S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 14-May-2011 10:04 Email | Share | | Bookmark
breakfast....

 
 
Quote:
arini xde mood sgt nk buar breakfast heavy2 nak2 ujung minggu rasa cam nk gantung apron jek, nk relaks2 kemas umah & main ngan cik bambam

so pg ni mama just sedian roti gulung sosej & apam balik (again!) hehee simple n cepat...




ROTI GULUNG SOSEJ
resepi: aziemas@myresepi.com


8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) - dibuang tepinya
8 sosej ayam @ daging
1 biji telur - dipukul sedikit
secubit garam
sedikit serbuk lada sulah
breadcrumbs (serbuk roti) - secukupnya
minyak untuk menggoreng
gam: sedikit tepung gandum dibancuh dgn sedikit air, gaul sebati (pekat)

CARA:
1. Gelek roti hingga nipis/leper
2. Balut sosej dengan roti yg leper tadi (kalu nk lg sedap gulung bersama cheese slices)..gulungkan & seal dgn 'gam'
3. Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nmpk kemas
4. Masukan garam & serbuk lada sulah dlm telur. Celup gulungan roti td ke dalam telur
5. Salut @ golek2kan roti yg dh dcelup dgn telur ke dlm breadcrumbs
6. Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan
7. Dh siap..enak dmkn bercicah sos & mayonis


Saturday, 14-May-2011 09:43 Email | Share | | Bookmark
bahulu ouhh bahulu!!

 
 
 
Quote:
masa dok kemas2 dapur terjumpa blk acuan bahulu yg dah bertaun2 mama x sentuh, dan tetiba mama rasa cam teringin sgt nk buat bahulu...last time buat taun 2009 itu pestime dlm idop mama buat bahulu cermai ni! masih tingat lg hampir2 mama curah dlm sink aduanan bahulu tu gara2 x menjadi, so this 2nd time masih rasa cuak2 nk mencuba huhuuu tp TELIURRRRnyaaaa!!

mama wat 1/2 adunan jek sama cam dulu gak, berjam nk siap...spt yg dijangka, masih proeblem yg sma...abahulu melekat di acuan, tambah plak mama punya oven jenis 'fan' so bahulu jg mengecut bila keluar dr oven..mmg sadis! ngan acuan yg seketui dok kuar masuk oven...jenuhlaa last2 mama adjust blk bancuhan tambah more flour br laa bahuli maintain shape dia alhamdulillah dpt gak sebalang rasa2 setaun sekali kot mama buat bahulu ni! x sanguppppppp baik mama melapis KEK




BAHULU
resepi:tuntung15@myresepi.com


10 biji telur gred A
380gm gula pair
200gm tepung gandum
1/4 tsp baking powder
* emulco perasa oren, choc. pandan &esen rose
* pewarna

CARA:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat.
3. Kacau adunan dengan spatula.
4. Bakar pada suhu 220 darjah celcius sampai perang & garing

** Tips 1.
Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.

** Tips 2.
Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.

** Tips 3.
Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.

** Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejab je. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung.

** Tips 5
Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti.

NOTE: i wat 1/2 adunan jek n bahagikan kpd 4 perasa dlm mangkuk berasingan; rose, pandan, cokelat & oren. disebabkan oven i x buleh nk off fan so bahulu tu mmg mengecut aft keluar drp oven...so i tambah lg 1 s/b tepung gandum dlm setiap mangkuk (each flavour) baru laa bahulu tu buleh maintain shape dia




Friday, 13-May-2011 09:43 Email | Share | | Bookmark
entry tertunggak! huhuuu

 
 
 
View all 9 photos...
Quote:
alamak td masa kemas kini album resepi2 mama @ FB baru pasan ada few recipe yg termiss nk update kt fp kesian ada tu yg dah berbulan2 x berupdate resepi huhuu sorry sgt pada those yg bertanya recipe tu yek




