S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 20-Apr-2011 08:34 Email | Share | | Bookmark
KEK PISANG ~

 
 
 
Quote:
ni resepi kek pisang yg dah berkali2 ulang tayang kt fp i, heheee bila stok pisang kt umah byk berlebihan dan nk lembik n lebam xtau nk buat apa mmg i akan transform jd kek pisang ni..simple & sedap. lg2 kalu nk bwk ke majlis2 kan sbg buah tgn or jamu tetamu yg bertandang ke rumah, x perlu susah2 nk deco bagai hehee 1 bijik kek dpt byk mmg puasla mkn berhari2...




KEK PISANG
resepi: adsweet@myresepi.com


7 biji pisang berangan ( i guna 5 bijik pisang asda saiz sederhana)
1 cawan minyak masak
2 sudu kecil soda bikarbonat (i buh 1 s/k sahaja sbb x suke bau soda terlampau kuat)
5 biji telur
2 cawan gula halus (i buh 1 1/3 cwn sahaja sbb x suke manis)
1 sudu kecil esen vanilla ( i buh esen pisang)
3 cawan gandum

CARA:
1.Lecekkan pisang sampai lumat.Kemudian masukkan minyak dan soda bikarbonat.Gaul sebati. (Bahan A)
2.Gunakan mixer untuk pukul telur dan gula. Masukkan bersama esen vanilla .
3.Kemudian masukkan adunan pisang (Bahan A) ke dalam bancuhan telur dan gula
4.Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata
5.Masukkan dalam acuan. Bakar selama 25-30 minit, suhu 180 C atau mengikut kesesuaian oven masing2.

note:
( i taburkan kepingan badam & bakar suhu 160C fan oven selama sejam lebih...)




Quote:
texture kek ni mmg gebus n moist, i buat dwi warna/perasa plain & cokelat (buh skit emulco) sepatutnya idea asal nk buat cam corak kek zebra tp 'belang2' dia x menjadi plak huhuu


Tuesday, 19-Apr-2011 08:27 Email | Share | | Bookmark
tempahan kek bday & macarons ~ THANKS ♥!

 
 
 
View all 5 photos...
Quote:
ini plak tempahan bday cake & macarons yg dibuat oleh seorang kwn di cardiff...thanks ya! harap2 sedap & x terlalu manis, puas hati.

i cukup nervous bila buat tempahan org sbb i bukan selalu amek order, sungguh risau takut x cukup bgus utk org lain coz i'm not a fussy eater! hehee mkn ajek apa yg ada, tp kalu bab2 deco ni mmg i nk yg terbaik, x kisahla baik tuk mkn sendiri or tuk org lain..kalu bole redo & redo lg sampai beto2 puas hati.. since ni pestime i amek order tuk macarons & cheese brownies mmg i sgt2 nerveous, risau etc risau x cukup sedap, x cukup lawa, x cukup perfect tuk customer! alahaiiii harap2 oklaa kek tu huk3...





MARBLE CHEESE BROWNIES
resepi: kak meen (c& p fr fp akk rinn)


Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor (i buh 1 1/4 cwn sahaja)
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah. (i bakar sampai permukaan atas brownis 'firm' anggaran 3/4 masak lebih drp 20min)


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor (i bubuh 3/4 cwn shaja)
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.




resepi macarons ini dah ada dlm entry2 sebelum ni..


Tuesday, 19-Apr-2011 08:03 Email | Share | | Bookmark
moist choc cake ~ TERBAEKLAH!!

