S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 22-Feb-2011 11:17 Email | Share | Bookmark
KUIH-MUIH TRADISI

 
 
 
 
 
 
 
Quote:
salam semua...
dekat setahun mama x update fp ni..tetiba rasa terpanggil utk kemas kini fp lama sbb walaupun x berupdate tp mama tetap jdkan fp ni sbg 'rujukan' bila nak memasak...byk resepi2 fav yg mama simpan di sini, rasa sayang pulak bila ada resepi2 baru yg kalu x 'simpan' takut susah nk korek balik...maklumla xde masa nk print n bukukan sumenya...

ni antara kuih2 tradisional yg menjadi fav cik myra...sonok sgt bila penat2 buat kuih tp tgk anak berselera mkn...sungguh2 mkn rasa puas ati sgt2! berbaloi mama kukus berjam2 hehee...




SERI MUKA JAGUNG
resepi asal : kak rusnah (fp)


Bahagian bawah:
1 1/2 cwn beras pulut direndam kemudian ditoskan
1 1/2 cwn santan
sedikit garam dan gula
1 st butter (x bubuh,mama gantikan dgn sedikit minyak masak)

CARA:

1. Kesemua bahan dikacau rata dan dikukus dlm loyang.Bila pulut masak ratakan.
2. Semasa pulut panas2, buh bhgn atas, dan kukus lg sampai masak.
note: pastikan penutup kukusan ditutup dgn kain supaya wap air tidak menitis atas kuih..

Bahagian atas :
2 biji telur (mama guna 1 sahaja)
1/3 cwn gula pasir
1/2 cwn santan pekat
1/3 cwn susu cair
2 sb tepung gandum
1 sb tepung custard
*1 s/k tepung jagung (mama tambah sbb nk kasi keras skit cik myra nk pgang nnti xdela comot)
sedikit garam dan vanilla
sedikit pewarna kuning
2 sb jagung cream (mama xde stok so x bubuh)

CARA:

1. Pukul telur bersama gula sebati kemudian masukkan bahan yang lain.Kacau sebentar di atas api bagi naik wap sahaja kemudian tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus lagi 20 minit.
2. Tunggu sejuk beberapa jam br potong (utk kuih nampak kemas & cantik)





SERI MUKA PUTERI SALAT
resepi: nanasham@myresepi.com

Bahan lapisan bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak

Bahan lapisan atas:-
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

CARA MEMBUAT:
1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
6. Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
Untuk lapisan atas:-
1. Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2. Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3. Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4. Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam...
.
PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...




SAMOSA DAGING

bhn inti:
2 ulas bwg putih (mayang)
1 biji bwg besar (mayang)
1-2 ulas shallots (mayang)
rempah kari dging (agak2)
2 biji besar kentang
1 btg carrot
dging cincang
kiub ayam
garam & gula
lada hitam
lada sulah
air secukupnya
nampla/fish sauce (optional)
* 2 s/b bwg goreng & segenggam coriander cincang (last sekali bubuh aft siap inti..just gaul rata)

KULIT POPIA (saiz besar)
1 bijik telur- dipukul sedikit
minyak utk menggoreng

CARA MEMBUAT:
1. panaskan sedikit minyak, kemudian tumiskan bwg putih, bwg merah & bwg besar hingga wangi.
2. masukkan daging cincang, goreng hingga masak
3. masukkan rempah kari (agak2) kemudan gaul sebati, goreng hingga naik minyak
4. masukkan kentang, carrot & sedikit air, masak hingga empuk
5. tambah kiub ayam, garam, gula & nampla, adjust rasa.. bila empuk matikan api & tabur coriander cincang & bwg goreng..gaul sebati. biarkan sejuk.

cara melipat samosa bole refer di sini http://www.youtube.com/watch?v=kWjg3zdEx3w

1. potong/gunting kulit popia kpd 3 bahagian
2. kemudian lipat spt dlm video di atas...buat sampai habis, goreng dgn minyak byk hingga perang.



inti samosa daging ~


KEK SARANG LEBAH
resepi : cik mat gebu (c&p fr blog DTS)


110 gram gula pasir
120 ml air
30 gram mentega
3 biji telur gred "A"
80 gram susu pekat manis
90 gram tepung gandum*
1 1/4 camca teh soda bikarbonat*(*gaul rata dan ayak)
1/2 camca teh baking powder * (gaul rata dan ayak)

CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 x7 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak (i guna fan oven, so suhu oven dikurangkan jd 150C).
2. Masak gula pasir hingga menjadi gula hangus, guna api sederhana. Perlahan2 tuangkan air tadi..berhati2 sebab gula akan memercik. Kacau rata dan masukkan mentega, biar mentega larut. Sejukkan.
3. Putar telur hingga berbuih. masukkan susu pekat manis dan putar hingga sebati.
4. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit.
5. Putar rata, tuang gula hangus tadi dam gaul rata. Perap adunan tadi 2-3 jam..
6. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Uji kek dengan mencucuk lidi sate, bila keluar bersih, tanda kek telah masak. Keluar dan dari acuan dan biar sejuk sebelum dipotong




SERI AYU
resepi: rossitamz@myresepi.com

5 biji telur (saiz kecil)
250gm tepung gandum
300gm gula
2 camca teh ovallate - i x bubuh sbb xder
1 camca teh baking powder
250ml santan
Pewarna hijau
2 camca teh paste pandan
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

CARA:
1. Panaskan kukusan.
2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

NOTE: adunan buleh dpt dlm 40 biji bergantung pada saiz acuan. kalau guna kelapa parut kering dinasihatkan kukus dulu kelapa td bersama sedikti air hingga lembut spt kelapa parut fresh. kemudian lg bgus kalu kelapa tu digaul bersama sedikit tepung jagung & garam sbg perasa & agent pelekat supaya bila dikuarkan drp acuan nnti kelapa atas kuih tuh x runtuh/hancur...






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net