IKAN BAKAR ASAM ASAM

ikan dilumur dgn garam + halia (tumbuk) + kunyit hidup (tumbuk)..bungkus dgn daun pisang or foil, then bakar dlm oven

air asam:
1 biji bawang besar (mayang)
2 biji tomato - potong dadu
5-6 biji cili padi - tumbuk/hiris
1 inchi belacan - bakar kejap
coriander/daun ketumbar - cincang (buh byk2)
1-2 s/b nampal/fish sauce
sos cili - byk2
sos tomato - byk2
lime juice/asam limau/air asam jawa (buh byk2)
sedikit air masak (tuk buat kuah)
garam & gula secukup rasa..

Cara:
satukan sume bhn dlm mangkuk, gaul sebati adjust rasa secukupnya, kalu nk pekat lg buh air asam jawa or tomato sauce byk2...




LAKSA ASAM/PENANG

laksa kering (rebus sampai empuk kemudian toskan

bhn2 accessories:

telur rebus
timun - cincang
bwg besar - mayang
cili api/cili masak - potong
nanas - potong
daun salad - hiris
daun mint (kalau suke)
asam limau nipis/lemon
petis udang

kuah laksa:
ikan kembung - rebus & toskan air rebusan, simpan air rebusan utk buat kuah,asingkan isi & tulang ikan, blender isi dahulu sampai han cur, masukkan dlm air rebusan, kemudian blender tulang ikan, tapis masuk ke dalam air rebusan td, buang hampas tulang (tips tuk pekatkan kuah laksa)

4-5 ulas bwg merah *kisar
1/2 labu bwg besar * kisar
cili padi * kisar (kalu suke pedas2)
1 inchi belacan *kisar
cili kering blender secukupnya
3 keping asam gelugur
1 tin kecil sardin in tomato
air secukupnya
daun kesum
kantan - belah 2 atau 4
garam & gula secukupnya

Cara:
1. satukan bhn2 kisar dlm air rebusan ikan bersama asam gelugur, masak dlm periuk hingga mendidih
2. masukkan kantan, kesum & sardin bersama isi2 ikan sardin gaul sebati, adjust rasa secukupnya
3. dah siap hidang bersama laksa rebus & bhn2 accessories.




BABAT (PERUT LEMBU) MASAK LEPAK CILI API BERSAMA REBUNG
(resepi asal Ayam Masak Lemak Cili Api )
by: Rinnchan


perut/babat - direbus dahulu hingga kempuk, potong kecik2 ketepikan

Dikisar :
5 biji Bawang Merah
5 biji Bawang putih
10 biji Cili padi ( Boleh tambah kepedasan... )
1 inci Kunyit hidup

Diketuk:
2 inci Halia
2 btg Serai

Semangkuk santan
1 camca teh serbuk lada putih
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
1/2 keping asam gelugor
rebung muda (i beli yg dlm tin tu jek)
Beberapa helai daun kunyit hidup, dipotong kasar

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan serai, halia dan serbuk lada putih.
Kacau rata sehingga naik bau wangi.
2. Masukkan babat & rebung dan gaul rata. Masukkan sos tiram dan kacau lagi.
3. Tuang santan secukupnya. Apabila mendidih, masukkan garam & gula secukup rasa.
4. Apabila babat dah betul2 masak, baru masukkan asam gelugor dan daun kunyit. Kacau setakat daun kunyit layu sedikit. Sedia untuk dihidang.




