S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 9-Apr-2011 21:45 Email | Share | | Bookmark
mkn pulak bersama RENDANG DAGING!

 
Quote:
heheeee dah berari2 bau sekut raya dlm umah, smlm bau rendang plakkk sbb nk tambah lauk 'stok kecemasan' mama ni kalu sampai angin M mmg berari2 dok balun maggi xdela nk masuk dapur bersusah payah masak tp kalu sekali mai angin R rasa cam xmo kuar dapur plak hik




RENDANG DAGING
resepi: kak lieza


1 kg daging [potong nipis kecil]
5 helai daun kunyit [mayang halus]
2 batang serai [ketuk]
2 ulas bawang putih [ketuk[
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 s/besar kerisik
1 s/besar gula merah
garam
** 5 helai daun limau purut ( i tambah sbb dulu tgk my mum selalu bubuh)

Bahan-Bahan dimesinkan
15 tangkai cili kering + ciliapi mengikut kepedasan sendiri ( i guna cili masak jek sbb xnak pedas melampau)
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai

CARA:
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan.
2. Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah mesin sebentar.
4. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat
5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
6. Biarkan sehingga naik minyak.


Saturday, 9-Apr-2011 21:00 Email | Share | | Bookmark
SEKUK RAYA! ;) mcm nk raya plak ~

 
 
 
View all 8 photos...
Quote:
hehee sumenya bermula ngan SEKETUI BUTTER!

mula2 masa dok kemas peti ais tgk butter dah berminggu2 x sentuh takut expired..terus tingat nk wat tart nanas alang2 ada sebijik nanas kt umah ni..pas siap tart nanas ada plak budak ticit yg x cukup, sian maam dia tgk dok sebut 'nak, nakk' sbb tinggal 2 bijik jek tart pg tuh...huhuu kalu tau dia suke sah2 mama x balun byk2 ritu..so dari situlaa mama dapat semangat nak bikin SEKUT RAYA lagik & lagik sampaila siap 5 jenis dlm masa 3 ari

tetiba plak ada kwn kt sini yg teliur nk mkn , so mama pun buatla lebih post ke kwn plak...ermmm bz laa 3 ari mama di dapur menggentel sekut walaupun bukan nk raya tp sesekali layan sekut raya ni mmg masyukkk ~ berbaloi!




BISKUT PANDAN KELAPA

175 gms butter
75 gms minyak sapi
120gms gula halus
1 biji kuning telur
75gms tepung jagung
250 gms tepung naik sendiri
1 ½ s/k pandan paste
1 s/k esen coconut pandan
Sedikit pewarna hijau (optional)
Hiasan : telur putih, kelapa parut & badam/kuaci – dibakar dulu

CARA:
1.Pukul butter, minyak sapi & gula hingga sebati ( x perlu lama2 sampai kembang, cukup sekadar sebati)
2.Buh kuning telur, kacau rata.
3.Masukkan esen panda coconut & pandan paste & pewarna hijau (kalau nak kaler lebih cantik)
4.Masukkan tepung jagung & naik sendiri, uli sampai jd doh..kalau rasa lembut sgt, tambah skit tepung jagung.
5.Panaskan oven 170C (fan oven 150C ), terap adunan dgn bentuk yg disukai, sapukan putih telur atasnya, tabur kelapa parut & hias dgn badam or kuaci. Buat sampai habis ..bakar dlm oven dlm 25min sampai keperangan ...sejukkan dulu br simpan dlm balang.

