S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Thursday, 10-Mar-2011 10:59 Email | Share | | Bookmark
'kek PUTUS kasih'

 
Quote:
semalam mama teringin nk buat kek... sbb asyik buat kuih jek lama2 stok santan pun dah licin

tetiba sampai seru nk try wat KEK ALUNAN KASIH tgk ramai yg dah mencuba ckp kek ni sedap...cantik plak tuh! teruja sungguh tgk...nk membuat pun simple, bhn2 pun x renyah...sume ada kt umah ni. time cik myra sedap tido mama pun cepat2la baking..cuma dek kerana nk cepat mama skip 1 step dlm resepi tu..sepatutnya kek ni sblm ayak serbuk koko tu kine ratakan dulu adunan kek tu biar sama rata...tp amma nk cepat sgt so x ratakan (dlm hati mmg niat kunun2 x rata nnti kek ni jg bergelora gitu ombaknya! ) time bakar tu fuhhh semerbak baunya....

sekali.....pas bakar...sejukkan jap terus mama potong sbb nk kasi myra mkn bila bgn tido..sekali koooo mama gelak2 terbahak2 tgk rupa kek ku.... ni bukan kek alunan kasih ni...lg sesuai kalu diberi nama KEK PUTUS KASIH!




KEK ALUNAN KASIH
resepi : amek kt blog mat gebu


5 biji telur gred "A"
250 gram mentega
2 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair
Serbuk koko secukupnya
Pewarna makanan ungu + perisa blueberry (mama gantikang ngan paste pandan + pewarna hijau)
Pewarna makanan merah jambu + perisa Strawberry
Pewarna makanan kuning + vanilla

CARA:

1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser acuan berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
2. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Masukkan susu cair dan esen vanilla, putar sebati.
3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bagi adunan tadi kepada 3 bahagian dan setiap bahagian tadi diberi pewarna dan perisa seperti di atas. Kacau rata untuk setiap bancuhan.
4. Tuang 1 bahagian dalam tin kek tadi, ratakan (terpulang pada anda nak guna bancuhan yang mana satu dulu). Kemudian ayak serbuk koko atas bancuhan pertama tadi, rata2. Tuang pulak 1 bahagian lagi, perlahan2 ratakan. Ayak lagi serbuk koko rata2 dan tuang bahagian terakhir, ratakan.
5. Bakar selama 45 minit atau hingga masak, yang ni bergantung pada oven masing yea. Bila kek masak, sejukkan sekejap dan keluarkan dari tin, sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidangkan...




Thursday, 10-Mar-2011 10:36 Email | Share | | Bookmark
resepi lauk-pauk pilihan

 
 
Quote:
kali ni share resepi lauk-pauk plak..

1st AYAM PERCIK KLATE kalu ikutkan version klate mmg percik kaler putih...tp since kt umah ni kalu percik2 lebih suke kaler merah br terbangkit selera so mama tambah skit cili kering kisar dlm kuah percik tu jdlah kemerah2an..kalu nk yg version putih, jgn buh cili kisar, utk dptkan rasa pedas skit kisar lada hitam.

2nd ASAM PEDAS AYAM...actually asam pedas ni resepi cik mat gebu...mama kalu nk masak asam pedas mmg x cr resepi lain dah, sbb resepi CMG ni the best! mmg pekat, pedas, masam etc serba lengkap laa kt tekak mama tqvm pada penyumbang resepi2 ni...jasamu dikenang ~




ASAM PEDAS AYAM
Resepi asal: Cik mat gebu


1 ekor ayam kampung, dipotong 16 bahagian (ayam daging pun boleh)
1 biji terung bulat besar
1 pokok sawi jeruk, rendam dalam air sejuk (x bubuh sbb xde)
2 genggam daun kesom
1 1/2 cawan jus asam jawa ( i gantikan dgn 2-3 keping asam gelugur/keping)
1 1/2 cawan cili kisar
Garam dan secubit gula
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia tua*
3/4 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas*
3 biji buah keras*
1 1/2 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk lumat2)
**1 kuntum bunga kantan (i tambah)