YEE MEE SUP
(resepi asal mee hun sup CMG)
by: cik mat gebu


1 ekor ayam, potong 20 (ikut saiz ayam) - i buh skit jek nk mkn berdua hehee
4 - 5 biji kentang
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, dipotong kasar
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
Air secukupnya
Mee hoon secukupnya dicelur hingga lembut dan toskan ( i guna yee mee, rebus sebentar & toskan)
Sambal kicap
Tauhu, goreng dan hiris (tak letak)
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng secukupnya*(*untuk hiasan)

A (DIKISAR HALUS)...
1 biji bawang besar
2 1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup @ 1/2 camca teh serbk kunyit
1/2 camca besar lada hitam biji
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan halus

B (BAHAN TUMIS)...
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA:
1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji dan rendam dalam air.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan "B" hingga harum, masukkan bahan "A" dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
3. Masukkan ayam dan kentang, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut.
4. Tuang air secukupnya (anggaran 1500 ml) dan masak dengan api kuat hingga mendidih.
5. Masukkan 1 camca besar bawang goreng dan daun sup yang dipotong kasar tadi. Perlahankana api dan renihkan.
5. Tambah kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Masak hingga kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
6. Letak yee mee secukupnya dalam bekas sesuai, isi dengan sup ayam serta isi2nya sekali. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sertakan sekali lada kicap, jika suka..




PAPRIK AYAM
resepi: makyong@myresepi.com


½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis (i tambah jugak nampla & black pepper skit)
bahan2 perasa

Cara:
1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.




SOTO AYAM KELUARGA DIANA
resepi: Koleksi Resepi Pilihan Diana @ http://resipidiana.blogspot.com/
halal yer kak diana...i copy paste jekk resepi akak mmg masyukk!!


6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak - i xde so terpaksa buat nasi impit sendiri
2 ekor ayam, dibelah empat
3 - 4 liter air
1 cawan santan pekat
1/2 cawan serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan halus
2 sudu teh serbuk lada putih
3 batang serai, dititik
lengkuas sebesar ibu jari, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
garam secukup rasa
1 cawan minyak untuk menumis

(bahan dibawah dikisar halus):
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Sambal Kicap:
5 batang lada merah
20 biji lada padi merah thai
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap lemak manis

Bahan Hiasan:
bergedil daging - for resepi boleh refer kat list sebelah
taugeh
daun sup/daun bawang (dipotong halus)
bawang goreng
sambal kicap
ayam (yang telah disiat-siat)
kacang tanah goreng

CARA:
1. Panaskan minyak didalam periuk.
2. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati.
4. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam.
5. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.

Cara membuat Sambal Kicap
Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.

Cara menghidang
Potong lontong/nasi himput dadu besar ( i tambah jugak mee hun yg dicelur kejap) dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, kacang, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.

NOTE: memandangkan i masak tuk 2-3 org mkn jekk so sume bhn2 di atas di'reduce' sebanyak mungkin




NASI LEMAK SAMBAL BILIS

nasi:
beras basmathi
santan pekat
garam
halia - hiris
bwg besar - mayang
daun pandan - simpul
**halba (if suke)

cara: satukan sume bhn , masak spt biasa guna rice cooker

sambal bilis:
cili kering kisar
4 ulas bwg merah* kisar
1/2 biji besar * kisar
2-3 s/b ikan bilis * kisar
1 biji bwg besar - mayang
1/2 cwn ikan bilis
sedikit nampla/sos ikan
sedikit serbuk belacan
sedikit kiub ayam
garam & gula perang (nk kasi kaler cantik)
sedikit air asam jawa
minyak masak

CARA:
1. panaskan minyak agak byk & tumiskan bhn2 kisar sampai terbit minyak
2. masukkan air skit lg kalau nk sambal byk...
3. buh nampla & bhn perasa, air asam jawa, garam & gula
4. masukkan ikan bilis...masak atas api sederhana sampai sambal pekat...
5. masukkan bwg besar...masak lg hingga terbit minyak & betui2 pekat (ikut suke nak pekat mana..i suke sambal yg pekat & manis)
6. hidang bersama telur, timun, kacang goreng, ikan bilis goreng & nasi




Thursday, 12-May-2011 10:34 Email | Share | | Bookmark
apam balik...