NOTE:
- 1 adunan ni mmg x dpt byk sgt biskut bergantung pada saiz acuan...anggaran dlm 85 bijik jek.
- disyorkan guna butter supaya biskut lebih wangi n sedap drp mentega.
- seeloknya gunakan tepung naik sendiri berbanding tepung gandum utk dptkan texture biskut yg lebih rapuh, ringan & gebu (pengalaman mak yung yg dah godek biskut bertahun2...mmg kureng skit guna tepung gandum)




DOUBLE CHOC CHIP COOKIES
resepi: shima (cookies trademark i turun-temurun)
(cookies version ni pulak rangup di luar & di dlm..ringan sbb 1/2 adunan tepung & 1/2 lg krispies)

350gm butter
1 cwn gula
1/2 cwn serbuk koko
2 1/2 cwn bubble rice/rice krispies
1 1/2 cwn choc chip
1 cwn mixed nuts - dibakar dulu hingga keperangan
1 cwn tepung jagung
2 cwn tepung naik sendiri

CARA:
1. panaskan oven 180 celcius...sementara tu pukul butter & gula hingga kembang
2. masukkan serbuk koko...kacau sebati.
3. bubuh bubble rice, choc chip & nuts..kacau sebati lg
4. masukkan tepung sikit2...uli ngan tgn...
5. jemput2kan & susun atas dulang pembakar...bakar dlm oven selama 20-25min..


BISKUT KASTAD AIDILFITRI

300gms butter
180 gms gula halus
2 biji kuning telur
150gms tepung kastad
150gms tepung jagung
230 gms tepung naik sendiri
Hiasan: kuning telur, choc rice & ceri merah

CARA:
1.Pukul butter & gula hingga sebati ( x perlu lama2 sampai kembang, cukup sekadar sebati)
2.Masukkan kuning telur kacau sebati.
3.Masukan kastad, tepung jagung & naik sendiri, uli sampai jd doh..kalau rasa lembut sgt, tambah skit tepung jagung.
4.Panaskan oven 170C (fan oven 150C ) terapkan doh dgn acuan, susun atas dulang pembakar...sapu sedikit kuning telur, hias dgn ceri merah & choc rice
5. Bakar dlm oven dlm 25-30 min sampai keperangan ...sejukkan dulu br simpan dlm balang.




BISKUT COKELAT BADAM

300gms butter
1 1/2 cwn gula halus
½ cwn serbuk koko
100gms serbuk badam
150 gms badam cincang – bakar dulu
2 cwn tepung jagung
2 ½ cwn tepung naik sendiri
Hiasan : serbuk badam, badam/pecan - dibakar dulu

CARA:
1.Pukul butter & gula hingga sebati ( x perlu lama2 sampai kembang, cukup sekadar sebati)
2.Masukkan serbuk koko, badam cincang & serbuk badam, gaul sebati.
3..Masukkan tepung jagung & naik sendiri, uli sampai jd doh..kalau rasa lembut sgt, tambah skit tepung jagung.
4.Panaskan oven 170C (fan oven 150C ), bentukkan spt jejari, kemudian golekkan dlm serbuk badam. hiaskan dgn sebiji pecan di atasnya. Buat sampai habis ..bakar dlm oven dlm 25-30 min sampai keperangan ...sejukkan dulu br simpan dlm balang.

NOTE:
- biskut ni mmg x gunakan telur...tp texture dia tetap rangup & ringan.
- kalau suka biskut yg manis buleh tambah skit lg gula..i wat sukatan yg sedang2 jek manis dia
- kalau xnak guna pecan, buleh gantikan dgn badam or apa jua kekacang sbg hiasan




TART GULUNG NANAS
resepi: cik mat gebu


440 g tepung gandum
50 g gula aising
2 kuning telur, dikacau hingga rata
230 g mentega ( i guna unsalted butter)
1 camca sebuk vanillin (atau esen vanilla)
Sedikit air jika perlu ( x buh)
Jem nenas untuk tat secukupnya, digentel2 sebesar biji kurma
hiasan: 1 kuning telur untuk disapu & biji poppy

CARA:

1.Satukan tepung, gula aising dan vanillin. Kacau rata. Masukkan mentega dan gaul dengan hujung jari hingga menjadi seakan2 serbuk roti.
2.Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Kalau perlu tambah sedikit air (i x buh air)
3.Rehatkan doh 10 minit. Bahagi doh kepada 3 - 4 bahagian. Ambil satu bahagian doh, canai 1/3 cm. Kemudian gelek pula dengan penggelek tat (yang ada pattern garis2). Potong memanjang doh tadi selebar 1 inci. (i guna acuan tart)
4.Ambil 1 biji inti jem yang telah digentel tadi, letak atas doh dan gulung sehingga menutupi inti tadi. Potong dan alih ke dalam dulang pembakar. Buat hingga siap dan sapu dengan kuning telur & tabur dgn biji poppy.
5.Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan (i bakar 150C fan oven). Alihkan tat atas jaringan sehingga sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

