S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 23-Mar-2011 12:01 Email | Share | | Bookmark
ouh kuih..KARIPAP!!

 
 
 
View all 5 photos...
Quote:
hehe karipap panas...karipap panas!

kalu mkn karipap ni ptg2 mmg layan...nak2 pekena ngan teh O panas kt balkoni, sambil tgk permandangan angsa2 & itik2 main air kt sungai depan umah ni..alangkah nyamannya!

selalu i buat karipap pusing (time xde cik myra) mmg rajinlaa mengisi stok karipap frozen dlm esbok but now nk buat karipap biasa pun x terbuat! sungguhlaa terhad masa di dapur tu, time cik myra tido siang2 tu laa terkejar2 nk masak nk kemas umah, basuh kain baju etc..ermm bila ada masa minum ptg sorang2 camni mmg masyukkk!




KARIPAP DAGING RANGUP
resepi: nasuha1523@myresepi.com


Bahan-bahan ( 50 biji )
Bahan Inti :
500 g kentang - dipotong dadu
300 gm bawang besar - dipotong dadu
400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil

Tumbuk Lumat :
½ biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
½ sd besar jintan manis
3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
2 sudu besar minyak
½ batang besar kulit kayu manis
2 sd teh gula / secukup rasa
1 sd teh garam / secukup rasa
350 ml air

Doh Karipap :
500 g tepung gandum - diayak
½ sd besar garam
94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
1 biji telur
½ cawan ais
250 ml air
Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai

CARA:

Inti :
1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. M
2. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
3. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati.
4. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
5. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

Doh :
1. Masukkan tepung dalam mangkuk.
2. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti.
3. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
4. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.
5. Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap)
6. Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
7. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
8. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.




MINT TEA...



Quote:
TIPS:
Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.


Wednesday, 23-Mar-2011 10:17 Email | Share | | Bookmark
MARBLE CHEESE BROWNIES

 
 
 
View all 6 photos...
Quote:
yup, kombinasi cheese & cokelat mmg terbaik!

minum ptg smlm buat sebijik cheese brownies ni...sbb ritu ada offer kt asda cream cheese so mama cepat2 rembat 2 tub hik3...tamak sungguh! dlm ati ckp xper mcm2 bole bikin ngan cream cheese ni, pasti abes punya.. cheese brownies ni mmg sedap lg2 kalu mkn masa sejuk2 tu perghhh nikmat sungguh




MARBLE CHEESE BROWNIES
resepi: kak meen (c& p fr fp akk rinn)


Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor (i buh 1 1/4 cwn sahaja)
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah. (i bakar sampai permukaan atas brownis 'firm' anggaran 3/4 masak lebih drp 20min)


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor (i bubuh 3/4 cwn shaja)
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CIK MYRA @ 17 BULAN






Tuesday, 22-Mar-2011 14:12 Email | Share | | Bookmark
NASI AYAM

 
 
 
View all 6 photos...
Quote:
hehee actually lama giler dah x wat nasi ayam kt umah ni...asyik2 dok mkn nasi putih sampai mati kutu nk pikir masak lauk apa... tetiba tingat nk wat nasi package lak

simple jek resepi nasi ayam ni, masak ikut style mama tp resepi tu rasa2 not exactly cam mama punya sbb ritu x salin plak resepi mama, tgk ingat2 lupa jek..tp style mama len skit berbanding nasi ayam yg biasa kita tgk org wat...nnti check resepi kt bwh ni k




NASI AYAM

nasi:
2 cwn beras basmathi
sup ayam (refer resepi below) secukupnya anggaran tuk masak nasi
daun pandan (simpul)

sup ayam :
1 ekor ayam - belah 2
halia (tumbuk)
2 ulas bwg putih (tumbuk)
garam & gula
1 uncang sup bunjut adabi
2-3 s/b mentaga
air secukupnya
1 ketul kiub ayam
daun bwg & bwg goreng (hiasan)

bahan tumis:
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji pelaga

bahan kisar:
4-5 ulas bwg merah
2-3 ulas bwg putih
1 inchi halia
1 labu bwg besar

sos cili:
4-5 biji cili masak - kisar
2 ulas bwg putih - kisar
sedikit cuka
garam & gula secukupnya

CARA:
1. cairkan butter dlm periuk besar, tumiskan bhn2 tumis & kisar sampai wangi & terbit minyak
2. masukkan ayam, masak kejap...kemudian masukkan air secukupnya tuk buat kuah
3. masukkan bunjut adabi, kiub ayam, garam & gula..masak hingga mendidih.
4. adjust rasa, kemudian keluarkan ayam, masukkan dlm bowl besar gaul bersama bwg putih & halia tumbuk tu...gaul bersama kicap pekat+kicap manis+sos tiram + madu...ketepikan perap dlm sejam.
5. sementara tu, amek kuah sup yg dah siap masukkan dlm periuk nasi berisi beras, adjust sukatan air secukupnya & tambah daun pandan dan masak nasi spt biasa.
6. ayam yg sudah diperap td, dibakar dlm oven hingga keperangan...sesekali golekkan supaya berkilat & ada glaze
7. utk sos cili : kisar semua cili & bwg putih bersama sedikit air dlm blender kemudian masak atas pan hingga mendidih,tambah gula, garam & sedikit cuka..adjust rasa ketepikan.
8. utk kicap: ambil sedikit kuah sup campurkan dgn kicap pekat gaul sebati...sedia utk dihidang
9. hidang nasi berserta kuah kicap, sos cili, kuah sup, ayam panggang bersama2 ulam spt salad, tomato & timun.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
CIK MYRA @ 17 BULAN




