S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 9-May-2011 10:35 Email | Share | | Bookmark
KEK LAPIS PUJAAN ...

 
 
 
View all 8 photos...
Quote:
lama plak x update resepi baru, maklumlaa br arini rasa sihat skit, dah berminggu2 sakit...
sampaikan nk masak pun x larat, x tau bape kali dah tekak ni dok telan maggi huhuuu dah itu jek yg larat nk masak kan huhuu

kek lapis ni actually buat masa sakit ritulaa, dok diam lelama mmg rasa bdn yg mmg dah sakit bertambah2 'SAKIT' huhuu last2 mama masuk dapur on oven, mmg nk baking jugak! alang2 tgk kuning telur dlm peti ais balance wat macarons dulu x terusik, nk rosak dah so mama pun rasa cam syg sgt nk buang, try jela buat kek lapis guna resepi rabiah amit diolah oleh kwn CTNIK jd x jd belakang kira mmg x mengharap sgt pun sbb bdn pun letih semacam...cuma xnk membazir kuing telur...

dah 3-4 jam melapis, terus tutup oven masuk tido, biarkan kek dlm oven sampai esok pg. alhamdulillah bgn pg esoknya mama belah kek tuk bekfast rasa cam nk melompat2!!!! sonotttttt tgk lapis2 dia menjadi, walaupun x kemas tp berbaloi cubaan ke2 menjadi lebih baik drp yg sebelumnya....mekasih byk2 tuk sahabatku...ctnik yg x lokek tips tuk wat kek lapis ni! hanya Tuhan saja yg dpt membalasnya...






Quote:
yg kek ni balance drp kek di atas, i just buat 1/4 adunan tuk lapisan atas & bwh dia, kek perlu dipotong memanjang sbyk 3 bhgn (terpulang kpd citaras) kemudian lekatkan setiap bahagian dgn jam dan balut dgn cling film ketat2 simpan dlm fridge beberapa jam/semalaman.




Wednesday, 27-Apr-2011 17:29 Email | Share | | Bookmark
KEK OREN ~

 
 
Quote:
kek oren ni sgt classic, zaman skrg ni jrg2 org buat kek oren ... tp dulu masa zaman muda2 baru nk berjinak2 guna mixer antara kek yg penah dicuba ialah KEK OREN...my mum mmg suke kek ni, simple, wangi...x muak. sesuai utk minum petang...tp bila dah lama2 x buat kek oren ni mcm dah 'dilupakan' smpaila satu ari ada my frenz yg sebut maknya nk mkn kek oren! heheee

last time i ada buat kek lemon resepi lebih kurang jek ngan kek oren ni, basic resepi tuk POUND CAKE. kalu nk gantikan oren dgn lemon pun buleh mana2 yg suke...




ORANGE POUND CAKE with orange glaze
resepi : my recipe file


1 1/2 cwn tepung gandum
secubit garam
1 s/k baking powder
1/2 cwn butter
1/2 cwn gula halus
2 biji telur
1/4 cwn susu segar
1 s/k vanilla
6 s/b jus oren
1 s/b parutan kulit limau/oren

CARA:
1. panaskan oven 160C (FAN OVEN) atau 180Celcius tuk oven biasa..
2. sapu loyang dgn butter & alas dgn baking sheet
3. pukul butter & gula hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebijik...pukul lg hingga rata
4. ayak tepung + garam + baking powder dlm mangkuk besar, ketepikan.
5. masukkan esen vanilla, parutan kulit limau & jus oren ke dalam adunan telur & butter td. pukul supaya rata.
6. kemudian masukkan adunan tepung bersama garam & baking powder td berselang seli sg susu segar..kuap balik hingga sebati.
7. tuangkan ke dlm baking tin, bakar selama 45min atau lebih hingga kek masak (test dgn lidi).

utk glaze:
3/4 cwn gula icing di bancuh dgn 2 s/b jus oren kemudian ratakan atas kek yg telah asak td sementara tgh panas...biarkan glaze mengeras...


