S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 19-Jun-2008 20:46 Email | Share | Bookmark
double entry...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PART I
Quote:
disebabkan minggu ni x bape nak rajin masak nasi 'package' so lauk-pauk kali ni sumer mkn ngan nasi putih jekk...sesekali mkn ala2 kampung pekena ngan sambal belacan n ulaman perghh mmg x pandang dah lauk len...

menu2 pun simple belaka so byk resepi xyah tepekla nooo (kes pemaleh la nih tp rajin nk amek gamboo ) nk buek camnoo dah kwn tuh minat pegang kamera so layan jelaa erkk





IKAN BAKAR PORTUGIS
Sumber: Nur Fotopages ( i copy paste fr FP kak Masriyah@UK minta halal yerr akak )

1/4 cawan minyak masak
Air perahan dari 1/2 biji limau nipis
1/2 sudu besar kicap pekat
Garam
Gula
1 ekor (600 gm) ikan bawal di bersihkan - i guna ikan Tilapia
Daun pisang - i guna alluminium foil

Bahan Bahan Di Kisar Halus:
4/6 tangkai cili merah
4 biji buah keras - i x bubuh sbb xder
8 ulas bawang merah kecil
1 batang serai di hiris halus
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk
2 helai daun limau purut

CARA:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi.
2. Masukkan air limau nipis, kicap, garam dan gula.
3. Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang dimasak tadi.
4. Bungkus ikan dengan daun pisang.
5. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak.



DAGING DENDENG
Sumber : Puti Mazura (from FP Maklang, thanks yerr kak mazura & maklang coz sudi brkongsi resepi yg masyukk ni, hubby puji sedap)

1 kilo daging batang pinang - dipotong nipis2 perap bersama garam, gula & kicap manis (at least 2 hrs)
10 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
5 ulas bawang putih ditumbuk kasar
15 tangkai cili kering, direbus dan dikisar
4 batang serai, dikisar bersama cili kering
3 camca besar ketumbar, disangrai dan kisar kasar
setengah cawan air asam jawa
4 camca besar kicap manis
1 cawan air (atau lebih)
garam
gula
3 cawan minyak

CARA:
1. Panaskan dua sudu makan minyak, tumis bawang dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan ketumbar dan goreng sampai wangi.
3. Masukkan cili pes, goreng hingga terbit minyak.
4. Masukkan daging yang telah diperap dengan bahan perapan sekali, balik-balikkan untuk "seal"nya.
5. Bila sudah "seal" daging, masukkan air, didihkan dan kemuidan kecilkan api, tutup kuali/periuk.
6. Bila daging sudah empuk, buka penutup, masukkan air asam jawa & kicap dan biarkan renih sehingga air kering.
7. Masukkan minyak masak yang selebihnya dan besarkan sedikit api.
8. Goreng sehingga kering dan garing, masukkan gula dan garam (jika masih tawar).
9. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas

NOTE: I masak skit jekk tuk 2 org mkn so sume bhn terpaksa di'reduce'



DAGING BLACK PEPPER

Daging -dihiris nipis2...
1/2 paket perencah black pepper maggi (i guna yg serbuk segera mix with 1/4 cwn air)
if xde serbuk nih leh ganti ngan sos black pepper
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar cili sos
3-4 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap pekat
extra air (adjust ikut kepekatan)
1/2 labu bwg besar - dipotong membulat
1 biji lada hijau/capsicum - dipotong
garam secukup rasa

CARA:
1. panaskan sikit minyak, goreng daging ayam hingga keperangan, jgn garing sgt ye.
2. masukkan cili giling, gaul rata.
3. masukkan bancuhan black pepper, garam, sos cili, kicap cair & pekat.
4. masukkan extra air (if suka yg byk kuah), but i prefer yg kering2 n pekat....
5. masukkan bwg besar masak hingga layu.