CARA :

1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
2. Terung dibuang sedikit kulitnya, kerat 2 setiap belahan. Sawi jeruk, dipotong sederhana besar dan rendam. Ketepikan.
3.Panaskan minyak dalam periuk (nak real lagi, guna belanga tanah).
4. Tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak. 5. Masukkan ayam dan gaul rata, biar ayam kecut sedikit bersama rempah2 tadi.
6. Tuang air secukupnya (anggaran 1500ml, sebab ayam kampung lambat empuk). Renih hingga ayam 3/4 lembut, masukkan sawi jeruk (toskan dulu) dan terus memasak hingga ayam lembut.
7. Masukkan terung dan jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula sebagai pemangkin rasa. Biar mendidih hingga terung lembut, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam2man...




AYAM PERCIK KELANTAN
resepi asal :putra_yanty@myresepi.com


Sekor Ayam
1 liter santan
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 Batang serai
1 cm kunyit hidup (serbuk kunyit pun boleh jgk)
1 sudu beras (direndam sekejap, dan ditumbuk hingga lumat)
1 keping asam keping
3 tangkai cili kering
Garam dan gula
** nampla (mama tambah)

CARA:

1. Tumbuk 1 inci halia dan 2 ulas bawang putih bersama garam yang secukupnya. Perapkan bahan tersebut bersama dengan ayam (saiz ayam tu bergantung pada individu).
2. Kemudian kukus ayam tersebut sehingga 3 suku masak. Kalau dah terlebih masak pun tak per jugak.
3. Sementara menunggu ayam tu masak, blendkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili kering tadi bersama.
4. Masukkan kesemua bahan yang diblend, beras yang ditumbuk, santan, serai yang diketuk, asam keping, garam dan gula & nampla ke dalam periuk. (Beras akan menyebabkan santan tu menjadi pekat dan berkeladak sedikit)
5. Masak kesemua bahan2 tersebut. Semasa memasak bahan tersebut, perlu diingatkan supaya sentiasa mengacau sehingga mendidih dan sehingga naik minyak. Bila rasanya dah ok, blehla tutupkan api.(Kalau guna santan kotak, memang takkan nak minyak walaupun kuah tu kering)
6. Ayam yang siap dikukus tadi bleh la dibakar.. sehingga keperang-perangan. Bila dan perang, cucurkan kuah santan tadi keatas ayam tersebut dan bakar lagi. Kalau agak2 susah nak guna cara ni, bakar guna oven pun bleh jugak.
7. Dah pun siap dan bleh la dimakan dengan nasi putih.


Tuesday, 8-Mar-2011 10:08 Email | Share | | Bookmark
MACARONS OUHHH MACARONS ~

 
 
Quote:
macarons NOT macaroons!

bila cite pasai macarons ni mmg mcm satu trend plak sejak dua menjak ni menjadi sebutan & kegilaan ramai...nak2 plak benda yg comey2 colourful nampak sungguh tempting! kalu google images berderet2 kuar benda bulat2 ni rasa cam nk gapai2 jek amek sebijik nk RASA sbb bukan senang nk jumpa macarons ni, mcm kt sni kalu nk mkn harus masuk laduree @ harrods, london kalu byk duit bole booking tiket flight terbang ke paris sbb menda ni asalnya fr france kira bukan senang2 laa nk jumpa macarons ni unless buat sendiri kt umah, ngeh3

so disebabkan terlampau2 teliur menda ni ada sorang kwn kasi link resepi how to make macarons...syukur sgt2 after baca berkali2 study leklok tutorial dia, akhirnya my 1st attempt BERJAYA walaupun x comey cam laduree punya at least dptla jugak merasa...

to be honest, nk membuat menda ni bukan senang2, kine teliti bila sukat-menyukat, pulul-memukul etc.. sbb takut ia x kuar 'KAKI' jd lepek gituu.. jgn sesekali derhaka kt resepi..jgn devide resepi jd 2 (sbb nk dpt skit) or jgn tamak nk kalerkan adunan kpd 2-3 jenis mmg x menjadi! (ikut pengalaman sendiri) pendek kata try dulu 1 adunan, 1 perasa, 1 colour...kalu kuar kaki baru buat 2nd aduanan leain perasa, lain pewarna...

