S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 1-Mar-2011 14:56 Email | Share | Bookmark
BIRTHDAY MAMA ♥♥♥

 
 
 
Quote:
last week 27hb feb bday mama...this year sgt sonok sbb cik myra dah besar...last yr masa bday mama..alahaiii sedih nk cite! sebak tui kalu dikenang2 tp this year mmg best myra berkali2 kiss pipi mama manalaa x special kan!

walaupun terpaksa bake sendiri cake bday but mama rasa sgt puas ati, berbaloi dok dapur berjam2 sbb cik myra bule abes sampai 2-3 slices kek! mmg sohih ikut tekak maknya...HANTU KEK!




CHOCOLATE SPONGE CAKE
resepi asal: strawberry cake by cik mat gebu


Bahan Kek (Ini adunan asas, boleh tukar apa2 perisa ikut suka)
5 biji telur gred A
125 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*diayak 3 kali)
75 ml minyak jagung/sayur
160 g gula halus
15 g ovallate
2 camca besar susu segar
1 camca teh chocolate emulco

Bahan Lain
Krim putar secukupnya
Strawberry segar secukupnya
Coklat masakan

CARA:
1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin kek berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Tuang gula halus bersama ovallate dalam mixing bowl, putar hingga ovallate mesra bersama gula halus.
3. Masukkan kesemua 5 biji telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan kental seperti adunan baulu.
4. Masukkan choc emulco dan putar hingga sebati. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Tuang susu segar dan putar hingga rata.
5. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul rata.
6. Tuang dalam tin tadi dan bakar 25 - 30 minit hingga masak.
7. Keluarkan serta merta dan terbalikkan tin atas jaringan. Biar kek sejuk dalam bekas dalam keadaan terbalik. Bila betul2 sejuk baru tanggalkan tin.

Dengan pisau bergerigi, potong kek kepada 3 bahagian yang sama besar. Letak satu keping kek atas papan kek, sapu rata krim putar dan ratakan. Tindih dengan lapisan kek kedua dan buat kaedah yang sama. Dan akhir sekali letakkan potongan kek terakhir. Sapu keseluruhan kek dengan krin putar dan hias ikut kreativiti masing2...Selamat mencuba..




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net