Monday, 25-Apr-2011 12:27 Email | Share | | Bookmark
resepi2 pilihan minum petang ~

 
 
 
View all 12 photos...
Quote:
hehe masa dok kemas kini FB tadi baru pasan ada few lg resepi2 yg lom update resepinya di fp huhuuuu so utk rujukan mama next time kalu nk buat for minum ptg ni resepi2 yg ringkas tp amat memuaskan hati sesuai la tuk mama yg x byk masa di dapur gara2 si cilik yg semakin manja huk3




PULUT SERIKAYA
resepi: kak hanieliza @ http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1463185


Bahan-bahan
Lapisan Bawah
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Lapisan Atas
2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
½ cawan gula merah
1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung jagung
3 biji telur
1 s/t garam


Cara:
Lapisan Bawah
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Masakkan sekejap sehingga naik wap.
3. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
4. Kukuskan lebih kurang 20 minit.
5. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.





ONDE-ONDE/BUAH MELAKA

tepung pulut secukupnya
secubit garam
pandan paste & pewarna hijau
sedikit air (utk menguli)
gula merah (utk inti)
kelapa parut (i guna dessicated coconut, kukus sekejap dlm microwave bersama sedikit air & garam hinggan lembut)

CARA:
1. gaulkan tepung, garam, pandan paste & pewarna bersama air sedikit demi sedikit sampai menjadi doh yg mudah digentel
2. didihka air dlm periuk hingga menggelegak
3. sementara itu ambil sedikit doh, leperkan, buh inti gula perang di tghnya, kemudian gentel menjadi bulat spt 'guli'
3. masukkan ke dlm air mendidih, buat sehingga abes..sementara itu bolela angkat onde2 yg telah timbul atas permukaan air guna penapis teh & golekkan atas kelapa parut yg telah dikukus td. ulang hingga abes.




APAM PISANG
resepi : diana (c&p fr blog cik mat gebu) @ http://tiffinbiru.blogspot.com/2008/03/apam-pisang.html


1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara:
1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata.
2. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
3. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.
4. Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan
5. kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam..




MURTABAK DAGING SEGERA
resepi : minami133@myresepi.com


100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
** sedikit kobis (cincang)
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
kulit popia
2 biji telur

Cara:
1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat.
6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.


BAWANG JERUK

bwg besar (mayang)
pewarna merah
sedikit air masak
cuka masak
sedikit garam & gula

cara:
1. campurkan semua bhn, gaul dlm mangkuk, adjust rasa & kemudian perap semalaman.




PISANG GORENG BREADCRUMBS
resepi : kak niza london


beberapa bijik pisang (belah 2 atau 4)
bread crumbs
minyak utk menggoreng
2 s/b tepung tempura **
2 s/b tepung jagung **
4 s/b tepung naik sendiri **
sedkit garam **
air ais **

CARA:
1. bancuhkan bhn2 bertanda ** menjadi adunan yg tidak terlalu cair/pekat.
2. pisang yg dipotong td celup dlm adunan batter, kemudian golekkan atas breadcrumbs hingga rata kemudian goreng dlm minyak panas hingga perang. angkat & toskan





YORKSHIRE PUDDING INTI DAGING
Resepi : kak izan cardiff


12 pcs yorkshire pudding (guna yg ready made, i beli jek kt asda £1 sepaket heheee)
grated cheese secukupnya

inti:
daging cincang secukupnya
blackpepper (sedikit sahaja kalu x suke pedas)
bbq sauce (agak banyak)
cili sos (sedikit sahaja)
mayonis (agak byk)
beberapa titik kicap manis
sedkit garam

CARA:
1. panaskan pan, masukkan daging cincang masak hingga keluar semua air & kering.
2. tutup api, masukkan semua bhn2 lain utk inti, adjust rasa, gaul sebati..ketepikan.
3. sementara itu, panaskan oven ikut arahan pada pack yorkshire pudding tu, ambil setiap cup yorkshire pudding masukkan inti daging ke dlm cup, tekan bg penuh & rata..taburkan grated cheese atasnya...buat hingga abis
4. masukkan pudding ke dlm oven 4-5 min kemudian sedia utk mkn..




