S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 12-Apr-2009 22:58 Email | Share | Bookmark
Hidangan Style Jawa

 
 
 
 
 
Quote:
Nasi Ambeng ni x buleh buat selalu..semput!! maklumlahh bahan2 dia buleh tahan renyah nyerr ditambah pulak ngan process pemeraman tempe yg memakan masa mmg kira mencabar gaklaa tuk mereka yg merantau tp mengidam nak mkn nasi jawa ni

seingat i ni kali kedua wat nasi ambeng kt UK...last time wat thn lepas.. kalau kt masia tuu aram nk godek sendiri..harapkan tunggu jemputan tahlil jekk br dpt merasa nasi ni... sib baik dok kt kampung kalau dok kat KL tu ermm kim salam laaa nk jumpa nasi ni

tp dek kerana dah tersgt2 teliur so i wat jugaklaa smlm ...alhamdulillah walaupun x bape nk complete tp dpt jugaklaaa lepas kempunan!


SAYUR CAMPUR ORG JAWA

kacang panjang or buncis - potong serong
kentang - potong panjang & goreng dulu (kalau suka)
tempe - potong kecik2 & goreng dulu (kalau suka)
sedikit ikan bilis - goreng dulu (kalau suka)
cili masak - hiris
suhun - rendam sampai lembut ( i x buh sbb dah abes stok)
2-3 ulas bwg merah - mayang
1 ulas bwg putih - mayang
garam

CARA:
1. tumiskan bwg2 dulu sampai wangi
2. masukkan kacang..goreng sampai masak
3. masukkan bhn2 yg telah digoreng td..gaul sebati..masukkan suhun, cili masak + garam






MEE GORENG JAWA
resepi: pak uteh


2 paket Mee kuning
Taugeh (50 sen)

Bahan kisar:
4 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1 1/2 biji buah keras - i x bubuh sbb xder
4 s/b kicap mee ( agak2)
2 s/b lada kering
1 s/b lada hitam
1 s/b udang kering
letak sos dan gula untuk manis (* lada hitam blend asing sebab takut tak hancur)

CARA:
1. Tumis bahan2 yang dimesin sehingga garing.
2. Masukkan mee dan gaul rata.Masukkan taugeh.
3. Gaul sebentar dan angkat.




SERUNDING KELAPA
resepi: Pak uteh


Sebiji kelapa parut - i guna kelapa parut kering so x perlu disangai terlebih dulu

Bahan untuk dimesin:
1 jemput jintan manis - i buh 1/2s/k jek sbb mkn berdua
1 sudu jintan putih - i buh 1/2 s/k jugak
3 sudu ketumbar - i buh 1 s/k
4 batang serai - i guna 1 btg serai jek
1/2 inci lengkuas sebesar ibujari
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 s/b lada kering blend
1/2 inci kunyit hidup ( elok guna yang fresh)
2 s/b udang kering
Asam jawa sebesar ibujari diperah airnya dengan 2 sdb air (pekat2)
Gula dan garam secukup rasa.
Semua bahan diatas dimesin sehingga halus

CARA:
1. Goreng kelapa tanpa minyak (sangai) sehingga kelapa kekuningan sedikit. Ini adalah supaya serunding tahan lama dan tidak basi.
2. Tumis bahan2 yang di mesin sehingga garing. Masukkan gula merah sehingga gula hancur.
3. Masukkan air asam dan garam. Biarkan atas api kecil sehingga agak pekat.
4. Masukkan kelapa yang telah digoreng. Gaul rata lebih kurang 5 minit. Bolehlah diangkat
.



AYAM MASAK KICAP STYLE JAWA
resepi: yg ini mmg i x ingat resepi sapa...last yr punya print..so minta halal sgt2 kt tuan punyer resepi!


1/2 ekor ayam - digoreng terlebih dahulu bersama kunyit & garam
1 paket rempah tumis - i tumbuk halus jintan manis + jintan putih + ketumbar
1 labu bwg besar - hiris
5-6 ulas bwg putih - tumbuk
3-4 biji lada hijau
2 inchi halia - ketuk
2 biji kentang - potong2 & goreng dulu
2 s/b rempah kari
1 s/k lada hitam - tumbuk
2 s/b sos cili - utk pekatkan kuah
1 1/2 cwn kicap pekat manis - i buh skit jek agak2 tuk 2 org mkn
minyak
garam & gula

CARA:
1. panaskan minyak dlm kuali, tumis dulu rempah sampai wangi
2. masukkan bhn2 spt bwg besar, bwg putih, halia & cili hijau
3. masukkan kicap, rempah kari, lada hitam, sos cili...kacau sebentar..pastikan api sederhana
4. setelah emndidih, masukkan kentang & ayam.gaul sebati.. ayam masak kicap ni mmg agak pekat skit n kurang kuah sbb nasi ambeng ni selalunya dimkn kering2..
5. adjust rasa...siap dihidang.


Quote:
serba sedikit perihal nasi ambeng menurut pak uteh @ http://tempevstapaiubi.blogspot.com/ ~

'' 'Nasi Ambeng' ni biasanya dihidangkan semasa kenduri. Waktu makan, para jemputan hanya jamah sedikit sahaja, kemudiannya akan membungkus untuk dibawa pulang. Tuan rumah akan menyediakan daun pisang, kertas surat khabar dan tali setiap seorang. Dalam satu talam, hidangan dibahagi kepada 4 bahagian.

Bahan wajib untuk 4 orang:
1. Nasi putih
2. Ayam masak kicap @ goreng @ ikan masin
3. Mee goreng
4. Serunding kelapa
5. Sayur kacang panjang @ buncis (sayur goreng)
6. Sambal tempe
7. Talam
8. Daun pisang

note: certain org hidang nasi ambeng ni bersama rempeyek, timun, ikan kering bulu ayam & tempe goreng






Quote:
SOTO ni pun salah satu masakan jawa yg cukup popular ...so far kalau nk masak soto ni i stick to resepi Soto Ayam Keluarga Diana sbb mmg asli n power! ... soto tanpa pergedil daging mmg x complete arr heheee so kalau nk wat kinelaa rajin2kan diri tuk menggentel pergedil sekali ye cuma kalau xde lontong, buleh wat nasi impit sendiri or mkn ngan mee kuning ~ sume2 resepi dah ada kt sebelah...



47 Year old Susan Boyle wows the judges with her performance
in the auditions for Britains Got Talent 2009,
singing I dreamed a dream from Les Miserables.

NEVER judge a book by its COVER!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net