna sudu kecik, masukkan separuh adunan ke dlm mangkuk, ambil sebijik ceri tekan skit dlm adunan kemudian amek lg adunan buh sampai menutupi cherry td. pastikan tangkai ceri tegak. buat hingga abes.
6. masak dlm oven hingga keperangan anggaran 12-15min. sejukkan sblm dikeluarkan drp acuan.




SUP EKOR LEMBU CHEF WAN
Sumber: Blog Zaiy@Kenangan Terindah (i ada adjust skit cara memasak)


125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran - guna minyak masak biasa (i kurangkan guna skit jek minyak)
500g ekor lembu, dibersihkan & dipotong2
1 1/2 sb puri tomato
1.5 l / 6 cwn air - air ditambah sbb tulang lambat empuk
1 btg karot - didadu
2 btg saderi - didadu
1 biji kentang - didadu
1 kiub ayam/daging ( i tambah)
garam & gula
lada hitam yg baru dikisar
daun ketumbar - dihiris2
bawang goreng

Rempah Tumis
4 bj buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 btg serai (i ketuk)

Dikisar Halus2:
10 ulas bawang merah ( i buh 5 ulas sahaja)
4 ulas bawang putih ( i buh 2 ulas sahaja)
1 cm halia
2 sb ketumbar ( i buh 3/4 s/b sahaja)
1 sb jntan putih ( i buh 1/4 s/b sahaja)
1 sb jintan manis ( i buh 1/4 s/b sahaja)

CARA:
1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan.
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sblum menghidang.

NOTE: Utk jimat masa, masak sup ni dgn dlm masa 25min dgn periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1l @ 4 cwn shj.***rebus guna periuk biasa dkt 2 jam baru masak.




Monday, 23-May-2011 20:14 Email | Share | | Bookmark
mcm mana nk DOT DOT???

 
 
 
View all 8 photos...
Quote:
haa last week mama buat lg apam dot dot tu..sempena cik myra masuk 19 BULAN ~

this time apam mama berkonsepkan MR TUMBLE dlm cbeebies tu sumenya dot dot...kalerpul! mr tumble ni mmg fav cik bambam...so bila dia bgn tido tgk mama hidang 3 piring apam mr tumble ni buntang bijik mata! tgn menggapai2 nk capai sume sekali hadap abes 4-5 bijik perghhh kagum mama tgk heheee

this time mama nk edit skit resepi nk ajar camana nk buat dot dot tu...ramai yg bertanya sbb resepi asal x describe camana nk buat dot dot hehee nnti mama sambung resepi tu erk..




APAM DOT COM DOT MY
resepi : amek fr fb kwn mrs nor (mekasih kak nor..halal yek kita c&p resepi akak)

2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu
Jem strawberry/blueberry
pewarna yg disukai.

CARA:
1.Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.
3. Masukkan susu segar, gaul sebati
4. Masukkan tepung, sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 3 or more bahagian mengikut warna yg disukai dan masukkan dalam pipping bag ( i suke guna plastik sandwich jek)
6. Pipekan separuh aduanan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit jem ,dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh. (mama suke apam kosong tanpa inti)
7. kemudian pipekan dot dot atas setiap apam (mixkan colours kalu nak nampak cantik)
8. Kukus selama 15-20 minit.

tips: kalu nk dptkan shape apam yg lawa & montok2pastikan cup kertas tu dimasukkan ke dlm acuan keras supaya masa dikukus nnti apam tu naik elok tanpa meleper..mama guna acuan muffin.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
minum petang bersama cik bambam @ balkoni mama we had so much fun!




[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net