S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 19-May-2011 11:55 Email | Share | | Bookmark
laksa johor la plak!

 
 
 
View all 5 photos...
Quote:
sejak dua menjak ni mama mmg teringin nk mkn laksa jek...nasi2 sume x lalu sgt! ermmm ubah selera la plak....cuma penatla skit pasai kalu masakn laksa mesti kine masak nasi & lauk lain tuk en hubby n cik myra sbb dorang tu xle kalu x jumpa nasi! x puas katanya mkn laksa ni

laksa johor ni byk kali dah mama buat, cuma x pena update jek...dulu masa bday party cik myra pun mama buat jugak...kt sini senang sgt kalu nk masak laksa sbb xyah susah2 nk rebus ikan, buang tulang bagai..blender lagik! mama guna short cut jek...beli tuna dlm tin yg dah hancur tu, just buh dlm kuah laksa, xyah nk blender2, nk rebus2 bagai! kojap jekkk siap laksa johor ni...tu pun mama blaja fr kak yus@london tips masak laksa johor ala perantau ni mmg marbelesss!




LAKSA JOHOR ORI
Resepi: freeda_3210@myresepi.com (anggaran 12-15 org mkn)


1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)

**Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang optional) - i guna isi ikan tuna dah hancur dlm tin yg
udang basah 100gm - blender
isi ikan kurau - 10 gram dibakar - i x bubuh sbb xde
1 1/2 paket kecil udang kering 50gm - blender

**Bahan B (dimesin)**
bawang besar - 3 biji
bawang putih -3/4 ulas
cili kering - 15 tangkai
halia - 2 ibu jari
lengkuas - 2 ibu jari
kunyit hidup - 2 ibu jari

serai - 2 batang diketuk untuk tumis
asam keping - 2 keping (masuk dlm kuah)
santan pekat 1 kotak / lebih
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari

**Bahan Hias**
limau kasturi belah 2 dan buang biji
timun di racik halus
tauge buang ekor (segar)
jeruk chaipo/lobak asin (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
bawang besar hiris halus
lada merah/lada hijau dihiris
Daun kesum / daun selasih (utk hiasan) dan sedikit bunga kantan diracik halus (daun kesum & bunga kantan dimasuk juga dalam kuah)
Kicap kipas udang / kicap manis

** Sambal Belacan**
-lada merah 5/6 biji
-Belacan melaka - 30 gram dibakar
Bawang Merah 1 biji kecil
sedikit garam
* sedikit gula & sedikit perahan asam limau (i tambah)

CARA:
1. rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan ( i skip this part, sbb guna isi tuna yg dah sedia hancur x perlu blender kalu nk lg sedap biar isi ikan hancur dlm kuah masa memasak)


**Penyediaan kuah**
1. Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
2. Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
3. masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
4. masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan 2 mangkuk air dan masukkan asam keping
5. tambah garam dan gula untuk rasa
6. masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk

**Sambal belacan**
mesinkan semua bahan dan hidangkan (i suke masak sebentar sambal belacan tu either ata span or dlm microwave)




KUIH KETAYAP
resepi: kak hanieliza (copy paste resipe fr kak zaiy @ Dubai)


Bahan Kulit:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan - kalau xde guna pandan paste jekk campur dgn air masak
[mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam
**1/2 sb marjerin cair (tambah sendiri)

Bahan inti:
150 gm gula merah
3 s/b gula biasa
1/2 cawan air kelapa muda [jika ada] - i xde so ganti ngan air masak jek
½ biji kelapa parut muda - guna kelapa parut kering jekk

CARA:
1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.




Monday, 16-May-2011 17:56 Email | Share | | Bookmark
Traditional english tea cake ~

 
 
 
View all 4 photos...
Quote:
BLUEBERRY & APPLE TEACAKE ni mmg simple jek resepi dia tp since i xde food processor su cara2 membuatnya sudah diubah suai..huhuu resepi pun ada adjust skit..mujurla menjadi & sgt sedappp!!

hubby suke beto kek ni sbb luar dia very crunchy, dlm dia moist & lembuttt sgt2, combination apple & blueberries tu buat kek ni just nice manis, masam dia...since i guna lurpark slightly salted butter so taste cake ni wangi & buttery...perfect for afternoon tea ~




BLUEBERRY & APPLE LOAF
resepi : http://www.deliciousmagazine.co.uk/recipes/blueberry-and-apple-loaf
(resepi di bwh i dah ubah suai skit..)


125gms butter (i guna lurpark slightly salted)
225gms tepug naik sendiri ( i just guna 175gms sahaja)
175gms gula halus
2 biji telur
1 biji apple hijau - kupas kulit, hiris nipis2
1/2 cwn blueberry
2 s/b apricot jam (utk glaze)

CARA:
1. panaskan 190c oven (fan oven 170C), kemudian sapu tin dgn butter, alas dgn baking sheet, ketepikan
2. pukul butter & gula hingga sebati (x perlu lama2 sgt)
3. masukkan telur, pukul lg.
4. masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul sebati dgn mixer..
5. masukkan 1/2 adunan kek dlm baking tin, ratakan & taburkan separuh kuantiti hirisan apple & blueberry..kemudian masukkan baki adunan kek, ratakan & susun baki hirisan apple & tabur blueberry..
6. bakar kek dlm oven selama sejam atau hingga masak.
7. apabila kek dah masak, cairkan jem apricot dlm microwave sebentar kemudian sapu atas permukaan kek...sedia utk dihidang.




