S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 10-May-2009 17:15 Email | Share | Bookmark
k e m a l a s a n . . .

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Quote:
adoilaaa sejak dua menjak ni mmg abes sakit2 satu badan... alangkah bahagianyerr kalau ada tukang urut kt umah ni! ermm nak kata wat kije berat sgt pun tak jugak...plg2 berat pun cuma uli roti jek tu pun tuk mkn sendiri bukan bukak kilang roti pun..

kalu dah sakit2 badan ni hilang mood nak mengadap laptop berjam... rasanyer lama giler x update fp ni sampai dah naik segan dah nak tepek gambar ermm kali ni tgh kemaruk wat roti..ari2 dok intai resepi roti jek!

aritu pi fp kak rinn ternampak roti kentang yg cun melecun tu ...adeiiii tekak ku sudah kine pancing daaa...so try wat 1/2 adunan mmg puas ati sgt2...maklumlah pestime wat roti sendiri ni... pastu esoknyer daku bikin mexican bun ala2 roti boy ni plak! yg ni mmg best giler..bila kuar dr oven tuu harum semerbak baunyer ...walaupun guna breadmaker cap tulang empat kerat tp gebus giler roti dia bila mkn panas2 ngan topping yg rangup tu dalam x sedau 2-3 bijik masuk perut! mekasih byk2 kt tuan punyer resepi ..both are 5* resepi arini nk wat roti apa lak yeee?? ekekeeee....




MEXICAN BUN
resepi: lilydvalley@myresepi.com


Filling
200 gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
70 gm brown sugar

Topping
200 gm mentega
160 gm gula icing
3 biji telur grade A- pukul sedikit
1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
200 gm tepung gandum

Doh Roti
500 gm tepung berprotin tinggi- diayak
2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional) - i buh bread improver jek
20 gm susu tepung
75 gm gula castor
3 sudu kecil dry yeast
1 sudu kecil garam
1 biji telur- dipukul
250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
60 gm mentega

CARA:
A. (Filling - Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence
& gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan)

B. (Topping - Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.)

C. (Doh Roti)
1. Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
2. Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
3. Masukkan telur dan air/susu segar.
4. Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
5. Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
6. Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
7. Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
8. Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
9. Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
10. Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

NOTE: i wat 1/2 adunan (doh roti), 1/3 adunan filling & topping...buleh dpt 10 bijik bun..but topping tu ada balance byk lg...buleh guna tuk 1/2 adunan doh lg




ROTI KENTANG (POTATO BREAD)
Sumber : Onigiri@myresipi.com (c&p fr fp kak rinn..halal nooo


300gm tepung berprotein tinggi - i guna strong white bread flour
2 tsp yis segera
3/4 tbs susu tepung
3/4 garam halus
50gm-70gm gula castor
60gm kentang lecek
1/2 biji telur (1/2 lagi boleh diguna untuk menyapu roti )
135ml air sejuk dari petiais
30gm mentega

CARA:
1. Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk pengadun. Putar sebentar. Masukkan telur dan kentang lecek. Teruskan memutar sambil menuang air sedikit demi sedikit. Putar selama 20min dengan kelajuan sederhana.
2. Masukkan mentega dan putar lagi selama 10min sehingga doh menjadi elastik.
3. Bulatkan doh dan perap sehingga doh kembang 2 kali ganda selama 1jam. Tumbuk untuk membuang udara terperangkap.
4. Bulat-bulatkan menjadi 16 biji bebola yang sama saiz. Susun ke dalam loyang 7"x7" yang telah disapu mentega. Biarkan ia naik selama 45min lagi.
5. Gliskan permukaan roti dengan telur dan paipkan kastad seperti dalam gambar.
6. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 20min atau sehingga masak. Sekiranya permukaan roti sudah keperangan sebelum 20min, tutup suis oven tapi biarkan roti di dalam oven sehingga cukup 20min.
* Kalau tak menggunakan mixer atau bread machine, boleh juga menguli sendiri dengan tangan ya....

