S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 31-May-2008 16:22 Email | Share | Bookmark
variasi mee...

 
 
 
 
Quote:
bila ari2 masak lama2 pening jgak kepala ni nak pikir menu ... selalunyerr bila dah sangap sgt i bantai masak mee jekkk lgpun hubby oncall 3 ari ni so blk kije dah lewat mlm...tekak pun dah x bape nk lalu giteww telan nasi....bila pekena sup panas2 rasa nikmat pulakkk ...
jeruk betik tuh sbn lama dah i dok peram dlm esbokk sampai terlupa kewujudan dier!! so smlm bila nampak botol jeruk terus i balun sampai licin...x puas mkn jeruk sebotol ngan mangga muda jd mangsa asam boi..lepas kempunan nk mkn asam2 kt sini...kalau kt masia dulu ari2 i bantai asam boi
(WARNING: xder kine mengena ngan 'luar' & 'dalam' perut yerr)


SOTO AYAM KELUARGA DIANA
resepi: Koleksi Resepi Pilihan Diana @ http://resipidiana.blogspot.com/
halal yer kak diana...i copy paste jekk resepi akak mmg masyukk!!


6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak - i guna nasi himpit segera ADABI
2 ekor ayam, dibelah empat
3 - 4 liter air
1 cawan santan pekat
1/2 cawan serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan halus
2 sudu teh serbuk lada putih
3 batang serai, dititik
lengkuas sebesar ibu jari, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
garam secukup rasa
1 cawan minyak untuk menumis

(bahan dibawah dikisar halus):
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Sambal Kicap:
5 batang lada merah
20 biji lada padi merah thai
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap lemak manis

Bahan Hiasan:
bergedil daging - for resepi boleh refer kat list sebelah
taugeh
daun sup/daun bawang (dipotong halus)
bawang goreng
sambal kicap
ayam (yang telah disiat-siat)
kacang tanah goreng

CARA:
1. Panaskan minyak didalam periuk.
2. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati.
4. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam.
5. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.

Cara membuat Sambal Kicap
Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.

Cara menghidang
Potong lontong/nasi himput dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, kacang, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.

NOTE: memandangkan i masak tuk 2 org mkn jekk so sume bhn2 di atas di'reduce' sebanyak mungkin









MEE KUNG FU (resepi asal Kuew Teow Kung Fu)
resepi: hanis @ http://www.myresipi.com/top/detail/597


kueh teow - i gantikan ngan yee mee
2 biji telur - tuk sorang mkn
lada hitam / lada putih
mix seafood - i gantikan ngan daging dipotong kecil2
1-1 1/2 sudu besar tepung jagung
1 cawan air
sayur-sayur lain (optional) - i bubuh carrot, kacang peas, fresh mushroom etc.
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
sos tiram
**garam secukup rasa - i tambah tuk perasa
** hidang bersama sambal kicap

CARA:
1. pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas
2. masukkan keuh teow/mee hingga 3/4 gelas. (utk ilustrasi bergambar buleh refer kt link asal di atas)
3. tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. ratakan kueh teow/mee supaya menjadi sedikit nipis.
4. balikkan supaya kedua-dua belah masak.
5. masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.
6. [untuk kuah] tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix/daging.
7. tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
8. masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.
9. biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)


JERUK BETIK CIK MAT GEBU
resepi: Dapur Tanpa Sempadan @ http://tiffinbiru.blogspot.com/2008/05/jeruk-betik.html
thanks CMG sbb jeruk betik u laa lepas kempuanan i kat sini nk mkn asam2


1 biji betik muda yang mengkal (lebih kurang 1.5 kg)
6 cawan air
3/4 cawan garam kasar
700 ml cuka makan
2 1/4 cawan gula pasir
4 - 5 biji cili padi (jika suka), dibelah dua

CARA:
1. PENYEDIAAN AWAL
Masak 6 cawan air dengan 3/4 cawan garam kasar hingga garam larut. Sejukkan sepenuhnya. Kupas betik, belah, buang biji dan hiris sederhana tebal, cuci, toskan dan letak dalam tupperware. Tuang air garam tadi dan biar terendam selama 2 hari.

2. PENYEDIAAN CUKA MANIS
Didihkan cuka makan bersama gula pasir, kacau hingga gula larut, tapis dan biar sejuk sepenuhnya.

3. PENYEDIAAN JERUK BETIK
Toskan betik tadi, bilas dengan air dan toskan. Sediakan bekas untuk jeruk betik, curah air panas dalam bekas2 tadi, buang dan toskan. Susun betik tadi dalam bekas (susun padat2), selit2kan dengan belahan cili padi (jika suka) buat hingga siap. Tuang cuka manis sehingga menutupi betik tadi. Tutup bekas dan biar 1 - 2 hari. Lepas tu boleh lah makan...

NOTE: memandangkan betik i teramatlaa ciput so sume bhn2 di atas i reduce mana yg patut...
itik GeMbO-gEMbO...
Quote:
niza et sofia> i ni mmg hantu jeruk + asam...aritu blk masia berpikul2 angkut asam dlm bag wat stok 1/2 thn
anis aisya > bguihlaaa kak anis x mkn asam2 nih...i rasa cam dah ketagih giteww
dOd > alaaa kalau teliur kt masia melambakkk org jual buleh sgt nk rembat hatta sekilo pun buleh
umieaisyah> wakatau...wakatau... (sambil wat gaya gaban) psst gamboo esbokk i dah penah masuk FP entry2 sblm nih..
yatie-m > warning tu ditujukan khas tuk 'otai2 dubai & shah alam' mujur 2 org dubai tgh 'bercuti' sooo tinggal sowang jekkk
farah > heee wah sonoklaa u farah cik abe cuti lama skit....buleh sgt nk wat soto extra asam boi tu i angkut berpaket2 fr masia cadang nk mkn ngan strawberry...rezeki pulak terjumpa mangga muda kat lubuk puaka arituu rembatlaaaa 2 ketui
mamasya > i wat soto tu sbb nk abeskan stok nasi himpit segera ADABI balance raya thn lepas... kalau xde nasi himpit alamatnyerr jd soto meehun laa jwbnyerr..
soulha > jerukkk carrot?? waduh2 maaa....mekasih byk2 kasi info..sat gi i nk gi rendam carrot 1/2 kg wat jerukkk
the kesum return > tu bkn jambu ct tp mangga muda... heeee
masriyah > sowiiiii pasni i x tayang jeruk2 dah...i tayang asam boi ngan strawberry jekkk buleh??
nabialishad > semangat dtg drp perut yg lapaq tahap kebuluq....
lee lin >
zira > kalau nk beli betik u 1/2 guni bule ker?? hehehee sbn x puas lg mkn jeruk sebotol aritu
jasmeen > aper signal2....lom sampai masa lg laaa nk tambah ahli
zairieza > sat2 nk pikir nih.. bunyi mcm dalam maksudnyerr tuh
srsfeqah > jemput2laaa cuci mata yerr...
MaDiHa > i poun beranggapan wa soto tuh renyah tp sbb guna nasi himpit segera ADABI sumerrr beresss pasai ader short cut... iksh tingin jgak nk gi sg congkak tuh


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net