 
 
 
View all 6 photos...
Quote:
apam balik ni mama buat sbb ritu masa wat CUSTARD TEACAKE, mama wat kastad lebih then balance dia mama campurla jagung manis, jdlah kastad jagung! kastad jagung ni leh buat mcm2 leh guna inti apam balik, leh jugak kalu nk wat pudding kastad! sedapppp

so far resepi apam balik ni mmg the BEST! apam akan lembut even dah simpan seari selmalam, kalu x abes, mama just wrap ngan cling film or buh dlm tupperware, leh mkn tuk bekfast esok pg.




APAM BALIK
resepi: joayee@myresepi.com (olahan fr resepi kak normasri)


2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula (i buh 1/3 cwn)
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil baking powder
Filling:
1 tin jagung krim - for homemade cream corn pls refer below **
1 cawan kacang tumbuk
1 cawan gula
sedikit mentega (x buh)

Homemade Cream Corn:
1 tin sweet corn
1/2 cup freshmilk
2 tbs gula
1 biji kuning telur
2 tbs tepung kastard.
* *masukkan semua bahan dalam periuk, masak sampai pekat, sambil lenyek2kan jagung dengan senduk atau hand blender

CARA:
1. Pukul gula bersama telur hingga kembang,
2. masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning. Pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel. perap 1 hr. (i x perap pun terus jek masak)
4. Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
5. Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
6. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega (i x buh mentega)
7. Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua. sapu sedikit mentega. ( i x sapu mentega terus masuk mulut!




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Monday, 9-May-2011 17:21 Email | Share | | Bookmark
simple ~

 
 
 
Quote:
resepi arini sgt simple, tp mama mmg lama dah KIV nk try x terbuat2 sampai ke arini br sampai seru....

1st nk try resepi soup fav mama @ Spice Route..soup ni asalnya resepi org cina, pekat2, mild tp sgt sedap, sesuai kalu nk hirup ptg2 or mlm2 time sejuk2 gini, very simple.

2nd mama ngidam nk kn kek kastad! kek ni pestime mama tgk CMG wat terus mama dah tangkap leleh, sbb mama n papa mmg hantu kastad, bila buat td dpt kecik la plak, 6 kerat jek! huhuu myra saje dah abes 2 potong, mama dah 2 potong tinggal 2 jek tuk papa huhuu yg pasti akan buat lgik & lagik!!! antara KEK PLG SEDAP pada mama




CHICKEN AND SWEETCORN SOUP
resepi asal: http://uktv.co.uk/food/recipe/aid/535027


100gm isi ayam tanpa tulang (sebaik2nya guna bhgn breast)
1 s/b minyak masak
1 ulas bwg putih - cincang
1 cm halia - cincang
1 s/b tepung jagung (dibancuh dgn sedkit air, kacau rata)
600ml air
100 gm isi jagung manis ( i guna 1 tongkol, potong ambil isi sahaja)
1 biji telur
1 s/b lemon juice
** 1 kiub ayam knorr ( i tambah)
** garam secukup rasa

CARA:
1. rebus ayam bersama air & kiub ayam hingga masak, kemudian keluarkan dada ayam, sejukkan sebentar racik2 isi ayam..masukkan kembali dlm stok ayam td.
2. sementara itu, panaskan minyak, tumis bwg putih & halia sebentar, masukkan stok ayam bersama2 isi ayam, bancuhan tepung jagung & jagung..masak hingga mendidih.
3. pukul telur bersama lemon juice, kemudian masukkan ke dlm sup, kacau perlahan2 hinga telur masak (seakan2 jalur) kemudian adjust rasa secukupnya, tambah garam sekiranya perlu.
4. hidang bersama daun bwg, kicap atau minyak bijan (ikut suke)




CUSTARD TEACAKE
resepi asal : kak ida 1001 resepi (c&p fr blog cik mat gebu)


125 gram mentega
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan teping naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

CARA:
1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.
3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net