CUCUR UDANG
Resepi : chef norzailina (c&p fr dapur kak nita @ http://sudipkayu.blogspot.com/2008/08/cucur-udang.html )


Udang basah (dlm 10 ke 15 ekor)
100 gram tepung gandum
125 ml - 130 ml air rebusan kepala udang
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Garam

Cara:
1. Bersihkan udang. Ambil bhgn kepala udang dan rebus.
2. Dapatkan 125 ml -130 ml air udang tersebut. Sejukkan dan ketepikan.
3.Campurkan tepung, soda & garam. Bancuh perlahan2 dgn air rebusan kepala udang tadi. Bancuhan hendaklah tidak terlalu pekat atau cair. Yang sedang2 sajaaaa....
4. Masukkan minyak penuh kedalam kuali. Panaskan minyak dan rendam senduk yg nak dijadikan mould tu. Bila senduk tu cukup panas, amik sesudu bancuhan tepng dan bubuh dalam senduk, bubuhla udang tadi kata atas tepung tu. Goreng penuh dan cungkillah tepung dalam senduk tu dgn garfu secara perlahan2 semasa tepung separuh masak.
5. Kemudian, ulang proses memanaskan senduk tu, masukkan tepung, udang & goreng la sehingga siap!



Saturday, 23-Apr-2011 19:34 Email | Share | | Bookmark
KEK LAPIS ASAM MANIS (projek menghabiskan kuning telur) ~

 
 
 
View all 4 photos...
Quote:
heheee bg org yg tgh gile buat macarons mesti pening kepala tgk kuning telur berpuluh2 bijik dlm peti ais, yela nk guna tuk goreng nasi jek mmg x lalu sgt kalu buh kuning telur semata2...antara resepi yg plg byk guna yolks ni ialah KEK LAPIS!

bila sebut kek lapis, mmg kine pikir masak2 nk buat ke tak..sbb bukan senang2 jek nk melapis, amek masa skit punya lama 4-5 hrs pastu kalu org yg x penah melapis mmg cuak2laa takut hangus ke, x jadi ker, x sedap ker etc...mmg kira tawakkal jelah! mcm i ritu buat kek lapis pikir jadi x jadi tu blkg kira yg penting YOLKS dlm peti ais tu licin xde pembaziran but alhamdulillah akhirnya berkat kesabaran & resepi yg dikongsi oleh kak joe mmg menjadi kek lapis tu even x selawa kak joe punay but org yg pestime melapis rasa sungguh berbaloi dok ulang alik masuk daput bukak oven 30x last2 menjadi jugak kek lapis asam manis ku....mekasih cik bambam sbb temankan mama di dapur ya!




KEK LAPIS PANDAN & ASAM MANIS (resepi asal kek lapis lengit)
resepi : c& p fr blog kak joe @ mekarwangi.blogspot.com


Bahan:
25 biji telur kuning- med size -(430)gm
5 biji telur putih-(+- 170gm)
500g butter
200g gula
1 sk ovellete
400gm susu pekat*
2 tbs golden syrup*
1 tbs vanilla*
1 tbs mixed spices*-atau lebih ( i x buh gantikan dgn pandan paste)
1/2 tsp cream of tatar- 1 pinch
170g cream flour/superfine-ayak (i xde so guna tepung gandum sahaja)
** asam keping/haw flakes 2 paket (i tambah)

