S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 9-Feb-2009 15:11 Email | Share | Bookmark
penyakit kronik!

 
 
 
 
 
 
 
Quote:
nampaknyerr penyakit MALAS ku sudah semakin kritikal ... jgn kata nk update fp hatta pegang sudip pun malas dia len macam!! (kalau lerr makan pun malas xpe jgakk.. ) ni sume menu masa kemalasan ku baru suam2 kuku..serius pasni rasanyerr dapur ku akan start bercuti panjang ... yg pastinyer abg pizza akan semakin kerap bertandang!




ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI

3-4 ulas bwg merah - tumbuk
2 ulas bwg putih - tumbuk
3 tangkai cili padi - tumbuk
1/2 inchi kunyit hidup - tumbuk
1 inchi lengkuas - hiris
cili kisar
daun kesum
kantan - hiris kasar
tomato - belah 6 (optional)
2-3 kerat ikan tenggiri (i guna KING FISH steak...)
2 keping asam gelugur
nampla (optional)
garam + gula

CARA:
1. satukan bhn2 tumbuk + air + cili kisar + asam keping dlm periuk, masak sampai menggelegak
2. masukkan ikan, kesum + kantan + tomato...
3. buh bhn2 perasa..adjust rasa...masak sampai mendidih..siap

NOTE: yg ni i wat style rebus..kalau suke buleh tumis dulu bhn2 tumbuk td..




CENCARU SUMBAT
resepi: mamasya


2 ekor ikan Cencaru - sederhana besar
3/4 cawan Kelapa parut @ 1/2 cawan desiccated coconut - (dicampur dgn air panas,kacau dan panaskan sekejab dlm microwave)
2-3 ulas bawang merah - ditumbuk lumat
1/4 inchi halia - ditumbuk lumat
1/2 inchi kunyit - ditumbuk lumat
1 btg serai - dipotong nipis ( i tumbuk)
Cili boh/ Cili Giling
garam,gula
cili merah dipotong kecil (optional) - i x bubuh ni

CARA:
1. Ikan dibersihkan dan dibelah belakang
2. Bawang kecil, halia,kunyit,serai dan cili ditumbuk bersama
3. Campurkan dan gaul rata bahan yg ditumbuk dgn kelapa dan cili merah yg dipotong dan masukkan garam serta gula secukup rasa.
4. Masukkan bahan yg ditumbuk tadi di belahan belakang dan depan serta lumurkan ikan dgn sedikit garam shj.
5. Bakar ikan sehingga masak.




UDANG MASAK TEMPOYAK
resepi: manja7272@myresepi.com


10 -15 ekor udang sedehana besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi (kalau nk pedas boleh tambah ikut kesukaan)
1 sudu makan tempoyak
1 helai daun kunyit
sedikit serbuk kunyit
garam & gula
** nampla (i tambah)
** serbuk cili skit ( tuk kasi kaler kuah dia x pucat..seeloknyer campur cili padi hijau+merah)


CARA:
1. Tumbuk bawang putih + bawang merah + cili padi
2. Masukkan bahan tumbuk dan serbuk kunyit ke dalam air. Biarkn mendidih.
3. Kemudian, masukkan tempoyak, garam dan gula. Sesuaikn rasa dan biarkn mendidih seketika lagi
4. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan udang dan biarkn mendidih seketika dan boleh la tutup api...
5. Sedia untuk dihidangkan.....

NOTE: kalau nk kuah banyak, boleh la tmbh air lagi... ikut kesukaan masing2...




SOTONG PERCIK RAMADHAN
resepi: rossitamz@myresepi.com


8 ekor sotong yang besar - i wat sekor jekk saiz besar
10 biji cili kering (**)
5 biji cili padi (**)
5 biji cili merah (**)
1 labu bawang besar (**)
2" halia (**)
2" lengkuas (**)
2 batang serai (**)
1 helai daun kunyit - dihiris halus
4 helai daun limau purut - dihiris halus
1 batang serai - dititik
1 sudu besar air asam
Garam dan perasa secukupnya
** gula perang ( i tambah)
** nampla (i tambah)

CARA:
1. Bersihkan sotong dan potong lebar2 seinchi (jgn kasi putus)
2. Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudain susun didalam pinggan.
3. Kisar bahan2 bertanda (**). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
4. Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau, air asam beserta garam dan perasa.
5. Masak lagi hingga mendidih.
6. Tuangkannya ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan. Siap..!!!




SUP BROKOLI
sumber: majalah asda ( tp i dah adjust ikut tekak sendiri)


sedikit butter
1/2 pokok brokoli - potong kecil
1 biji kentang - potong kecil
1 biji bwg besar - mayang
1/4 cwn cream (buleh jek gantikan ngan susu segar)
1 kiub sayuran
1/2 kiub ayam
gula

CARA:
1. panaskan butter dulu sampai cair, tumiskan bwg besar kejap
2. masukkan air & rebus kentang bersama kiub ayam & kiub sayuran sampai separa empuk
2. kemudian masukkan brokoli, rebus lg sampai empuk
3. pastu buh dalm blender, blend sampai hancur...
4. masukkan blk dlm periuk...tambah air kalau terlalu pekat
5. masak atas api sederhana..buh cream & gula...adjust rasa..
6. hidang bersama garlic bread & bwg goreng






Quote:
kek ni dibuat sehari slps projek cuppies aritu pasai der byk balance buttercream so sayang nk buang ...dek kerana i teramat2 MALAS nk cuci nozzles..maka deco kali ni lgsung x pakai mendalah tu..sume bantai guna plastik sandwich..abaikan jekk deco yg comot n sememeh iteww ..janji xde benda membazir!

mula2 mendeco rasa aman damai gitewww tp lepas 1/2 jam abes lintang pukang pasai pintu dapur ku selang 10min kine ketuk >>> soklan yg sama jgak kuar ~ LAMA LG KER NAK SIAP?? adeiii silap lerr wat mendalah ni time en hubby der di rumah!


Quote:
nn > noni soffles cup tu i beli kat ebay... buleh cr kat ebay mcm2 cup ada...

fikriah > kak fik..cencaru i beli kt global...sepaket 3 ekor saiz besar2... hee teliur erk?

rozamy > amy.. tu deco pakai plastik kuih tu jekk pas buh buttercream dlm dia, i just kerat skit hujung pastik tu tp kalau nk lg kemas pakai nozzles laaa ni kes tuk org2 malas jek


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net