 
 
 
View all 7 photos...
Quote:
this time nk share 1 lg resepi choc cake....moist choc cake yg i dah lama dok cr2 resepi sbb setiap kali blk raya mesti mama akan dpt 1 bijik kek choc moist yg sgt sedap giler2! org kasi hamper...cake dia mmg very moist, texture dia mcm sponge skit, x heavy , x muak, x manis sgt kira the best choc cake yg i penah mkn!!

so kali ni try resepi maklang (dipopularkan oleh mamasya & kerap disyorkan try oleh ctnik) cuam dok tangguh2 jek lgpun kalu moist choc cake ni hubby cam kureng skit, dia ada migrain! tp ritu i try jugakla buat sebijik resepi amek fr blog mamasya, hasilnya wallaaaaaa mmg hampir2 sama ngan cake choc moist yg mama papa sellau dpt time raya tu...80% nk sama dah cuma kine improve lg moist kine kasi lebih skitt texture dah hampir2 sama..thanks mamasya, maklang & ctnik!! muahsss i lap u all




MOIST CHOCOLATE CAKE
resepi: maklang (c&p fr blog mamasya, thanks)


BHN A - diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1st bpowder
1st soda bicarbonate

4 biji telur
2 cwn gula halus ( i buh 1 ½ cwn sahaja)
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

Cara:
1. Pukul gula + telur = kembang (high speed)
2. Masukkan susu pekat }
3. Masukkan minyak }low speed
4. Masukkan bhn A sedikit demi sedikit }
5. Masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu)
6. Bakar 40-45’ - bakar dkt sejam suhu 175C (bergantung kpd oven masing2)

**nota dapur mamasya
adunan kek ni cair sbb byk guna air dan susu pekat sbb tu moist.bakar hampir sejam baru kek masak...




COKELAT TOPPING
resepi : kak hanieliza


1 cawan susu pekat
60 gm butter
50 gm serbuk koko

1. Kacau secara double boiler sehinga larut dan sejukkan sekejap.





since i kehabisan stok susu pekat manis, so i buat topping guna choc ganache di bawah :

CHOCOLATE GANACHE
sumber : http://www.applepiepatispate.com/austrian/sachertorte-chocolate-cake/

150gms dark choc
150 gms double cream/heavy cream
50gms unsalted butter (i buh skit jek dlm 1s/b)

methods:
1.In a small saucepan, bring the heavy cream to a boil and immediately remove from the heat.
2.Cool to 190ºF / 88ºC and immediately pour over the chopped chocolate. Let rest for about a minute.
3.Using a rubber spatula, stir gently in a circular motion from the center and work your way outwards as an emulsion is formed.
4.Once the chocolate cools to 95ºF / 35ºC, add the butter and continue stirring gently just until the butter is thoroughly incorporated. The finished emulsion should be shiny and smooth.
5.Use immediately for best results.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Saturday, 16-Apr-2011 12:07 Email | Share | | Bookmark
Nasi Kerabu (version perantau)

 
 
Quote:
huhuuu akhirnya slps setaun stgh berjaya jugak mama buat NASI KERABU BIRU..

yela aft dpt cik bambam mmg lgsung xde chance nk buat nasi kerabu ni, bila free bhn plak x cukup, bila bhn dha cukup kita plak yg bz...alhamdulillah at last dpt jugak peluang buat nasi ni even x complete sepenuhnya tp lepas jugak rindu dendam nk mkn nais kerabu sepuas hati




NASI KERABU BIRU
resepi by: my mom & MyResepi.com (i combine dua2)

A) Nasi

2 cwn beras (i masak tuk 2 org jek)
garam secubit
air secukupnya (mcm masak nasi spt biasa)
pewarna biru + warna hitam (petua fr ctnik>>sepatutnya guna air perahan bunga biru nasi kerabu mmg asli kaler dia & harum)
1 helai daun kunyit (if ada)
2 helai pandan (if ada)

CARA:
1. Basuh beras, pastu bubuhlah sume bhn2 di atas, masak nasi spt biasa.

B) Sambal Tumis
(klau nak mkn nasi kerabu version kering xyah wat sambal tumis ni pun xper..)