Cara:
1. pukul butter & ovellet sampai kembang, masukkan bahan bertanda * ------(A)
2. pukul telur kuning dgn gula sampai creamy---------(B)
3. masukkan (B) dalam (A), mix well, kaup tepung dalam bancuhan dgn spatula------(C)
4. Pukul putin telur dgn cream of tartar sampai kembang & pekat
5. kacau kaup putih telur dlm (C)
6. grease 8x8" tin. alas dgn grease proof paper
7. 90-100g each layer, grill setiap layer 3min. susun asam keping/haw flakes atas layer. buat sampai habis.( this one buat 90gm )
8. bila dah siap , tutup dgn alum foil, bakar api atas bawah 180 15-20 min

recipe adapted from rose:

note:
* telur kuning mesti betul2 kembang. juga telur putih & butter. basuh pemukul & mangkuk betul2 sebelum pukul bahan2 tadi.
* masukkan extra pan/mangkok berisi air panas dlm oven bahagian paling bawah-utk meghasilkan wap jd kek lg lembap..temperature grill bergantung pada oven. .Setiap layer masak selama 3-4min.kalau grill terlebih lama setiap lapisan, kek akan jadi KERING & keras. lepas 2/3 layer pandai2 adjust temp/gas mark oven.
* btw, kek ni tinggi, pan 8x8" hampir penuh.




Friday, 22-Apr-2011 18:37 Email | Share | | Bookmark
macarons lagik!

 
 
 
View all 4 photos...
Quote:
hehee yg ni 2nd order fr kwn di cardiff, this time mama buat lebih skit sbb nk buat byk2 colours plus ada tetamu dari jauh nk dtg visit this weekend so mama buat 6 batches sumenya! wallaa this time mama plan nk buat sume guna ganache filling but with diff flavoured...

dark chocolate, mint chocolate, orange chocolate & strawberry & cheese flavoured ~

hopefully pasni leh explore lg flavours baru cuma kine cr bhn2 & food colouring yg pelbagai...caiyok!!
original recipe ada di sini @ http://foodnouveau.com/2010/03/29/paris-france/how-to-make-macarons-a-detailed-illustrated-step-by-step-recipe/




MACARONS (basic recipe)

3 biji putih telur if timbang equal to 100 gms (sebaiknya simpan dlm peti ais at least 24hrs)
210 gms icing sugar
125 gms ground almond/serbuk almond
30gms gula halus
** pewarna & emulco/perasa yg disukai (optional)

CARA:
1. gaulkan ground almond & icing sugar dlm bowl, ayakkan supaya sebati & halus. if ada food processor lg bgus n senang keje. dah siap, ketepikan.

2. pukul putih telur hingga berbuih, kemudian masukkan gula halus, pukul lg hingga jd putih & kembang anggaran beberapa min (medium to high speed).
tips: adunan white eggs akan jd 'bertanduk' & glossy .

2. kemudian, guna spatula gaulkan white eggs td dgn apa sahaja pewarna & perasa yg dikehendaki. gaul guna kaedah KUAP BALIK dgn spatula perlahan2..JANGAN gaul spt buat 'biskut raya'. dah sebati, gaulkan pulak dgn campuran almond& icing sugar yg sudah diayak tu make sure bubuh sikit2 dlm 3-4 batches.
tips: semasa gaul campuran almond & icing sugar ini pastikan 'berlembut' jgn ganas2..takut macarons x tumbuh kaki. so perlahan2...gaul kuap balik hingga rata.

3. last sekali, guna piping bag masukkan adunan td ke dlm bag, pipekan atas baking tray yg beralas dgn kertas non stick sebesar duit 50sen.
tips: for those yg perfectionist bole lukis template bulat2 blkg baking sheet sebelum pipekan adunan ke dalm template bg mendapatklan saiz yg sama. biarkan macarons selama 20min supaya shell dia kering.

4. panaskan oven 150C, bila dah betui2 panas, masukkan macarons dlm oven dan bakar selama 14 min. bila dah siap, sejukkan dan bole la hias dgn cream pilihan anda.
tips: macarons yg menjadi ialah macarons yg 'berkaki' bhgn bawah macarons rata sepenuhnya, tidak melekat pada baking sheet.




[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net