NOTE:
- kalau mahukan tart yg betui2 gebu, guna 100% butter, kalau nk yg sedang guna 50% butter & 50% marjerin, kalau nak yg rangup2 skit guna 100% marjerin..
- jam nanas pulak ngam2 sebijik nanas utk 1 adunan di atas, jam yg telah dimasak disyorkan disimpan dlm peti sejuk sekurang2nya semalaman supaya senang utk digentel
- utk dptkan kaler jam yg gelap,tambahkan sedikit gula perang.


Monday, 4-Apr-2011 08:06 Email | Share | | Bookmark
MACARONS

 
 
 
View all 7 photos...
Quote:
atas permintaan kwn2 yg nk resepi macarons ni actually ada link yg detail tunjuk step by step how to make macarons tp i cuba ringkaskan based on my experience

original recipe @ http://foodnouveau.com/2010/03/29/paris-france/how-to-make-macarons-a-detailed-illustrated-step-by-step-recipe/




MACARONS (basic recipe)

3 biji putih telur if timbang equal to 100 gms (sebaiknya simpan dlm peti ais at least 24hrs)
210 gms icing sugar
125 gms ground almond/serbuk almond
30gms gula halus
** pewarna & emulco/perasa yg disukai (optional)

CARA:
1. gaulkan ground almond & icing sugar dlm bowl, ayakkan supaya sebati & halus. if ada food processor lg bgus n senang keje. dah siap, ketepikan.

2. pukul putih telur hingga berbuih, kemudian masukkan gula halus, pukul lg hingga jd putih & kembang anggaran beberapa min (medium to high speed).
tips: adunan white eggs akan jd 'bertanduk' & glossy .

2. kemudian, guna spatula gaulkan white eggs td dgn apa sahaja pewarna & perasa yg dikehendaki. gaul guna kaedah KUAP BALIK dgn spatula perlahan2..JANGAN gaul spt buat 'biskut raya'. dah sebati, gaulkan pulak dgn campuran almond& icing sugar yg sudah diayak tu make sure bubuh sikit2 dlm 3-4 batches.
tips: semasa gaul campuran almond & icing sugar ini pastikan 'berlembut' jgn ganas2..takut macarons x tumbuh kaki. so perlahan2...gaul kuap balik hingga rata.

3. last sekali, guna piping bag masukkan adunan td ke dlm bag, pipekan atas baking tray yg beralas dgn kertas non stick sebesar duit 50sen.
tips: for those yg perfectionist bole lukis template bulat2 blkg baking sheet sebelum pipekan adunan ke dalm template bg mendapatklan saiz yg sama. biarkan macarons selama 20min supaya shell dia kering.

4. panaskan oven 150C, bila dah betui2 panas, masukkan macarons dlm oven dan bakar selama 14 min. bila dah siap, sejukkan dan bole la hias dgn cream pilihan anda.
tips: macarons yg menjadi ialah macarons yg 'berkaki' bhgn bawah macarons rata sepenuhnya, tidak melekat pada baking sheet.

CREAM:
i selalau guna dark choc ganache (campurkan dark choc dicairkan + cream cheese..gaul sebati sampai pekat) or bole guna cream cheese + lemon zest + pewarna orange (for orange macarons) or bole guna mascarpone cheese + coffee emulco ( for tiramisu macarons) etc. terpulang pd kreativiti masing, sebaik2 cream hendaklah KURANG MANIS atau TIDAK MANIS SAMA SEKALI sbb nak balance rasa manis fr macarons tu sendiri. elakkan guna jam/fruit preserves yg manis..