5-7 biji cili kering dikisar
1/2 biji bwg besar
1 ulas bwg putih
1 cm halia
1 cm kunyit hidup / 1 sudu teh serbuk kunyit
100 ml santan pekat
1 batang serai - diketuk
1-2 keping asam gelugur
1 sudu besar budu if xde ganti ngan 2 sudu besar minyak ikan/nam pla
garam & gula melaka secukupnya

CARA:
1. Blend cili, bwg, halia, kunyit hingga lumat.
2. panaskan minyak byk skit...tumiskan bhn2 dikisar td hingga wangi.
3. bubuh sume bhn2 lain masak hingga pecah minyak. siap, ketepikan.

C) Sambal Ikan

ikan kembung secukupnya

CARA:
1. rebus ikan..kemudian 'perisi' (asingkan tulang & isi dia) then tumbuk kasar ngan lesung...pastu goreng tanpa minyak hingga jd serbuk ...siap, ketepikan.
(kat sini i guna jek serunding ikan yg ready-made...sbb susah nk cr ikan kembung fresh)

D) Sambal kelapa

1/2 cwn kelapa parut fresh ( i guna yg kering dlm tin jek so kureng skit rasa dia...)
2 ulas bwg putih - dikisar
3 ulas bwg merah - dikisar
1 btg serai - dikisar
garam & gula secukupnya

CARA:
1. goreng kelapa tanpa minyak hingga perang.pastu tumbuk kasar...ketepikan...
2. kemudian goreng bhn2 kisar td..masukkan kelapa digoreng ...kacau rata2.
3. adjust garam & gula ...siap, ketepikan...

E) Air Lada
(kalau mkn nasi kerabu version kering, buleh gantikan sambal tumis dgn air lada...)

5-8 biji cili padi - dikisar
1-2 biji limau - diperah air dia
1-2 sudu teh serbuk lada hitam kasar
sedikit garam & gula
sedikit minyak ikan/nam pla

CARA:
1. blend sume bhn......adjust rasa.siap, ketepikan..

F) Kerabu (sume ulam dihiris halus2)

timun
kobis
daun selum
taugeh
daun kesum
bunga kantan etc.
limau nipis - dibelah 2

G) Bahan extra/lauk sampingan

Keropok ikan
budu (kalau rajin buleh masak budu ni bersama serai+ tambah air skit...)
ikan goreng salut tepung
daging bakar
telur masin
solok lada/lada jeruk
ayam goreng etc.




AYAM GORENG BEREMPAH
resepi asal: majalah saji/Kak Muza (FRD) x ingat pulak resepi ni amek kt blog/fp mana..

kepak ayam/isi ayam secukupnya
10 ulas bwg merah - ditumbuk/kisar
3 ulas bwg putih - ditumbuk/dikisar
125gm rempah kari daging - i tambah rempah garam marsala 1 sudu besar
1 sudu teh perencah ikan bilis
60gm tepung jagung - i x sukat pun..main bubuh jekk
1 sudu besar cili kisar
garam
sedikit air
500gm minyak masak (utk menggoreng)

CARA:
1. satukan bhn2 kisar/tumbuk dgn rempah kari, rempah marsala, perencah ikan bilis, tepung jagung, air & garam..gaul rata & adunan mesti pekat
2. ambil ayam & celupkan/sapu rata dgn pes...perap seketika ( kalu perap sehari semalam lg terasa sedap)
3. panaskan minyak...goreng hingga perang & garing...toskan.




Saturday, 16-Apr-2011 11:52 Email | Share | | Bookmark
i LOVE macarons ~

 
 
 
View all 5 photos...
Quote:
yup its true, macarons ni bukan bole mkn selalu bole kencing manis!

but buat mende ni mmg bole bikin ketagih...one batch to another...can't stop! sbb comey tp bahaya coz x bole tunjuk depan cik bambam sbb dia HANTU MACS




CAPPUCCINO MACARONS ~

resepi ada di list sebelah & previous entry harap maklum...



ROSE MACARONS ~

for further detail for macarons' recipe pls check out this website @ http://foodnouveau.com/2010/03/29/paris-france/how-to-make-macarons-a-detailed-illustrated-step-by-step-recipe/

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net