S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 7-Apr-2010 17:30 Email | Share | Bookmark
mee kari kerang ~

 
 
 
Quote:
huhuuu kalu kt masia ni org tgk sebelah mata jek kerang2 ni tp kalu dok sini kerang tuu uikshh kalau jumpa tang tu jugak mama melompat2!!!

so far sejak dok sini sekali jek penah jumpa kerang kt wet market tu pun isi yg dah siap kopek...ciput2 besar kuku jari kelingking jek...tp rega x hingat! ermm mujurlaa setiap kali mil dtg visit mmg angkut sambal kerang berkilo2...so puasla kami mkn.. selalu mmg i catu pun sambal kerang ni mkn skit jek ngan nasi lemak..selebihnya frozenkan..ekekkee berbulan laa leh simpan smlm masa wat mee kari ni i korbankan byk gaklaa stok sambal kerang tuu sbb lama giler x mkn mee kari ni kan nak2 plak accessories sume complete..huh berbaloi!




MEE KARI KERANG
Resepi: Nor'ain Eusoff
@ http://puncakkasih.multiply.com/recipes/item/40/MEE_KARI_KERANG

(anggaran 6-8 org mkn)
Bahan Utama: (Untuk kuah kari nya) - Untuk ditumis
======================================
Satu senduk minyak masak
10 ulas bawang merah - ditumbuk halus
10 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit air, jadikan pes
1 sudu besar cili blender - x buh sbb i guna sambal kerang yg dah siap
Daun kari
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
Sebiji kelapa, ambillah santannya dan perahan kedua (pls refer to my tips)
600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan, KULIT tu diBLENDER, ambil airnya)
1 kilo kerang (kalau tak mau kerang, boleh ganti dengan udang kering)
3 biji kentang - potong kecil-kecil
Tauhu kering (yg bila dimasak, nampak terapung dalam kuah)
1 bungkus fish ball (potong kecil-kecil) - x bubuh
2 keping fish cake (potong kecil-kecil)
Garam secukup rasa
Serbuk Perasa (Ajinomoto) - x bubuh
½ kilo sawi

(PERHATIAN: Saya sengaja masukkan sawi sekali dalam kuah, untuk jimatkan masa)

Bahan-bahan sayuran:
=================
1 bungkus Mee kuning (dicelur)
50 sen taugeh (dicelur)
3 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka)
2 keping tauhu (digoreng, kemudian potong kecil-kecil)
Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
Cili merah (dimayang halus)
Bawang goreng
Daun pudina (untuk lebih "ummpph")

Bahan option:
Ayam goreng yg dicarik-carik.

Cara:

1. Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau. Masukkan pes kari, cili blender, daun kari, buah pelaga dan bunga lawang.
2. Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair & kentang.
3. Biarkan sekejap. Kemudian masukkan juga udang basah, udang kering (jika ada), kerang, fish ball, fish cake, air blender kulit udang dan biarkan dengan api yg sederhana.
4. Setelah kentang empuk, masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan tauhu kering serta sawi. 5. Kacau sehingga mendidih. Matikan api.
6. Sementara menunggu bahan-bahan untuk kuah masak; sambil tu bolehlah kita celur kan mee dan taugeh.
7. Telur pun mesti telah siap direbus. Kalau ada ayam goreng, carikkan sebagai hiasan dengan bahan-bahan lain.

TIPS AIN TUK DPTKAN MEE KARI YG UMMPH!
1. Kalau nak buat mee kari yg sedap, rencah dia JANGAN GUNA DAGING, kalau boleh. Kalau nak bubuh AYAM, JANGAN MASUKKAN AYAM TU SEKALI DALAM KUAH; goreng dulu ayam tu, cariik-carikkan dan bubuk sebagai bahan sampingan sahaja.

2. MEE KARI YG SEDAP RENCAHNYA IALAH KERANG, UDANG BASAH DAN UDANG KERING.

3. Bagi yg "allergic" dengan kerang, bolehlah guna UDANG. Tapi, kalau nak lebih sedap, masukkan udang & kerang, sure "kow-kow" habis!

4. Santan kelapa - kalau nak dapatkan santan kelapa yg betul-betul pekat, blender kelapa parut dengan air secukupnya hingga betul-betul halus, hasilnya ialah santan itu bukan sahaja pekat, tapi quantitinya pun banyak.

5. Lagi satu tips.... kalau rencahnya ialah udang basah, BERSIHKAN KULIT UDANG ITU, KEMUDIAN BLENDER, tapis dan ambil airnya. Hampasnya buang!

6. Kalau rencah kerang, JANGAN pulak blender kulitnya, nanti blender rosak, susah pulak suami kena beli blender baru! Bila suami tanya, siapa ajar blender kulit kerang? Ain lah.. siapa lagi! Naya, naya!

7. Rempah kari yg sedap.... sorry to say, so far yg paling sedap ialah BABA's. Tapi, seandainya ada better suggestion, please let me know.

8. Mengapa saya masukkan sawi dalam kuah? Sebab nak celur itu, celur ini - leceh! So, untuk mengelakkan pembaziran (sebab ada orang tak suka sawi banyak), jadi eloklah sawi dimasukkan dalam kuah supaya siapa nak, cedok aje dari dalam kuah. senang, kan?

9. Jangan masukkan garam terlalu awal jika kita nak empukkan sesuatu bahan yg perlu diempukkan dulu.
Kalau tidak, nanti bahan itu tak akan empuk sampai kuah mendidih. Dalam resipi ni, jangan masukkan garam banyak-banyak sebelum kentang empuk.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net