S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 15-Jul-2009 08:32 Email | Share | Bookmark

 
 
 
 
Quote:
actually dah berhari2 rasa x bape nk sihat...nape tah minggu ni seksa sgt nak berjalan/berdiri...sakitnya mencucuk2...Tuhan saja yg tau! bila berjalan rasanya bdak kecik bertatih pun lg laju drp kita... bila tanya hubby dia kata normal jek...tp risau betui pasai br masuk 3rd trimester dah xle jln agak2 kalau dah sarat nnti camanala agaknya??!

tp dlm dok x sedap bdn tu nafsu mkn tetap membuak2... sebulan ni buleh kata setiap minggu mesti teringin nak mkn kek...
kdg tu wat buduh jek tp selagi x dpt kek mcm x senang duduk dibuatnya! bukan nak mkn byk mana pun just nk rasa sepotong dua jek tp alang2 dah buat tu mesti kurang2 1/2 adunan jugak...yelah kan if not wat penat jek! alangkah bgusnya kalau ada jiran dkt2 buleh gak hulur...pasai en hubby pun bknlaa penggemar kek sgt!

kek2 kat bwh ni dah shortlist akan masuk dlm list kek raya tahun ni insyaAllah (kalau mak yung larat!) ... mmg puas ati sgt2 ngan resepi...gebus...lembut....tahan berhari2...nak buat pun mudah xde sampai kencah dapur! smlm wat julung2 kali i try kek lapis kukus...selama ni dok intai kek lapis org jekk tp gerun bila tgk telur sampai 10-15 biji so smlm jumpa resepi kek lapis kukus yg guna 5 biji telur jek cuma silap i xde loyang besar...so terpaksa split adunan jd 2 loyang...tu yg sejenis kontot2...sejenis lg nipis2...masa mengukus pun cam lama skit sbb sekali kukus 1 loyang jek yg muat! untung jugak berdiri lelama kt dapur tu sbb siap aje kek kukus ni hilang terus sakit2 3-4 ari ni.. barulaa ku sedar rupa2nyaaa org peknen ni xle duduk lelama sgt..kine cergas bergerak wat kije! Oooooo....




KEK MARBLE TRIO
resepi: cik mat gebu (thanks cik mat best sgt2 resepi nih!)


( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci
300 g mentega, pada suhu bilik
280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh serbuk penaik*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur Gred A
250 g gula kastor
1 camca besar Ovallate
30 g Gliserin - i x buh ni
20 g air
1/2 camca teh esev vanilla
1/2 camca teh strawberi emulco
1 camca teh coklat emulco

CARA:
1. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
3. Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
4. Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
6. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
7. Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.





KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES
resepi: kak fida@myresepi.com (thanks kak fida...sedap kek ni mcm mkn bahulu! )


( loyang 10x7 )
5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata) - i kurangkan gula jd 180gms jek
220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
1 sk rata baking powder*
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
secukup hawflakes

CARA:
1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.

***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.




Quote:
Apam Balik ni resepi kak Joayee yg diolah fr resepi asal kak normasri...macih byk2 kt tuan resepi fav kitorang apam balik ni esp tuk breakfast or minum ptg...kalau dah simpan semalaman pun still lembut lg... cuma aritu x bape nk rajin tuk wat cream jagung tu so i gantikan ngan seri kaya...sdap gak! kalau nk kasi lg cun wat tebal2 skitt br nampak rongga2 tuu cam apam balik beli kt kedai


APAM BALIK
resepi: joayee@myresepi.com (olahan fr resepi kak normasri)


2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula (i buh 1/3 cwn)
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil baking powder
Filling:
1 tin jagung krim - for homemade cream corn pls refer below **
1 cawan kacang tumbuk
1 cawan gula
sedikit mentega (x buh)
** seri kaya

Homemade Cream Corn:
1 tin sweet corn
1/2 cup freshmilk
2 tbs gula
1 biji kuning telur
2 tbs tepung kastard.
* *masukkan semua bahan dalam periuk, masak sampai pekat, sambil lenyek2kan jagung dengan senduk atau hand blender

CARA:
1. Pukul gula bersama telur hingga kembang,
2. masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning. Pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel. perap 1 hr. (i x perap pun terus jek masak)
4. Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
5. Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
6. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega (x buh mentega)
7. Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua. sapu sedikit mentega. ( i x sapu mentega terus masuk mulut! )


NOTE: 1 adunan ni buleh dpt dlm 8-10 keping apam balik..so filling tu kalau rasa byk sgt buleh kurangkan kuantiti dia..i pun buh main agak2 aje... harap maklum
.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net