S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 24-Jan-2009 01:58 Email | Share | Bookmark
setahun sudah...

 
 
 
 
 
gelembung2 menandakan laksam dah masak..buleh angkat & sejukkan
kuah laksam kine pekat2 gitew br ummphh
sambal cili yg guna 100% cili kering sbb xde cili masak merah
Quote:
bila tgk kwn2 len sibuk dok 'rata tanah nk pacak umah baru', mood nk update umah ni pun cam dah suam2 kuku jekk...sedih sbb ramai yg dah nk pindah...tinggal laaa kita kat sini..ditambah pulak ngan 'status tanah ni yg x bape nk molek', hajat di hati mmg teringin nak dok 'bunglow' gak tp nape tah baru 'pacak tiang' pun dah runtuh!

pejam celik...pejam celik... smlm genap laaa setahun usia umah ni .... dulu masa awal2 join fp niat cuma tuk upload gambar2 persendirian & memori selama dok merantau ni jek..yelaa sambil2 mengisi masa lapang kan ...tp tah camana tah lama2 album ni bertukar jd buku resepi la pulak!

ermm elok jgak ler kalau x kerana join fp ni maka x kenal laaa kwn2 len....makin sunyi ler idop kt sini, dan x improve ler skill memasak..maybe ari2 mkn cik din! buat kwn2 yg x lokek tuk share cerita, ilmu & segala mcm resepi tu, i ucapkan TERIMA KASIH BYK2!!..






:: K E S _ P E R T A M A ::
Quote:
laksam ni sbn hampir2 kine sedekah kt tong sampah...sbb dah 2x amek TEST sume FAIL! kalau dulu xle nk wat laksam ni sbb pengukus saiz tapak tgn jekk tp blk aritu i dah sambar yg besar skit kat bkt kayu hitam siap angkut sekali tudung periuk mummy semata2 nk wat laksam ni...so mmg x kira ~ fail x fail kine wat jgakkk sampai berjaya sbb wat penat jekk angkut mendalah tu sume

i pun x sure pasai per laksam tu keras xle nk gulung, padahal dah ikut sebijik2 sukatan dlm resepi.. sume pakat dok kata senang jekk tp bila kine kt tgn i ampesss!! yg pelik bin ajaibnyerr org len guna resepi yg sama menjadi pulak!! xtau ler silap tepung beras kat sini ker...silap saiz gelas x sama ker...atau mmg i dah kine SUMPAH ngan laksam ni sbb dulu kalau kt umah bila mummy wat laksam ni i liat skitt nk 'jamah'...10x lg sanggup mkn maggi drp laksam ni! but aft kawen ni semangat nk blaja wat laksam ni membuak2 pulak..bkn suka sgt pun..cuma teringin nk blaja..kunun2 nk promotes kat hubby ler masakan warisan nenek moyang kuuu

ermm last2 aft adjust2 skitt bancuhan tu br menjadi..tu pun 3 btg ( ermm 'keping' lg sesuai kot) masuk 'cik bin' kalau x kerana winter rasanyer mau berpeluh jgak ler nk siapkan dia! sib baik wat 1/2 adunan jekk... pasni rasanyer thn depan br i wat blk laksam ni kot


LAKSAM
resepi: yani@myresepi.com (halal yer kak yani i c&p resepi akak n der adjust skit bhn2)


3 cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam ( i tambah air suam dlm 1 1/2 cwn lg.... )
** tepung ubi/tapioca flour (i wat 1/2 adunan kak yani n tambah 2 s/b tepung ubi)
** 2-3 s/b minyak masak ( i tambah dlm adunan)

bahan kuah:
Ikan - (direbus, dibuang tulang) mcm nk buat laksa tuh
Sdkt halia
Sdkt bwg putih
Sdkt bwg merah/besar
** lengkuas ( i tambah dlm 1 inchi)
Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
Santan
Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah/gula - i buh gula pasir jek
** nampla ( i tambah)

Bahan ulam (dipotong halus)
timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum,
** kantan, cili padi potong (i tambah)

cili:
cili merah ( i guna cili kering jek, just buh dlm microwave +air skit n masak smapai lembut)
belacan
garam
** gula ( i tambah skit jekk)
limau

CARA:

A) Cara buat laksam:
1. Gaulkan semua bahan-bahan.
2. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat.
3. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
4. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik.
5. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis

B) Untuk kuah:
1. kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah, lengkuas dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain.
2. Masak sehingga agak pekat.

