S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 11-Mar-2009 13:27 Email | Share | Bookmark
Ikan Ouhh Ikan...

 
 
 
 
 
 
 
Quote:

sejak kebelakangan ni mmg xde selera sgt nk ngadap ayam or daging...kdg2 tu bila masuk dapur tgk ayam mula laaa termenung dok pikir nak masak apa laaa pulak arini... nak2 pulak kalau dpt husb peminat ayam mcm si ipin tuuu ~ haa sapa bilang house wife x stress?? ni baru berdua kang nnti dah bertiga..berempat..berlima..masing2 selera len2..maunyerr botak kepala ni nk pikir menu ari2!

okies entry kali ni..haaa sure ramai yg dok intai keli.. manalaa si shima tu 'mancing' keli kt cardiff ni.. actually i pasang joran kt blkg umah ni jek .. miahahaaa ikan keli ni sbn i 'pancing' kt lubuk ikan plg popular kat cardiff ni laa...aritu time dok intai2 peti beku ternampak si keli ni berlonggok2..mula2 tu cam x sure jugak tp bila tgk misai dia i terasa cam kenal jekkk menatang nih yuhuuuu mmg keli beb!! (p/s: tuk peminat 'keliwon' baik pikir 2-3x kalau nk mkn keli ni!)

since keli ni agak besar..so i masak 2 jenis..asam pedas & goreng bersambal... tp yg asam pedas tu agak hanyir skit even dah sental ngan lime + asam jawa byk2







NOTE: resepi IKAN KELI ASAM PEDAS ni sama jek ngan resepi asam pedas ikan tenggiri kat sebelah tu haa..

Quote:
tips hilangkan hanyir keli kalau masak asam pedas ( fr my mum):

1) cuci buang lendir ngan air asam jawa + perahan limau/lime byk2
2) kalau nak masak asam disyorkan rebus dulu keli tu kemudian toskan..buang air rebusan & masaklah asam pedas spt. biasa
3) kalau x gunakan kepala keli, instead of rebus, buleh juga digoreng kejap & baru masak air asam..kepala keli jgn sesekali digoreng!
4) masa tumbuk bhn2 rempah tu, tumbuk skit beras sampai hancur..& masak spt biasa..insyaAllah x hanyir.
5) satu lg tips tuk hilangkan hanyir keli & rangup bila di goreng ialah:
''ikan tersebut dibasuh dengan menggunakan kapur makan sehingga keluar lendir-lendir yang terdapat pada badan ikan tersebut. Kemudian ia direnjis-renjis dengan cuka makan.'' - petua Prof Madya Nazri - Ketua Kualiti UiTM Perak -





IKAN KELI GORENG BERSAMBAL

ikan keli - kelar, gaul skit ngan garam + kunyit..goreng garing

Sambal:
cili kisar secukupnya
3 ulas bwg merah - kisar
1 ulas bwg putih - kisar
sedikit air asam jawa pekat
gula perang
garam
nampla
sedikit sos cili (optional)

CARA:
1. tumiskan bhn2 kisar sampai garing...
2. masukkan air asam jawa + gula perang + garam + nampla + sos cili
3. masukkan keli...masak sampai pekat..adjust rasa..





IKAN MASAK TOMATO

ikan - i guna king fish steak .. gaul skit ngan garam+kunyit..goreng kejap

sos tomato:
2 ulas bwg merah - mayang
1 ulas bwg putih - mayang
1 biji bwg besar - mayang halus
1/2 inchi halia - hiris
3 biji cili padi - ketuk
1 biji tomato - belah 6
sos cili
sos tomato
serbuk pati ayam
garam + gula
sedikit coriander - cincang

CARA:
1. tumiskan bwg merah + bwg putih+halia sampai wangi
2. masukkan sedikit air + sos cili + tomato
3. masukkan garam + gula + pati ayam
4. masukkan ikan, masak sampai pekat..last sekali masukkan tomato, cili padi & bwg besar..
5. sblm hidang tabur coriander




KERABU TAUGEH
resepi: kak pah sherry


Sebungkus taugeh (dlm 50sen kalau kat msia) - buleh jugak guna pucuk paku
3 ulas bawang merah (dihiris)
7 biji cili padi (dihiris)
Seinci belacan (dibakar)
Sedikit udang kering (rendam dulu)
1 sudu teh lada hitam biji
2 sudu makan air perahan lemon/limau
1 sudu makan kerisik
Garam & gula secukup rasa

CARA:
1. Taugeh/pucuk paku hendaklah dicelur terlebih dahulu. Jgn lama sgt, nanti lembik pulak.
Kemudian toskan airnya. Ketepikan dulu.
2. Hiris halus bawang merah & cili padi.
3. Tumbuk udang kering, belacan, lada hitam dan kalau nak pedas tambah sedikit cili padi. Tumbuk sampai lumat.
4. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi ke dalam taugeh/pucuk paku. Gaul rata.
5. Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jgn biarkan kerisik berketul.
6. Akhir sekali masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula. Sedia untuk dimakan dgn nasi panas.




KACANG GORENG BERTOFU

kacang panjang - potong kecil2
tofu - potong kecil & goreng kejap supaya x hancur
carrot - potong kecil
2 ulas bwg putih - tumbuk
3 ulas cili padi - tumbuk
sedikit sos tiram
sedikit serbuk pati ayam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada sulah
gula+garam (optional kalau still x cukup masin)

CARA:
1. tumiskan bhn2 tumbuk sampai wangi
2. masukkan kacang + carrot..goreng sampai agak layu
3. masukkan bhn2 len..adjust rasa..last sekali masukkan tofu..gaul sebati



award ni pulak dpt fr kak aishah @ummiaqil kt jepun nun..macih byk2 yer... i nk share nk sume kwn2 siber..buleh gantung tinggi2 kt umah masing2..

Quote:
for those yg x sure, ni antara nama2 ikan kt uk yg i tau (skit jekk pun) kalau salah tlg betulkan..

keli = catfish
haruan =snakehead
toman = giant snakehead
tenggiri = king fish/black mackeral
pari = ray/skate
bawal = pompret
siakap = seabass
kembung = indian mackeral
cencaru = scad
ikan merah = red snapper
sepat = gourami


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net