Quote:
TIPS:
actually i prefer buat 1/2 adunan tuk 1 flavor/colour & another 1/2 adunan tuk flavor lain so bole rasa variety. for those yg nk buat 1/2 batch kine timbang white eggs tu betul2 ngam3 50gms (1/2 adunan). this is tricky coz making a small batch mmg memerlukan extra ketelitian, make sure timbang sukat TEPAT technique betui. if u r first timer better try buat 1 adunan dulu, dah dpt macarons yg cantik br try split into 2 batches.



some of my ideas : mint chocolate macarons, lime mint macarons, tiramisu macarons (dusted with cocoa powder), coffee macarons etc.


Thursday, 24-Mar-2011 18:08 Email | Share | | Bookmark
seafood lagik ~

 
 
Quote:
nk perabis stok seafood yg beli ritu simpan lama2 nnti x sedap plak hehee

since sume org dlm umah ni tgh sakit tekak, x bape nk selera mkn so masa simple2 jek arini..mujurla cik myra suke ikan bakar ni mkn bertambah2 nasi dia walaupun tekak sakit! resepi ni asal fr chef wan (version kukus) tp i dah derhaka skit guna tuk bakar ikan mmg sedap...yg kukus pun sedap jugak sbn (penah try sblm ni) so kira resepi ni versatile laa 2in1




IKAN BAKAR BEREMPAH (resepi asal IKAN KUKUS BEREMPAH)
sumber : chef wan

1 ekor ikan seabream (atau lain2 ikan pun bole)
sedikit garam (lumurkan pada ikan)

bhn kisar
10 biji cili kering (rendam dulu)
2 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1 biji buah keras
1 inchi kunyit hidup
1 inchi lengkuas
2 btg serai
1 sudu kecil belacan
segengam daun kesum
1 kuntum bunga kantan

lain2 bahan:
air asam jawa
sedikit air tuk kuah (sikit sahaja dlm beberap sudu)
garam & gula perang
1 sudu besar kicap cair
**nampla - i tambah tuk bg 'kick'

CARA:
1. panaskan minyak, tumiskan bhn2 kisar hingga wangi & terbit minyak...
2. bubuh air asam, sedkit air, kicap & bhn2 perasa dan nampla...
3. adjust rasa secukupnya....dah siap salutkan rempah td menutupi keseluruhan ikan, balut dgn cling film/daun pisang kemas2 & bakar dlm oven hingga masak...




SAMBAL TUMIS SOTONG

1/2 kilo sotong - cuci & potong kecil2

bhn kisar :
15-20 biji cili kering - rendam dlm air panas sampai lembut
3-4 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1/2 inchi halia

air asam jawa
garam & gula melaka/perang
nampla
kiub ayam
sedikit air (utk kuah)

CARA:
1. panaskan minyak dlm kuali, tumis bhn2 kisar sampai terbit minyak
2. masukkan sedikit air, asam jawa, kiub ayam, nampla, garam & gula..adjust rasa secukunya
3. masukkan sotong, biarkan sebentar gaul rata sampai masak, tutup api (lg lama masak lagi liat sotong tu nnti)



Thursday, 24-Mar-2011 17:42 Email | Share | | Bookmark
SATAY :)

 
 
 
View all 4 photos...
Quote:
antara my fav food SATAY, xkirala satay ayam ke..satay dging ker..satay paru ke...satay perut jek lom penah rasa lagik! hehee

satay ni mmg sedap kalu mkn ari2 pun mama sanggup! hik3..dek kerana tergoda ngan gambar satay yg tgk kt fb kwn ritu terus terbayang2 nk mkn set satay plak..nasi impit, kuah kacang & timun yum3... sedapnya cuma bila nk wat satay ni kine masak extra 'lauk' pasai en hubby x suke satay, x suke kuah kacang so kinela laa tambah rendang skit mkn ngan nasi impit




NASI IMPIT
resepi: kak lieza


2 cawan beras ( i guna basmathi & long grain)
6 cawan air
daun pandan
garam
daun pisang

CARA:
1. Basuhkan beras dan masukkan semua bahan kecuali daun pisang dalam periuk biasa atau rice-cooker.
2. Masakkan saperti masak nasi biasa.
3. Bila nampak nasi telah kering masukkan dlam loyang yg dilapikkan daun pisang.
4. Tekan sampai padat dengan potato mash.
5. Lapikkan semula dengna daun pisang dan tindihkan dengan bahan yg berat saperti lesung batu atau periuk kecil yg berisi air.
6. Biarkan semalaman atau 5 -6 jam.
7. Bila dah sejuk potong dan hidangkan dengn kuah lodeh.

