S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 9-Jun-2010 09:56 Email | Share | Bookmark
S A N G A P

 
 
 
 
 
 
 
 
Quote:
sungguhlaa mama rasa sangap dua tiga minggu ni....nak2 pulak last week papa cuti seminggu... ari2 rasa xde mood... xde idea...penat....malas...nk masak apa. ngan si myra lak meragam nk tumbuh gigi...3 ari berturut2 dia 'kucil' atas katil mmg hanginnn mama dibuatnya!!!

minggu ni dah pulih skit semangat nk memasak bila papa start kije blk....bukan mama x suke papa ada kt umah mmg meriah, ari2 leh keluar jln2...tp tulaa letih sgt bila sume ada, penat tu cam berganda2 drp selalu...

smlm operasi selongkar dapur cik mat...nak cr resepi yg plg mudah tp plg sedap! akhirnya jumpalaa ayam masak minang..tgk resepi cam simple jek tp mmg hasilnya x mengecewakan...kine ngan selera anak tekak maceh yek cik mat....halal yek kita tambah nanas dlm masakan tu pandai2 jek ubah resepi org ngeh3....




AYAM MASAK MINANG
Resepi : cik mat gebu


1 ekor ayam, dipotong 12 (mat potong 16)
20 tangkai cili kering, kerat, rendam air panas, tos dan kisar halus
3 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 cm halia*
1o biji buah keras*
2 cm kunyit hidup*(*dikisar halus)
5 cm lengkuas, diketuk
2 batang serai, diketuk
200 ml santan (mat guna susu sejat) - i guna santan so dpt byk skit kuah dia hehe
1 kiub ayam "Maggi"
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
** nanas - (bhn i tambah)

CARA:
1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai dan lengkuas titik, tumis hingga harum.
3. Masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga terbit minyak.
4. Tambah cili kisar dan terus menumis hingga cili dan bahan lain garing.
5. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Biar ayam kecut sedikit.
6. Tambah santan, kacau dan masak dengan api sederhana. Masukkan asam gelugur, garam secukup rasa dan sedikit gula (mat guna gula melaka). Kacau sebati.
7. Masak hingg kuah pekat dan sedikit kering, rasa dan jika ok boleh matikan api.
8. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man...




KARI KEPALA IKAN ALA MAMAK
Sumber : Ana Elianas FP (c&p from FP kak madiha)

Kepala ikan merah yg siap dipotong - nak guna ikan lain pun boleh (i guna 2 keping kepala ikan salmon yg dah siap dibelah dua)
3 sudu besar rempah kari ikan - Ana guna Alagappa (MaDiHa guna 4 sudu besar kari ikan Baba's)
2 sudu besar cili kisar - nak guna cili serbuk pun boleh
** 1 cwn santan (i tambah sbb prefer kari yg berlemak skit)

Bahan2 Kisar
1 biji labu bawang besar
3-4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
sedikit lada hitam

Bahan2 Mayang
1 labu bawang besar dimayang halus
3 biji bawang putih

daun kari 2 tangkai (Jangan leraikan)
sedikit halba campur
air asam jawa lebihkan sedikit
garam secukup rasa

Bahan Rampai
Terung ataupun boleh guna kacang bendi (i x bubuh sbb xde stok)
Cili hijau
Buah tomato

CARA:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur. Setelah agak layu masukkan cili kisar, bahan mesin. Kemudian masukkan rempah kari ikan.Masukkan 2 tangkai daun kari...jgn ceraikan daun tu..sbb batang daun tu akan memberi aroma yg sedap pada kari kita. Masak sehingga hilang bau rempah tu... masukkan air jika rempah nampak kering.
2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis...masukkan garam.
3. Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai. Masukkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah. Sedia utk dihidangkan.


KERABU EPAL

1 biji epal hijau - sagat/mayang kasar ( i prefer cincang mcm timun tu sekali dgn kulit2)
1 biji bwg besar - mayang bulat
4 biji cili padi - hiris
1 biji cili masak merah - hiris/mayang
lemon juice/ limau nipis
coriander cincang
sedikit nampla
garam & gula
ikan bilis goreng - tumbuk kasar ( i guna ikan bilis thailand yg siap digoreng)

CARA:
1. satukan epal, bwg besar, cili padi, cili merah & coriander dlm mangkuk
2. masukkan lemon juice, nampla, garam & gula..adjust rasa
3. taburkan ikan blis goreng yg ditumbuk, gaul sebati & hidang segera.




BOQUERONES a.k.a MARINATED WHITE ANCHOVIES
resepi : http://fishcooking.about.com


anchovies fresh/frozen - dicuci, toskan & belah dua spt 'butterfly' jgn sampai terputus dua
garam
dried mix herbs/parsely
vinegar
bell peppers (kalau suka) - potong panjang2
2 ulas bwg putih - cincang
extra virgin olive oil
lemon juice

CARA:
1. susunkan anchovies ke dalam bekas plastik & ditaburkan garam byk2 ke atasnya...susun setiap lapis anchovies dgn selapis garam..ulang sampai habis
2. masukkan vinegar perap sekurang2nya selama 24 jam
3. selepas diperap, toskan vinegar, kemudian buangkan tulang anchovies dgn jari ( anchivies akan lembut memudahkan tuloang utk tanggal). buat sampai habis
4. kemudian, masukkan anchovies dlm bekas plastik, tuangkan olive oil ke atasnya..taburkan bwg putih cincang, bell pepper & mix herbs..ulang setiap lapis anchovies dgn campuran bwg putih+ herbs+ bell pepper td sampai habis..
5. perahkan lemon juice & curahkan olive oil lg sampai menutupi anchovies...perap selama 24 jam. lg lama perap lg sedap...jeruk ni bole tahan berbulan2 dlm peti sejuk.



lil myra @ 7th month ISYARAT BAGUS!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Quote:
AWARD & TAG

sori sgt2 kt kak maisya sbb hampir2 terlupa nk amek award fr blog akak...dah lama x dpt award..excited pulak tambah2 dpt apron yg cun hohooo maceh yerr sbb ingat gak kt kita cuma rasa cam x layak jek nk gantung award tu sbb kita bkn 'pro masak', 'pro cilok' resepi org ada laa kan cik mat kan?? (dapur dia laa ni laa ygs elalu jd mangsa) ngeh3..


ni plak h/w package sekali 2 dlm 1 dtg ngan award tu..

JENIS LAUK YANG SUKA DIMASAK....

1. PERCIK ( fav kitorang..sume benda kalu bole i nak percikkan! )
2. TOM YAM
3. ASAM PEDAS (yg ni mmg fav i sorang je kot...)

PENCUCI MULUT YANG PALING BEST PERNAH BUAT....

1. TAPAI (serius i mmg x penah wat tapai sendiri...pestime wat masa dok sini mmg gile best giler laa)
2. TIRAMISU ( yg ni ctnik yg ajar...mmg lemak berkrim kesukaan ramai)
3. RICH CHOC PUDDING

JENIS BISKUT KEGEMARAN TIME RAYA....

1. sume jenis biskut raya xde pengecualian!
2. -
3. -


Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yang juga rajin memasak....

1. Kak zaiy
2. Umieaisyah
3. Kak eida






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net