S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 24-Apr-2010 12:07 Email | Share | Bookmark
minum petang...makan malam ~

 
 
 
 
 
 
 
Quote:
disebabkan skrg ni dah makin panjang siangnya, so perut mmg asyik minta diisi jek ...lg2 kalu dok umah mmg terasa lama sungguh nk menuggu ari gelap.. kalu dulu winter xde minum2 ptg ni...terus mkn mlm! but since ptg skrg mmg panjang...so terpaksalaa wat sikit kudap2an sbg alas perut sementara tunggu dinner ... nnti x lama lg bila masuk summer kompem kine bykkan xtvt luar sbb kalau dah bz lupa kejap kat perut yg lapar tuh.. :bad_ idea

lasagna daging ni mmg fav hubby...tp jarang2 wat sbb xle mkn selalu! sepotong tuu aikshhh kine lari 3-4 kali round park br leh bako kalori dia tu sbb bila dah beto2 rasa teringin barulaa godek..tu pun kine catu gak xle wat byk2...ngam2 tuk mkn sepotong sorang! resepinya simple...kalau nk lg simple guna jek kuah prego dlm botol tuu...




LASAGNA DAGING
resepi : resepi.net (copy paste fr fp kak madiha @ http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=1615546 )


1 bungkus (225 gm) Kulit Lasagna kering
1 s/b marjerin
½ s/k garam
Air secukupnya , untuk merebus
(Kalau dapat beli lasagna instant lagi senang tak payah nak merebus)
125 gm mozarella cheese ~ diparut halus

Bahan2 Sos Daging
2 s/b marjerin
2 biji Bawang Putih, cincang halus
1 biji Bawang Bombay, cincang halus
500 gm Daging cincang (Madiha guna jenama ramlee sepeket 400 gm tu)
250 gm Tomato, kupas, parut (Madiha guna 3 biji ~ just potong2 & terus blend dlm blender basah tanpa air.. tak parut pun)
300 gm Sos Tomato dlm botol - i guna tomato puree jek dlm 2-3 s/b
100 cc Air (madiha guna setengah cawan jek)
3 blok kiub maggi lembu - guna kiub ayam sbb xde lembu
1 s/k Oregano serbuk
½ s/k Garam,
½ s/b Gula pasir

Bahan2 Sos Putih
50 gm marjerin (tak timbang pun.. bubuh dlm 3 sudu besar)
50 gm Tepung gandum ~ bancuh jadikan pes likat dengan sedikit air
400 cc Susu Cair Evaporated (Madiha guna 1 tin susu cair)
100 cc Air (Madiha guna 100 ml)
125 gm Keju Cheddar parut (Madiha guna mozarella cheese)
1 blok kiub maggi lembu - guna kiub ayam sbb xde lembu
¼ s/k serbuk lada putih
¼ s/k serbuk buah pala - x buh

Cara Menyediakan Kulit Lasagna
1. Panaskan air hingga mendidih, tambahkan marjerin dan garam. Masukkan kulit lasagna satu persatu ke dalam air mendidih dan masak hingga kulit lasagna lembut. (Jgn terlalu lembut sgt.. nanti terkoyak) Toskan dan masukkan dlm sebesen air biasa.

(note: terpulang kpd jenis lasagna yg digunakan..ada yg perlu rebus, ada yg x perlu..since i guna lasagna sheet kering yg x perlu rebus so senang kije, just layerkan terus antara sos daging & sos putih)

Cara Masak Sos Daging
1. Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga daging berubah warna & masak.
2. Tambahkan tomato parut (tomato blend) dan sos tomato dan air. Bubuh kiub pati lembu MAGGI, oregano serbuk, garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih & sos agak kering.

Cara Masak Sos Putih
1. Panaskan marjerin, masukkan pes tepong gandum & kacau rata. Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Tambahkan keju parut, kiub pati lembu MAGGI, serbok lada putih & serbok pala.
2. Masak hingga mendidih dan mengental.

Penyediaan Terakhir
1. Sapu loyang atau caserole empat segi dengan marjerin di sekeliling, (Madiha guna loyang 4 segi 10" x 10". susun kulit lasagna pada dasar loyang.
2. Ratakan ½ bahagian sos daging diatasnya dan ½ bahagian sos putih. Ratakan perlahan2. Susun kembali kulit lasagna diatasnya.
3. Ulangi proses sama spt tadi diakhiri dengan susunan lasagsa di atas sekali menutup sos putih.
4. Taburkan cheese parut atasnya.
5. Bakar dengan suhu oven 180°C (atas bwh) hingga kuning kecoklatan (± 40 minit). (suhu bergantung oven masing2)
6. Angkat. Sajikan panas.

NOTE : i wat skit jek drp adunan asal sbb cuma mkn berdua...




ROJAK INDIA
resepi: tulip77@myresepi.com


- Bahan Cucur -
1 cawan tepung
1/4 st baking powder
1/2 st serbuk kunyit
1 st gula
1/4 st garam
125 ml air

- Bahan kuah -
300g keledek
1.5 liter air
1 sb asam jawa
75 ml air
3 bj bawang merah - cincang halus
2 bj lada merah - dikisar
1/3 st garam
3 sb gula - guna gula perang tuk dptkan kaler yg menarik
20g kacang tanah - digoreng & dikisar halus
1/2 st kicap masak hitam (x buh sbb i guna gula perang)
1/2 sb cuka
1/3 cawan minyak masak

CARA:

Untuk bahan cucur :
1. Campurkan semua bahan kecuali telur.
2. Gaulkan sampai sebati & perap selama 1 jam.
3. Masukkan telur dan kacau rata.
4. Panaskan minyak dan goreng keemasan dan dihiris. Siap

Untuk bahan kuah :
1. Rebus keledek empuk. Kisar dengan air.
2. Campur asam jawa dengan 75ml air, tapis dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumis bawang dan cili merah.
4. Tuang keledek & kacau. Selepas 5 minit masukkan garam,gula dan air asam jawa. Kacau selalu atas api perlahan.
5. Masuk kacang tanah, kicap hitam dan cuka. Masak sampai terbit minyak.
6. Rasalah masam & manisnya blh di adjust mengikut selera

Bahan sampingan - telur rebus, taugeh yg dicelur seminit dalam air panas dan timun yg dipotong memanjang.




ROTI JALA
resepi : lynn@myresepi.com


450g tepung gandum
1 camt garam
1/2 camt serbuk kunyit
450 ml susu segar
3 biji telur (di pukul sedikit )
450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
2 camb mentega cair
minyak untuk melenser
acuan roti jala

CARA:
1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya.
2. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya.
3. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh.
4. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.
5. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
6. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
7. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
8. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal.
9. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
10. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.

Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.

NOTE: wat 1/2 adunan saja, disebabkan kesuntukan masa yg teramat, maka sumenya i buh dlm blender pastu kisar sampai hancur/sebati...buh dlm bowl besar & terus menjala sehingga abes! kes ada anak kicik sume kine express maaa ~ oh ya resepi asal kak lynn mkn ngan kari daging, since stok daging udah abes maka jdla kari ayam!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net