TIPS:
~ sekiranya takder daun pisang boleh gantikan dengan pelastik biasa.
~ i guna zipper seal sandwich bag saiz 6.6 x 7.1 inch tuk setiap 1 cwn beras
~ i guna rolling pin tuk leperkan nasi himpit supaya rata segenap bucu plastic
~ masukkan nasi ketika masih panas ke dlm plastic
~ sambil2 leperkan dgn rolling pin pastikan nasi impit tu ditebuk2 dgn lidi supaya udara/wap panas keluar


RENDANG AYAM
resepi: kak lieza


1 ekor ayam[potong nipis kecil]
5 helai daun kunyit [mayang halus]
2 batang serai [ketuk]
2 ulas bawang putih [ketuk[
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 s/besar kerisik
1 s/besar gula merah
garam
** 5 helai daun limau purut ( i tambah sbb dulu tgk my mum selalu bubuh)

Bahan-Bahan dimesinkan
15 tangkai cili kering + ciliapi mengikut kepedasan sendiri ( i guna cili masak jek sbb xnak pedas melampau)
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai

CARA:
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan.
2. Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan ayam masak sebati ngan rempah mesin sebentar.
4. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat
5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
6. Biarkan sehingga naik minyak.




SATAY AYAM (stail bakar dalam oven)
Sumber: Hanieliza (copy paste fr fp kak zaiy Dubai)


500 gm isi ayam/daging [hiris kecil dan nipis]
1 inci lengkuas - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 batang serai - dikisar
1 s/k jintan manis - dikisar
1 s/k jintan putih - dikisar
** serbuk ketumbar ( i tambah skit)
1 s/b gula ( i buh byk gula ni....sbb suka satay yg manis2)
5 ulas bawang merah - di kisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 s/k garam - dikisar

Bahan tambahan:
timun [dipotong kecil]
bawang besar [potong kecil]
nasi himpit [potong dadu]
Kuah Kacang

CARA:
1. Perapkan daging ayam/lembu dengan bahan yang telah dikisar selama 3 atau 4 jam.
2. Masukkan ayam yang telah diperapkan dalam loyang dan bakarkan dalam oven suhu 200'C selama 30 minit.
3. Hidangkan bersama bahan tambahan dan Kuah Kacang.

NOTE:
Kak Liza suka makan satay ayam tapi agak leceh nak bakar seperti yang dijual jadi selalunya kak liza bakar sahaja dalam oven. Kalau digoreng nanti berminyak pula tapi ada juga sekali sekala kak liza gorengkan.


KUAH KACANG MOMMA MIA ak.a kak yati
resepi: kak yati


bhn kisar:
9 ulas bawang merah atau
3 biji bawang merah besar (ikut suka)
~ momma mia guna bwang beso sbb sonang nk kupass..
7 ulas bawang putih
2-3 inchi belacan
halia
cili kering ikut suka
3 s/b udang kering
ikan bilis

serai dalam 2/3 batang dititik
lengkuas dititik
air asam jawa atau asam keping

gula
gula merah
garam
aji kalau suka
kacang tanah disangai atau digoreng dgn sedikit minyak
dibuang kulit atau tidak..ponnn ikut sukaa..
kemudian dibelender atau ditumbukkk ponnn ikut suka!

CARA:
1. Tumis serai + lengkuas + bahan2 yg dibelender tadi sehingga pecah minyak...maksudnya masak sambal tu sampai betul2 masak
2. Masukkan kacang tanah yg sudah diblender tadi..kemudian
3. Masukkan air asam jawa atau asam keping + gula+ gula merah atau gula melaka + garam..semuanya ikut suka..ikut selera sediri yer puan puan sekelian..


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net