Sunday, 15-May-2011 17:26 Email | Share | | Bookmark
fusion..

 
 
 
View all 4 photos...
Quote:
kali ni nk share one of my fav LAKSA ... Curry Laksa Nyonya!

laksa nyonya ni gabungan rasa antara Asam Pedas, Laksa Penang & Mee Kari! sgt2 sedap....rasa yg unik sbb dlm kuah tu ada kantan, daun kesum mcm masakan asam pedas, tp yg uniknya ia ada santan dan rempah kari mcm mee kari dah bila di hidang bersama ulam2an spt telur rebus, timun, cili masak etc nampak spt laksa penang!

since i peminat mee hun, so kuah laksa ni i prefer mkn bersama mee hun bernading mee kuning lg masyukkk n terasa kuahnya




CURRY LAKSA NYONYA - ResipiNet
sumber :chef lotffi (copy paste fr FP maklang...)


Isi ayam dalam semangkuk kecil
Udang sederhana besar dlm 15 ekor
Bawang merah 4 ulas } ditumbuk halus /blender
Bawang putih 3 ulas } ditumbuk halus/blender
Daun kesum dlm 3-4 tangkai - dihiris halus
Bunga kantan dlm 3-4 batang - dihiris halus
Cili blender dalam 6 sudu besar
Rempah kari 6 sudu besar
1 kiub ayam (i tambah)
nampla ( i tambah)
sedikit serbuk belacan (i tambah)
Asam keping 1-2 keping
Air agak2 dalam 3 kole..
Santan dari sebiji kelapa
Garam & gula secukup rasa..
Serai - (maklang titik jer)

Bahan2 Sampingan:
Mee kuning- dicelur ( i guna mee hun & udon dicelur)
Taugeh (celur)
Sengkuang - dihiris batang mancis ( x bubuh sbb xder)
Timun - dihiris batang mancis
Telor rebus - dibelah dua
cili masak - hiris
daun bwg
bwg goreng
Limau kasturi
** tahu kering - dihiris keping2 ( i tambah dlm kuah)

** sambal tumis kering
(CARA: tumis cili kering yg diblender bersama 1 asam keping dlm minyak yg agak byk sampai garing...pastu bubuh serbuk belacan skit, garam & gula...masak hingga betui2 pekat & kering..patut rasa sambal ni manis2 masam skit )

CARA:
1. tumis bawang putih & merah sampai garing.
2. masukkan cili blender, dah garing masukkan rempah kari sampai kuar minyak.
3. masukkan serai, tumis lagi sehingga garing, masukkan isi ayam tadi sampai agak2 garing sedikit...
4. masukkan air, tunggu menggelegak baru masukkan bunga kantan, daun kesum & asam keping.
5. Bila dah hampir masak masukkan santan.
6. lastly masukkan udang, kiub ayam, nampla, serbuk belacan, gula & garam secukup rasa.
7. Kuahnya taklah pekat.. tetapi taklah cair sangat yea..hidang bersama bhn2 sampingan...




Saturday, 14-May-2011 15:32 Email | Share | | Bookmark
Macarons (order fr farah) ~

 
 
 
View all 4 photos...
Quote:
lepas 3 weeks dok melepek sbb x sihat, selam tu jugakla mama x buat macarons ni! huhuu telur putih makin lama makin bertambah (sbb kek lapis) so pas jek sihat mama terus tingat kt cik farah yg order macarons ni cuma kali ni mama buat new flavour ~ GREEN TEA!




GREEN TEA MACARONS
basic macarons recipe: http://foodnouveau.com/2010/03/29/paris-france/how-to-make-macarons-a-detailed-illustrated-step-by-step-recipe/


3 biji putih telur if timbang equal to 100 gms (sebaiknya simpan dlm peti ais at least 24hrs)
210 gms icing sugar
125 gms ground almond/serbuk almond
30gms gula halus
1/2 s/k serbuk green tea

CARA:
1. gaulkan ground almond & icing sugar dlm bowl, ayakkan supaya sebati & halus. if ada food processor lg bgus n senang keje. dah siap, ketepikan.

2. pukul putih telur hingga berbuih, kemudian masukkan gula halus, pukul lg hingga jd putih & kembang anggaran beberapa min (medium to high speed).
tips: adunan white eggs akan jd 'bertanduk' & glossy .