Tuesday, 22-Mar-2011 12:19 Email | Share | | Bookmark
seafood galore!

 
 
 
View all 13 photos...
Quote:
entry ni khas tuk seafoods jela...senang nk rujuk nnti

ritu pi kedai jual seafood fresh kt cowbridge road, cardiff kalu x silap nama DRAGON SEAFOODS mmg murahla skit berbanding kt wet market cardiff, cuma x byk pilihan jek...kebetulan time tu mmg nk cr sotong fresh hubby tingin nk goreng ratah byk2... kita pun tumpang sekaki, hehee

sotong ni 2 ekor saja dah 1.5kg! bygkan besar mana....mmg sekor tu leh mkn 2-3x, so blk2 terus cuci, potong2 n masak terus..beli ikan seabream & razor clams jugak dah alang2 nk 'kenduri' seafoods kan hehe

resepi pun simple jek sbb bhn dah fresh x perlu masak susah2




RAZOR CLAMS MASAK CILI

razor clams/pepahat/siput buluh (dlm 10-12 batang saiz besar)
1-2 s/b cili kering kisar
perahan asam limau
sedikit nampla
sedikit sos cili maggi
sedikit thai sweet sauce
garam & gula melaka/dark muscavado secukup rasa

tumbuk/kisar:
3 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
3-4 biji cili api (kalu suka pedas)
1 inchi halia

CARA:
1. panaskan sedikit minyak, tumiskan bhn2 kisar & cili kering kisar sampai wangi & terbit minyak
2. masukkan sos cili, thai sweet sauce, perahan asam limau , garam & gula adjust rasa
3. masukkan pepahat, balikkan2 dgn sambal td, masak atas api sederhana jgn tambah air sbb nnti akan keluar byk air drp pepahat tu, so biarkan jek atas pan sampai air keluar, pepahat masak & adjust rasa secukupnya.





Quote:
TEMPURA SOTONG

xde resepi, sbb i pakai tepung tempura dlm kotak tu jek..hehee gaul skit ngan air ais kemudian celup dlm bancuhan tepung, goreng hingga golden..cuma ada tips skit nk kasi dia x meletup, kulit sotong kine buang abes..kemudian jgn goreng terlalu lama, api kine sederhana kuat, agak2 masak terus angkat sblm ia meletuos!




TERUNG BERLADA

terung secukupnya
sedikit serbuk belacan
nampla
sedikit air asam jawa
gula dark muscavado
sedikit air (beberapa sudu jek)

bahan kisar:
cili kering secukupnya
2-3 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih

CARA:
1. tumiskan minyak dlm pan, tumis bhn2 kisar sampai naik minyak,
2. masukkan sedikit air asam jawa, nampla, serbuk belacan, garam & gula.
3. masukkan terung, tambah sedikit air tuk empukkan ia, masak sampai pekat. adjust rasa




IKAN BAKAR PORTUGIS
Sumber: Nur Fotopages


1/4 cawan minyak masak
Air perahan dari 1/2 biji limau nipis
1/2 sudu besar kicap pekat
Garam
Gula
1 ekor (600 gm) ikan bawal di bersihkan - i guna ikan seabream
Daun pisang - i guna alluminium foil

Bahan Di Kisar Halus:
4/6 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah kecil
1 batang serai di hiris halus
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk
2 helai daun limau purut

CARA:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi.
2. Masukkan air limau nipis, kicap, garam dan gula.
3. Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang dimasak tadi.
4. Bungkus ikan dengan daun pisang.
5. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak.




SOTONG GORENG BREADCRUMBS

sotong secukupnya (potong ring halus2 supaya cepat masak & x liat)
tepung gandum secukupnya
putih telur secukupnya
breadcrumbs secukupnya
minyak masak yg byk

CARA:
1. sotong dibersihkan buang kulit sepenuhnya kemudia potong ring halus2...alas dgn kitchen towel biar kering
2. panaskan minyak byk dlm pan
3. golekkan sotong atas tepung gandum kemudian celup dlm putih telur kemudian golekkan atas breadcrumbs bg rata sepenuhnya br goreng hingga golden
4. angkat & toskan...mkn bersama sos cili


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CIK MYRA@ 16 BULAN








Thursday, 17-Mar-2011 10:26 Email | Share | | Bookmark
pilihan minum ptg ~

 
 