part filling pulak kalu bole jgn guna JAM sbb macarons tu sendiri dah manis yg amat...seeloknya 'cut' rasa manis tu ngan filling cth kalu CHOCOLATE, gunakan filling choc ganach drp DARK CHOC + mascarpone cream...ataupun kalu macarons ORANGE gunakan filling mascarpone cream + parutan kulit limau + icing sugar skit..make sure filling jgn manis sgt insyaAllah macarons tu akan just nice balance rasa manis dia



MY 1ST MACARONS ~ macarons strawberry with jam filling...ya Allah serius manis giler!


MY 2ND MACARONS ~ macarons choc & orange, getting better much better than the 1st macarons

for recipe, pls check this website @
http://foodnouveau.com/2010/03/29/paris-france/how-to-make-macarons-a-detailed-illustrated-step-by-step-recipe/


Tuesday, 8-Mar-2011 09:54 Email | Share | | Bookmark
tempahan kek ~ THANKS ♥!

 
 
Quote:
kek ni ditempah oleh sorang kwn di Cardiff...kalu x silap dah 2x dah madeha tempah kek fr kita..mekasih byk2 madeha hope awak puas mkn, yela x lama lg nk blk masia for good mesti x merasa dah kek kita mujurla kt masia bakery melambak! kalu teliur sgt bole jek beli sepotong dua...

resepi asal KEK STRAWBERRY CIK MAT GEBU! mmg the best recipe so far...dah puluh2 kali membuat kek ni x mengecewakan lgsung maceh cik mat ~




Tuesday, 1-Mar-2011 14:56 Email | Share | | Bookmark
BIRTHDAY MAMA ♥♥♥

 
 
 
Quote:
last week 27hb feb bday mama...this year sgt sonok sbb cik myra dah besar...last yr masa bday mama..alahaiii sedih nk cite! sebak tui kalu dikenang2 tp this year mmg best myra berkali2 kiss pipi mama manalaa x special kan!

walaupun terpaksa bake sendiri cake bday but mama rasa sgt puas ati, berbaloi dok dapur berjam2 sbb cik myra bule abes sampai 2-3 slices kek! mmg sohih ikut tekak maknya...HANTU KEK!




CHOCOLATE SPONGE CAKE
resepi asal: strawberry cake by cik mat gebu


Bahan Kek (Ini adunan asas, boleh tukar apa2 perisa ikut suka)
5 biji telur gred A
125 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*diayak 3 kali)
75 ml minyak jagung/sayur
160 g gula halus
15 g ovallate
2 camca besar susu segar
1 camca teh chocolate emulco

Bahan Lain
Krim putar secukupnya
Strawberry segar secukupnya
Coklat masakan

CARA:
1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin kek berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Tuang gula halus bersama ovallate dalam mixing bowl, putar hingga ovallate mesra bersama gula halus.
3. Masukkan kesemua 5 biji telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan kental seperti adunan baulu.
4. Masukkan choc emulco dan putar hingga sebati. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Tuang susu segar dan putar hingga rata.
5. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul rata.
6. Tuang dalam tin tadi dan bakar 25 - 30 minit hingga masak.
7. Keluarkan serta merta dan terbalikkan tin atas jaringan. Biar kek sejuk dalam bekas dalam keadaan terbalik. Bila betul2 sejuk baru tanggalkan tin.

Dengan pisau bergerigi, potong kek kepada 3 bahagian yang sama besar. Letak satu keping kek atas papan kek, sapu rata krim putar dan ratakan. Tindih dengan lapisan kek kedua dan buat kaedah yang sama. Dan akhir sekali letakkan potongan kek terakhir. Sapu keseluruhan kek dengan krin putar dan hias ikut kreativiti masing2...Selamat mencuba..




[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net