C) Untuk cili:
1. cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm gula skit dan perahkan limau

NOTE: i wat 1/2 adunan jekk drp resepi kat atas...resepi KAK YANI ni mmg dah terbukti menjadi sbb ramai yg dah mencuba, so dinasihatkan ikut jek sukatan asal tu but kalau x elok jgk bru adjust..coz dgr cerita certain jenis tepung beras kt UK ni mmg ader yg x bape nak elok cam masia punyer




:: K E S _K E D U A ::
Quote:
bahulu cermai ni pulak wat sbb nk 'test' acuan baru aritu blk mmg plan nk angkut segala macam acuan mak nenek tp yg jumpa cuma acuan bahulu ni jek! since acuan ni buleh jgak digunakan tuk wat kuih cara so i pun rembat jelaaa.... acuan baru susah kitt nk 'season' even org kasi tips ~ sblm digunakan, isi minyak byk2 n kine bakar dulu dlm oven panas but still melekat jgakk bahulu tu... cuma last2 tu br senang nk kuarkan dia drp acuan.. yg ni pun sama jgak hampir2 kine curah dlm sink maybe sbb i guna fan oven & tuan punyer resepi dah warning awal2...kalau buleh tutup fan coz bahulu akan mengecut sikit..but in my case fan xle ditutup..bahulu tu bkn mengecut skit dah tp sampai dah x nampak ruper cermainyer! ermm last2 pas tambah tepung skit adjust skit br nampak ruper cermai tuu... phewww...alhamdulillah menjadi jgak akhirnyerr...


BAHULU
resepi:tuntung15@myresepi.com


10 biji telur gred A
380gm gula pair
1 tsp esen ros (omit kali suke perasa yg original)
200gm tepung gandum
1/4 tsp baking powder

CARA:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat.
3. Kacau adunan dengan spatula.
4. Bakar pada suhu 220 darjah celcius sampai perang & garing

** Tips 1.
Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.

** Tips 2.
Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.

** Tips 3.
Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.

** Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejab je. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung.

** Tips 5
Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti.

NOTE: i wat 1/2 adunan jek n bahagikan kpd 3 perasa dlm mangkuk berasingan; original, pandan & strawberry. disebabkan oven i x buleh nk off fan so bahulu tu mmg mengecut aft keluar drp oven...so i tambah lg 1-1/2 s/b tepung gandum dlm setiap mangkuk baru laa bahulu tu buleh maintain shape dia




ROTI GULUNG INTI SOSEJ
sumber: ctnik & makciknyer


4 keping roti- ptg tepi
1 biji telur
2 btg sosej - ptg 2
gandum + air (bancuh bersama utk dijadikan gam)

CARA:

1. microwavekan roti hingga lembut & guna rolling pin gelekkan sedikit supaya nipis
2. letakkan sosej dan gulung
3. gulung hingga penghujung,letakkan gam gandum
4. celup telur yg dipukul dan goreng sampai perang




:: K E S _K E T I G A ::
Quote:
kuih-muih ni pun der cerita di sebaliknyer... roti gulung inti sosej tu menuntut fr kwn UK gak sapa lg kalu bkn cik puan kesum kita mmg sedap n senang nk wat..sesuai tuk abeskan stok roti yg dah nk expired!

Donut Cakcibur ni mmg dah femes dah serata dunia...dah sampai ke Dubai pun! tp bila sampai ke UK der masalah teknikal skit... mmg i ni sejak dua menjak ni asal wat bende, ader jekk sipi2 x jadi.. donut ni mmg sedap dah n len skitt texture dia pasai buh kentang..cuma tang minyak tuuu adeiii abes 1/2 gulung kitchen paper.. yg peliknyer i tgk org len wat elok jekkkk, xde masalah pun tp nape tah bila kine kat i masa digoreng donut tu meresap minyak & merekah2 skit kulit dia...but aft digaul ngan gula ilang ler segala cacat cela tuuu.. disebabkan dpt sampai 25 ketui so balance tuu i buh dlm esbok, nk mkn tinggal panaskan jek dlm microwave n br salut ngan gula ermmm sodap mkn panas2!! psst 3 ari berturut2 i wat minum pagi...hehehee


DONUT CAKCIBUR
resepi: cak @ mamafami's fp


1 biji kentang saiz sederhana
5 g yis kering
1/3 cawan minyak masak
1/3 cawan air suam
1/4 tin susu pekat
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
500g tepung gandum

CARA:

1. Rebus kentang dan kemudian kisarkan dengan 1 cawan air suam.
2. Satukan yis, gula, air suam, minyak masak, susu, garam dan kentang kisar.
3. Masukkan sedikit tepung dan kacau dengan hujung jari.
4. Masukkan baki tepung, sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut. (Nota : Lebih lembut doh, lebih lembut donatnya)
5. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan. Susun di dalam dulang dan biarkan naik dua kali saiz asal.
6. Panaskan minyak. Buatkan lubang di tengah bebola tadi dan goreng hingga kuning keemasan.
7. Salut dengan gula kastor dan sedia dihidangkan.

itik GeMbO-gEMbO...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net