 
View all 6 photos...
Quote:
sejak dua menjak ni setiap ptg mesti terasa cam nk wat kudap2an...esp tuk cik myra mama suke sgt tgk dia mkn...berselera sungguh!

ritu mama wat apam dot dot yg comey lote tuu gebus2, tembam2, montok2 apamnya! sgt comeyyyy myra kutip yg kale pink jek bila papa amek yg pink ushar panas jekk dia...mesti dlm ati dah aim! hai anak...kecik2 lg dah ada her fav colour erk!

blueberry cheese tart tu plak mama yg ngidam...myra x suke sgt pun sbb ada inti jam...dia ni kalu jam2 ni mmg kureng...next time maybe kine wat yg version plain jek just cheese tuk cik myra




APAM DOT COM DOT MY
resepi : amek fr fb kwn mrs nor (mekasih kak nor..halal yek kita c&p resepi akak)

2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu
Jem strawberry/blueberry
pewarna yg disukai.

CARA:
1.Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.
3. Masukkan susu segar, gaul sebati
4. Masukkan tepung, sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai dan masukkan dalam pipping bag
6. Pipekan separuh aduanan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit jem ,dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh.
7.Kukus selama 15-20 minit.




BLUEBERRY CHEESE TART
resepi : amek fr fb kwn mrs nor (mekasih kak nor..halal yek kita c&p resepi akak)


Bahan tart:-
250gm butter
125gm icing sugar
1 biji telur
400 gm gandum
40 gm susu tepung
sedikit garam
1 sudu esen vanila

CARA:
1. Pukul butter dgn gula ising hingga kembang
2. masukkan telur, pukul sampai sebati
3. masukkan tepung,susu tepung gaul hingga rata - rehatkan doh dalam peti ais lebih kurang 1 jam
4. cubit sedikit dan tekan dlm tart mould yg telah digris. (Tekan dlm mould dgn sudu/ ibu jari lagi senang)
5. bakar 180C utk 10-12 minit (3/4 masak). Keluar dan ketepikan.

Bahan Filling:
250 g cream cheese
50 g gula
25 g butter
1 biji telur
25 g whipping cream (x bubuh sbb xde)
20 g tepung
Blueberry filling (i guna blueberry jam conserve jek)

CARA (filling) :
1. Pukul cream chese gula dan butter sampai kembang
2. Masukkan telur dan puku lagi hingga rata/sebati. masukkan whipping cream dan tepung..gaul sebati Masukkan dalam pipping beg.
3. Bubuh dalam 1/2 sudu kecil blueberry dalam tat shell(nak senang masukan blueberry dlm pipping beg juga..picit sikit) dan pipekan cheese keatasnya kemudian calitkan sedikit blueberry keatasnya dan swir dgn lidi.
4. Bakar semula. Bila dah masuk filling guna api bawah sahaja baru nampak smooth cheese tu.




FRUIT TARTLETS
resepi : amek fr blog kak nita sheffield


kulit tart:
250gm mentega - suhu bilik
120gm gula aising
2 biiji kuning telur
440gm tepung gandum - diayak
1 camt esen vanila

custard filling:
2 camb tepung gandum
2 camb tepung kastard atau tepung jagung
8 camb gula kastor
2 cawan (500ml) susu segar
2 biji telur
2 camb (30gm) mentega

CARA:
1. griskan dulu acuan tartlet dan susunkan ke atas baking tray
2. untuk pastri: adunkan semua bahan hingga menjadi doh. gelek di atas papan pencanai setebal 5mm
3. setelah itu ambil pastry cutter tekapkan ke atas doh tadi dan tekapkan pula ke dalam acuan
4. tekan sedikit untuk memasukkan doh tersebut dan trimkan dengan pisau atau gunting di tepinya
5. panaskan oven pada suhu 175C
6. cucukkan dengan garpu di tengah2 doh lalu bakar selama 20 min atau sehingga kekuningan
7. kelurkan dari oven dan tunggu hingga sejuk sebelum menanggalkan pastri dari acuan
8. untuk custard: campurkan tepung gandum, tepung kastard dan gula di dalam mangkuk. campurkan pula 2 camb susu daripada 500ml susu tadi dan kacau rata
9. masukkan telur sebiji2 dan gaul rata lagi. setelah itu tuangkan kesemua susu tadi dan kacau lagi hingga larut
10. kacau adunan ini di atas api yang kecil hingga agak kental. adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2. boleh jugak memasukkan di dalam microwave dengan suhu tinggi hingga pekat dan buka microwave sesekali lalu kacau supaya tidak berbentil2
11. apabila tampak likat, keluarkan dan masukkan mentega lalu kacau hingga sebati. biarkan kastard sejuk dahulu sebelum di masukkan sedikit ke dalam pastri yang telah dibakar tadi
12. setelah itu bolehlah dihiaskan dengan buah2an kegemaran seperti strawberi, kiwi dan peach


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net