2. kemudian, guna spatula gaulkan white eggs td dgn apa sahaja pewarna & perasa yg dikehendaki. i masukkan serbuk green tea, gaul guna kaedah KUAP BALIK dgn spatula perlahan2..JANGAN gaul spt buat 'biskut raya'. dah sebati, gaulkan pulak dgn campuran almond& icing sugar yg sudah diayak tu make sure bubuh sikit2 dlm 3-4 batches.
tips: semasa gaul campuran almond & icing sugar ini pastikan 'berlembut' jgn ganas2..takut macarons x tumbuh kaki. so perlahan2...gaul kuap balik hingga rata.

3. last sekali, guna piping bag masukkan adunan td ke dlm bag, pipekan atas baking tray yg beralas dgn kertas non stick sebesar duit 50sen.
tips: for those yg perfectionist bole lukis template bulat2 blkg baking sheet sebelum pipekan adunan ke dalm template bg mendapatklan saiz yg sama. biarkan macarons selama 20min supaya shell dia kering.

4. panaskan oven 150C, bila dah betui2 panas, masukkan macarons dlm oven dan bakar selama 14 min. bila dah siap, sejukkan dan bole la hias dgn cream pilihan anda.
tips: macarons yg menjadi ialah macarons yg 'berkaki' bhgn bawah macarons rata sepenuhnya, tidak melekat pada baking sheet.




Saturday, 14-May-2011 10:41 Email | Share | | Bookmark
NASI DAGANG (my peberetttt) ~

 
 
 
View all 5 photos...
Quote:
salah satu menu yg PALING2 JARANG mama masak...nasi dagang!

satu ketika dulu mama suke masak sbb ada microwave (senang nk cepat nk kukus) but since microwave mama dah rosak 2 taun yg lepas maka tahap KEMALASAN sgtlaaa menggunung sbb mama simpan periuk kukus atas kitchen cabinet (tinggi2) amatla malas nk tarik kerusi bwk turun ia plus teramat2 malas nk mencuci kukusan ituuu maka setaun sekali jela mama buat nasi dagang ni hik3

kalu nk sedap pekena ngan gulai ikan tongkol...since mama kureng skit ikan2 ni so mama mkn ngan gulai telur & kari ayam wif acar mentah...yum2....ada org suke buat sambal kelapa tp mama x reti nk mkn ngan sambal nyior ni




NASI DAGANG KELANTAN
resepi: mamasya ( ubahsuai fr resepi fr MR)


2 cawan beras pulut merah (beras nadi dagang) + 2 cawan beras wangi (i xde beras wangi so campurkan 1 cwn basmathi +3/4 cwn beras pulut)
1 tin(400ml) santan pekat
4 ulas bawang putih-dimayang
2 ulas bawang merah-dimayang
1cm halia - hiris kecil2
1 sudu kecil halba
garam, gula

CARA:
1. Bersih beras dan rendam semalaman
2. Utk santan pekat guna 3/4 tin santan . Manakala santan cair ambik 1/4 tin santan dan ditambah 1/4 cawan air .
3. Masak santan pekat bersama bawang, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama.
4. Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair dan halba. Kukus semula sehingga nasi masak.
5. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
6. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai telur, kari ayam dan acar.




GULAI TELUR

5-6 biji telur rebus (kupas & buang kulitnya)
santan pekat
sedikit air (utk kuah)
2 keping asam gelugur
garam & gula perang
sedikit kiub ayam
2 s/b rempah kari ikan
sedikit kerisik
cili hijau/cili padi (buh sebijik2)

bhn kisar:
3-4 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1/2 inchi halia
1/2 inchi lengkuas

CARA:
1. panaskan minyak, tumiskan bhn2 kisar hingga wangi
2. masukkan rempah kari ikan, tumis kejap..kemudian masukkan santan, air, asam keping & telur...
3. masak hingga mendidih masukkan bhn2 perasa, garam gula & adjust rasa
4. dah hampir masak, masukkan cili hijau & kerisik tuk pekatkan kuah gulai..siap.


KARI AYAM

1/2 ekor ayam - potong2
2 keping asam gelugur
1 tin santan pekat
sedikit air (utk kuah)
1 s/b cili kering kisar
daun kari
3 biji kentang - potong 6
2 biji tomato - belah 4
3-4 biji cili masak hijau
1 keping kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 s/b rempah kari daging/ayam
1/2 s/b serbuk paprika
1/2 kiub ayam
garam & gula

bhn kisar:
5 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih

CARA:
1. panaskan minyak (agak byk) dlm periuk, tumiskan bhn2 kisar bersama cili kering kisar, daun kari, kulit kayu manis & bunga lawang hingga wangi.
2. kemudian masukkan rempah kari & serbuk paprika, goreng lg...
3. masukkan ayam, masak sebentar...masukkan sedikit air bersama sedikit santan, renihkan ayam.
4. masukkan balance air, santan, asam gelugur, kentang..masak hingga kentang empuk.
5. last sekali, masukkan garam gula, bhn perasa, tomato & cili masak...kacau sebati, adjust rasa secukupnya. siap utk dihidang.




ACAR MENTAH

1/2 biji timun - potong
1/2 biji carrot - potong
1 biji beg besar - mayang
1 biji cili masak - potong
sedikit cuka
garam & gula

gaul sebati sume bhn dlm mangkuk, siap.


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net