NOTE: resepi PEDAL AYAM GORENG KUNYIT ni xyah tepeklaaa noo sume org tau wat


AYAM MASAK KICAP BEREMPAH
(masakan ayam kicap yg sesuai dimkn bersama nasi ambeng jawa)

daging ayam - digaul bersama kunyit & goreng dulu hingga masak
kentang - dipotong & digoreng dulu hingga perang
2 ulas bwg bawang putih - dikisar/mayang
3 ulas bwg merah - dikisar/mayang
1 labu bwg besar - 1/2 dikisar & 1/2 lg dipotong bulat2
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji pelaga
cili kering kisar - ikut kepedasan yang dikehendaki
2 s/b rempah marsala/rempah kari
garam & gula
air secukup rasa
kicap pekat
kicap cair
lada hitam secukup rasa
serbuk ketumbar secukup rasa
cili masak - dibelah 4

CARA:
1. tumiskan bhn2 kisar & rempah ratus hingga wangi...
2. masukkan cili kisar...goreng hingga terbit minyak
3. bubuh kicap cair, kicap pekat & segala bhn perasa...
4. buleh tambah air skit kalau terlalu pekat... masukkan ayam & kentang...gaul sebati
5. adjust rasa garam & gula..last sekali masukkan cili masak..masak hingga betui2 pekat (i suka version kering2 skittt)



SAMBAL BELACAN

cili masak merah - dikisar
cili api hijau - dikisar
1 biji tomato - dikisar
sedikit belacan (dibakar dulu hingga garing) - dikisar
1/2 ulas bawang besar - dikisar
1/2 ulas bwg besar - dimayang
1/2 biji tomato - dipotong kecil2
jus limau/lemon secukupnya
2-3 keping kulit limau yg telah diperah
sedikit air masak (blender bersama bhn kisar)
garam & gula
sedikit nampla/minyak ikan (optional)

CARA:
1. Satukan bhn2 kisar bersama bhn2 perasa lain..gaul sebati dlm mangkuk..adjust rasa..
2. hidang bersama ulam-ulaman kegemaran



ASPARAGUS GORENG

2-3 ulas bwg putih - dikisar
beberapa batang asparagus - dipotong serong
1 biji cili masak - dihiris
beberapa keping tahu kering - dipotong
sos tiram secukupnya
black pepper
lada sulah
garam & gula
butter - utk menumis

CARA:
1. cairkan butter...tumis bwg & cili hingga wangi
2. bubuh asparagus, tahu & bhn2 perasa...adjust rasa.


PART II
Quote:
sessi minum ptg pun wat simple2 jekk...kt sini mmg jarang sgt2 i goreng pisang so sesekali dpt hadap pisang goreng panaz2 lwn ngan ice lemon tea ptg2 mmg layannn
strawberry crumble tuh pulak wat sbb sayang tgk strawberry tersadai dlm esbokk xde sapa nk sentuh so i pun watla crumble mkn ngan custard laju pulakkk masuk perut!!





RINNCHAN'S STYLE WOK NOODLES
resepi : kak rinn chan (thanks yerr kak rinn mmg sedap mee goreng basah ni

200gm Mee Teow (Boleh guna mee sanggul juga) - direndam dgn air panas
12 pcs cendawan kering, dibersihkan dan direndam dlm semangkuk air
300gm ayam, dipotong kecil
4 ulas bawang putih, diketuk
5 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tiram
1/2 camca teh lada putih
1/2 camca teh lada hitam
2 camca teh garam
1 sudu besar gula
3 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn 1 mangkuk air
Air secukupnya
2 biji telur

CARA:
1. Panaskan kuali dan tumis bwg putih dgn sedikit minyak.
2. Masukkan lada putih dan lada hitam.
3. Masukkan ayam. Kacau sehingga ayam agak masak.
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Masukkan cendawan bersama-sama air
rendamannya sekali. Kuatkan api dan biarkan kuah menggelegak. Tambahkan air
dan biar sehingga ayam dan cendawan lembut.
5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau hingga agak likat. Masukkan
garam dan gula.
6. Masukkan mee teow dan kacau rata. Boleh tambah air jika perlu.
7. Akhir sekali, pecahkan telur tetapi jangan terlalu di kacau. Hidangan siap bila telur
sudah mula mengeras sedikit. Hidangkan.