CUSTARD CREAM

1 tbs tepung gandum
1 tbs tepung custard atau tepung jagung
4 tbs gula castor/gula pasir
1 cup susu segar (250ml)
1 biji telur (gred A) atau 2 biji kuning telur
Secubit garam halus
1 tbs mentega

CARA:
1. Bancuh tepung, gula dan garam dengan menuang susu sedikit demi sedikit. Teruskan membancuh supaya tidak berketul.
2. Masukkan telur dan kacau sebati.
3. Masak di atas api sederhana sehingga likat. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Apabila sudah likat. angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau rata dan sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam piping bag

NOTE:
1. i wat 1 adunan jek n buleh dpt 2 loyang bulat tu...balance cream kastard ni i guna tuk inti pau..
2. since yeast kt UK ni kasar2 n kine rendam dlm air suam dulu so i ada adjust skit resepi di atas, drp 135ml air sejuk dlm resepi di atas, i bahagikankan kpd 100ml air sejuk + 35ml air suam tuk rendam yeast sampai kembang..kemudian baru uli menjadi doh.
3. gula pasir tu i amek skit dlm 1s/b drp 70gms (resepi di atas) tuk bancuh bersama yeast+air suam..harap maklum.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AWARDS & TAGS

Quote:
TAG NO1:
sori sgt2 kt cik joyah @ http://joyahsempoi.blogspot.com/ yg dah lama bg h/w tp x terbuat2 sampai ke arini...so arini nk siapkan sume2 kije rumah yg cikgu bg! (sib baik aritu x kine rotan masa jumpa 'cikgu' kt CBS )

TAG PASAL DIRI SENDIRI

Nama Timangan anda:
Banyak gak... family panggil mah. anak sedara panggil cik mah, kengkawan panggil shima ..

Anda seorang yang:
sensitif, penyegan, cepat mesra & riang ria

Insan teristimewa??Describekan dia terlalu Istimewa di mata anda:
1. mummy ayah > yg byk berkorban tuk anak2 dr dlm perut sampailaa skrg...moga2 dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki

2. Hubby > sbb bukan senang nak dpt dia ni!! acah jek..sbn hubby nilaa antara org yg plg penting n tersayang dlm idup x tau camana nk describe lg...terlalu special

3. mama papa > tanpa restu & kasih sayang drp mama papa x mungkin kitorang akan bahagia mcm skrg ni... rasanya tak terbalas jasa mereka sampai bila2...

4. adik beradik > antara org yg plg dekat dan rapat dgn i of courselaa adik-beradik & anak sedara...

Lagu kesukaan anda:
byk sgt... tp plg special Lady in Red (Chris De Burgh)

Makanan kesukaan anda:
plg fav ..Tom Yam, Laksa & Maggi

Warna kesukaan anda:
earth colour...

Tiga benda mesti ada dlm beg anda:
~ hp
~ kunci umah
~ wallet & gambar family & hubby

Kali terakhir masa anda menangis & kenapa:
tgk susan boyle nyanyi kesian pun ada..kagum pun ada...


TAG NO2.
TAG CABARAN LANGSING

tag plg ngeri penah dpt > pasal berat badan! adeii silap timing daaa MADEHA!...


1) Berapa kah berat anda sekarang dan juga ketinggian anda?
berat : 60kg (pasal dah masuk minggu ke18 tau! harap maklum...hahaa) tinggi : 150cm…

2) Berat yang paling tinggi dalam sejarah anda? Usia anda pada masa itu?
skrgla! Usia? now 27 tahun...dahtu pestime org peknen mestilaaa plg berat...ececeeeh

3) Apakah makanan sampingan anda untuk memiliki tubuh langsing? dan kejayaan anda dengan makanan tersebut?
takde langsung..pasal tu ler x penah2 langsing dr kecik sampai skrg hahaaaaaaa

4) Berat yang paling rendah yang pernah anda dapat ? Usia anda pada ketika itu?
masa baru lahir ler! hahaaa…x sampai 4kg pun...

5) Anda pernah sertai program pelangsingan? nyata kan kejayaan anda..
penah join gym setahun masa dok kt umah lama dulu...not bad gaklaa berat time tu! badan solid molid beb

6) Apakah diet yang anda ambil untuk memiliki berat anda paling terendah?
makan sayur mcm kambing... sume2 vegetarian

7) Apakah yang menyebabkan berat anda naik mendadak?
lg mau tanya da....mestilaa sbb peknen!

