S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 4-Jun-2009 16:59 Email | Share | Bookmark

 
 
 
 
Quote:
sejak dua tiga minggu ni buleh kata ari2 panas terik...tekak kering manjang selera mkn pun mcm dah kureng kitt asyik nk minum jekk sampai kembung perut! tambah lak subuh masuk awal pkl 5pg dah naik matahari pastu pkl 9 lebih mlm br laa gelap, x dpt nk bygkan nnti kalau posa jatuh bln 6-7 sure menggelupur satu ari kt umah! skrg ni pun nk tido kine bukak tingkap bg angin masuk....mlm2 mesti terbgn bkn sbb nk kucil tp curik2 bukak esbok minum ais huhuuuu terpikir gak camanalaa akak2 ku yg kt Dubai nun....??!

ni bila dah xde selera mkn, mmg mati kutu nk pikir menu..sume benda rasa x lalu last2 masak sempoi2 jek wat alas perut lama dah bercita2 nk beli ubi kayu pasai teringin nk wat getok ubi kat sini ada jek yg jual ubi fresh tp aritu masa nk beli xde stok la pulak so angkut yg frozen jek.. mlm2 sambil dok tunggu subuh masuk ada yg wat projek sonsang kt dapur >> menyagat ubi kayu pkl 2am! tp mmg lepas kempunan sgt laa bila dpt mkn getok ubi ni teringat zaman masa dok kt umah dulu ari2 blk kije menyimpang jap masuk lorong haji musran pasai nk beli getok kat gerai makcik bwh pokok nun... sodap wei mkn panas2!

tp silap daa pas pekena getok 7-8 bijik aritu si kecik dlm perut ni punyalah mengamuk sampai senget2 perut kine tendang pasai ada org tu kembong perut! sian dia, sori2...udahnya daku buang aje balance getok tuu even sayang tp x tahan angin manyak woo... fuhh sib baik mkn bingka selamat xde yg mengamuk...




BAKSO
resepi: che' iza@myresepi.com


Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
Taugeh
Kobis dihiris halus - i xde kobis so guna sawi jek

*UTK BEBOLA *
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah diracik halus
2 biji bawang putih diracik halus
2 sb telur (1/2 biji)
1 sk tepung ubi / tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah n garam

*UTK KUAH*
3 biji bawang merah dihiris
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1sk lada sulah biji
1 batang serai diketuk
1 sb pati daging / pati ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam n perasa

CARA:
UTK KUAH:
1. Tumbuk bahan bertanda *
2. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan.
3. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
4. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.

UTK BEBOLA:
1. Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging.
2. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih.
3. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis.
5. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.

NOTE: sedap dimakan bersama sambal kicap & sedikit sos cili


MEE GORENG BASAH
resepi: mamafami


2 paket mee kuning - i guna sepaket jek mkn berdua
2 keping fishcake - x buh sbb xder
udang basah - xder udang so gantikan ngan isi ayam
3 s/b cili kisar
5 ulas bwg merah - hiris
2 ulas bwg putih - hiris
2 s/b sos tiram
1 s/b kicap manis
** kicap pekat ( i tambah)
** 2 biji telur ( i tambah)
1 s/b sos tomato
extra air
garam & gula
sayur - i guna apa yg ada jek dlm esbok e.g taugeh, sawi etc

CARA:
1. panaskan minyak skit, tumis cili kisar sampai wangi..masukkan bwg..goreng sebentar
2. masukkan isi ayam..goreng sampai perang
3. buh kicap manis, sos tiram, kicap pekat & sos tomato...
4. buh air, garam & gula...masukkan mee & gaul sebati..
5. pecahkan telur kacau sampai telur masak & sebati dgn mee
6. masukkan sayuran..adjust rasa & hidang bersama ulam timun, bwg goreng & limau




BINGKA UBI KAYU
resepi: cute10@myresipi.com


2kg Ubi kayu,(dikupas,disagat & di sejat) - i guna ubi kayu frozen so x tepat sgt sukatan ngan resepi asal
300 gram gula pasir/merah
1 camca teh garam
2 biji telor
500 ml santan (dr 1 biji kelapa)
sedikit pewarna kuning(jika perlu)

CARA:
1. masukkan ubi kayu disagat/parut tadi didlm mangkuk
2. kemudian masukkan gula pasir/merah bersama garam,pewarna kuning(jika perlu) & telor.
3. kacau sehingga sebati,masukkan santan,kacau hingga sebati agar tidak berketul2.
4. Lengserkan sedikit minyak masak pada loyang bakar & tuang adunan kedlmnya.
(i guna acuan bahulu & muffin sbb nak byk2 kerak! )
5. bakar adunan tadi pada suhu 300'C,30 minit atau hingga permukaannya kekuningan.




GETOK UBI KAYU
resepi: joayee @ http://mekarwangi.blogsport.com


2 cawan ubi rebus - tumbuk
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula
1 tbs garam

batter mix:
tepung beras
tepung gandum
air
salt

CARA:
1. gaul semua bahan.
2. kepal bulat2. celup dalam batter mix. goreng.


Quote:
roti lagik!! hehee selagi x kering yeast kt umah ni mmg gatal jekk tgn nk menguli...heheee lama dah i terpikat kt roti marble ni sejak nampak kt blog CMG .... actually berkenan kt kaler n corak dia jek ... so aritu wat sebuku mmg manyak syok woo bila tgk roti ku menjadi...cuma roti ni kurang manis kitt so maybe next time kalau nk wat lg kine tambah extra gula...roti potong ni sedap dimkn ngan nutella...cuma kt umah ni pisau sume dah tumpul so bila dipotong nampak cam kine geget tikus pun ada!




ROTI MARBLE
resepi: onigiri@myresepi.com


200 g tepung roti
50 g tepung gandum
1 camca besar mentega
140 - 150 ml susu segar
1 camca teh yis
2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh bread improver
1 camca besar serbuk koko + sedikit air, jadikan pes

CARA:
1. Bancuh yis dengan sedikit susu (anggaran 50 ml), larutkan dan biar sekejap.
2. Satukan tepung roti, tepung gandum, bread improver, garam dan gula, kacau rata.
3. Tuang bancuhan yis dan gaul sambil dituang baki susu segar sedikit demi sedikit, hingga adunan menjadi doh.
4. Tambah mentega dan uli hingga doh menjadi kenyal dan elastik. Bulat2kan doh, letak dalam bekas, dan tutup dengan cling film. Biar 40 minit, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagi doh kepada 3 bahagian yang sama besar.
5. Satu bahagian digaul bersama pes koko tadi dan uli hingga warna sekata (jika perlu tambah sedikit tepung roti).
6. Canai doh tadi, biar sama saiz dengan 2 bahagian doh tanpa warna. Balutkan doh coklat hingga tidak kelihatan. Canai sedikit dan potong kepada 3 bahagian.
7. Buatkan simpulan tocang pada doh tadi, dan alihkan ke dalam tin berukuran (9 x 4 x 3) inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak.
8. Biarkan naik 2 x ganda (kurang lebih 1 jam).
9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 - 30 minit, bergantung pada oven masing (if guna fan oven sila kurangkan suhu 20Celcius)
10. Sapukan mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net