NOTE: i masak tuk 2 org mkn jekk so sume bhn2 i reduce mana yg patut...



NOTE: Goreng Pisang ni sume org dah tau...i just tambah bijan dlm bancuhan...


NOTE: resepi Strawberry Crumble with Custard nih bule refer kat list seblh >> Apple Crumble with Custard bhn2 sama jekk just tuka buah jekk tp MASA membakar mestilah dikurangkan sbb kang strawberry tuh 'cair' berenang2 kuak-lintang ngan crumble kang

itik GeMbO-gEMbO...
Quote:
thekesumreturn > ala ct menu buduh2 jekkk..lgpun lama dah tingin nk mkn sempoi2
yullina > trylaa kak ina ikan bakar tuh dah femes kt fp kwn2 len
afairuz > ala lom cukup dana lg nk rembat dslr...
boxhousestudio > mekasih kak tun org lom bg 'green light' lg i dah link siap2 dah
ummiSyahir > resepi sat gi tepek (ala senang jekk ni copycat punyer org)
fara > x bape minat mkn strawberry cenggitu saje tp aritu gi market dpt murah tu yg borong sbb geram cadang nk mkn ngan asam boi
kamalina > ala ciannn...,masuk sini aft lunch hr aarrr..tgk sebelah mata jekk perut dah penuh
jasmeen > alahai cian akak ku sowang nih!! meh nk check satt lorrr ni 'overdose' apam ayu nih!! psst tu sume rembat kt lubuk puaka
mira johar > kt masia lg masyukkkk ngan lauk-pauk pelbagai org sini yg kecuq air liur tau
umieaisyah > waduh2 .. mmg xleee thn wooo nengok durian...buleh menitis air mata ni kalau tgk kalau buleh nk sgt i wat system barter ngan akak..
azue > wah selamat dah pizza tuh jd bekal erkkk skrg gakk i mak tgk pizza akak
badangperkasa > lom rasa mana tau sedap bro??
zairieza > ala kak.. beli jekk perencah segera blackpepper maggi tu kt blkg pek ader resepi
soulha > rindu nyerr achik kt sofwat jenuh dok cari pi mana...habaq kat mama achik dah private mesage camnoo nk edit gamboo ok
mama awatif & adam > lorrr tu bkn masak sekali harung kalau cenggitu jgn kata sekerat ari satu ari pun x cukup
anis aisya > trylaa ikan portugis tuh kot2laaa cik abg sukeee pastu ari2laaa kak anis kine masak ikan kat umah
zara > betui gakkk tuh...kalau ari2 mendekedarah...camno nk diett??
FazaRina > lorrr time kita x sama kak rina...time akak tido i celik mata..time akak celik mata i pulakkk Zzzzz
azian > haa buleh jgak tuh nk buat jus...kalau byk sgt buleh wat jam
shasha_Leeds > tu bkn masak sekali harung kak...muntah darah nk telan sumee
farEast > kalau dkt2 akak hulur dah semangkuk dua buat masam tuh
Aishah > wkmslm..selamat berdendeng kt dapur ...i link jgak yerr
ida isk > kalau angkat bendera camnoo leh kuar 'ladang' carrot n jagung tuh!! huh, jwb2...lg penat kije buruh ladang ni
maklang > maklang ni dr dulu lgkkk dok ngidam nk jd superman... camno nk terbang kalu pakai kain batikkk?? Uikshhh 18SX
deqmas > lorrr model pegang ular tuh anak buah ker?? fuyyoooo achik salute sama itewww bdak laaa mmg manyak berani ooo
Jo > mak aiiihh kak jo pepagi lg dah dayung cuppies..mmg ibu mithali tuilaaa i dok cardiff mailaa jln2 kt wales ni...
farah > i dah check ur private message tuh...dah repyly punnn
sue > ikshhh xdelaaa sampai bukak kedai kak sue oiii ..Huh, handbags?? waduh2...fav nih
ahmad_syafiq_akram > alamakkk betui2 ker nk pos nih?? kang akak betui2 kasi add kang satu kije pulakkk nk gi post office time org berebut2 nk claim rebate ni


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net