8 ) Apakah Target anda untuk kurus selepas ini?
nak pantang ala2 org zaman jepun dulu...mkn ubi kayu jek ari2!

9) Miliki gambar anda dahulu dan kini?
ada...berderet kt bwh tu...masa gi paris aritu gambar terbaru

10) sila upload ok?
xyah ler upload lg..byk dah kt bwh tuuuuu :



CIKGU JOYAH ni mmg pandai ...
dah bg h/w panjang berjela dia kasi type writer seketui!
padan arrr blog dia xle c&p huarghhh huarghhh kijam..kijammmmm!!!



Quote:
TAG NO3.


TAG & AWARD ni plg lama i peram rasanyer dah masuk 5 bulan ya ampun kak zai @ teratak impian!! even lama peram tp i tetap ingat hutang yg satu ni tau!

Peraturan nya:-
1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda - dari KAK ZAI @ http://dapurcomelku.blogspot.com/ - teratak impian
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).


1 minat sgt masak tp ikut mood gak..kdg tu nk rendam maggi pun malas! heheee
2 minat gardening...tp since umah ni xde tanah, so cuma buleh tanam dlm pasu comei2 jela..huhuu
3 minat amek gambar cantik2..rasa puas ati sgt2 bila tgk hasilnyer walaupun kamera cabuk!
4 suka shopping brg2 dapur, umah, perabot etc...kalaulaa umah ni sendiri punyer mesti dah deco sepuas2 ati
5 suka spend masa, lepak2 ngan hubby kt luar or umah... sbb dah selalu sgt kine tinggal dok umah sensorang!
6 suka tgk umah bersih, teratur n kemas sbb tu salah satu terapi tuk tenangkan fikiran
7 suka shopping lauk-pauk, buah2an, bunga2 etc...plg sonok bila gi market!
8 suka bergayut dlm tepon lelama..maybe terbawa2 tabiat sejak couple lg so sampai skrg masih lg kaki gayut ngan en hubby almost ari2 sepanjang dia drive blk kije
9 tak suka sgt bersosial, prefer privacy... teruk kan?!
10 plg suka terima tetamu tp amat2 jarang ada org bertandang ke umah..


Quote:
TAG NO4.


AWARD yg ni dtg bersama package sekali iaitu TAG!

...So nih Tag nyer plak...

The rules are:
1. Make a list of what you want on your birthday
2. The list should be 10 numbers
3. Give it to 10 frens of yours


since dah tua2 ni xdelaa merengek2 nk hadiah besday best2...asal bahagia & murah rezeki dah lebih drp cukup! actually hadiah plg bermakna ialah tgk hubby gembira..cheeewah


1. kebahagian dan kasih-sayang fr org2 terdekat sampai akhir hayat...
2. kesihatan yg baik tuk hubby, diri sendiri n kaum kerabat...
3. anak yg bakal lahir ni selamat, menjadi anak yg soleh/solehah, sihat walafiat & comel sgt2
4. nak duit byk2 pastu belikan mcm2 hadiah tuk hubby n kaum family...sbb dorang tu lebih penting drp diri sendiri!
5. nak makan angin n melancong serata dunia ngan hubby...
6. nak kamera dlsr yg diidam2kan heheee
7. nak belikan hubby aston martin sebijik
8. nak blaja memasak fr masterchef e.g gordon ramsy so ari2 buleh masak special tuk hubby
9. nak tunaikan umrah & haji ngan hubby masa muda2 ni...
10. nak hubby ada di sisi,dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki sampai bila2...




awards fr UmmiAqil kt jepun nun...macih yee kak aishah! sori lambat gantung...sakit pinggang nk tebuk paku kt dinding ahaks


award yg cute ni lak fr kak nor kt kedah @ http://noorsl.blogspot.com/ mekasih byk2 kak nor
kak nor kita ni mmg rajin sgt lerr bab masak- memasak nih


harapnyer xdelaa yg tertinggal...kalau ada mana2 TAG OR AWARD yg termiss tu harap maaf byk2.. nnti roger2 laa erk

Quote:
last sekali...esp. buat mummy & mama .... & kwn2 blogger yg len i mengucapkan
S E L A M A T . H A R I . I B U


(cilok fr blog kak zaiy Dubai )


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net