S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 10-Mar-2011 10:36 Email | Share | Bookmark
resepi lauk-pauk pilihan

 
 
Quote:
kali ni share resepi lauk-pauk plak..

1st AYAM PERCIK KLATE kalu ikutkan version klate mmg percik kaler putih...tp since kt umah ni kalu percik2 lebih suke kaler merah br terbangkit selera so mama tambah skit cili kering kisar dlm kuah percik tu jdlah kemerah2an..kalu nk yg version putih, jgn buh cili kisar, utk dptkan rasa pedas skit kisar lada hitam.

2nd ASAM PEDAS AYAM...actually asam pedas ni resepi cik mat gebu...mama kalu nk masak asam pedas mmg x cr resepi lain dah, sbb resepi CMG ni the best! mmg pekat, pedas, masam etc serba lengkap laa kt tekak mama tqvm pada penyumbang resepi2 ni...jasamu dikenang ~




ASAM PEDAS AYAM
Resepi asal: Cik mat gebu


1 ekor ayam kampung, dipotong 16 bahagian (ayam daging pun boleh)
1 biji terung bulat besar
1 pokok sawi jeruk, rendam dalam air sejuk (x bubuh sbb xde)
2 genggam daun kesom
1 1/2 cawan jus asam jawa ( i gantikan dgn 2-3 keping asam gelugur/keping)
1 1/2 cawan cili kisar
Garam dan secubit gula
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia tua*
3/4 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas*
3 biji buah keras*
1 1/2 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk lumat2)
**1 kuntum bunga kantan (i tambah)

CARA :

1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
2. Terung dibuang sedikit kulitnya, kerat 2 setiap belahan. Sawi jeruk, dipotong sederhana besar dan rendam. Ketepikan.
3.Panaskan minyak dalam periuk (nak real lagi, guna belanga tanah).
4. Tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak. 5. Masukkan ayam dan gaul rata, biar ayam kecut sedikit bersama rempah2 tadi.
6. Tuang air secukupnya (anggaran 1500ml, sebab ayam kampung lambat empuk). Renih hingga ayam 3/4 lembut, masukkan sawi jeruk (toskan dulu) dan terus memasak hingga ayam lembut.
7. Masukkan terung dan jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula sebagai pemangkin rasa. Biar mendidih hingga terung lembut, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam2man...




AYAM PERCIK KELANTAN
resepi asal :putra_yanty@myresepi.com


Sekor Ayam
1 liter santan
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 Batang serai
1 cm kunyit hidup (serbuk kunyit pun boleh jgk)
1 sudu beras (direndam sekejap, dan ditumbuk hingga lumat)
1 keping asam keping
3 tangkai cili kering
Garam dan gula
** nampla (mama tambah)

CARA:

1. Tumbuk 1 inci halia dan 2 ulas bawang putih bersama garam yang secukupnya. Perapkan bahan tersebut bersama dengan ayam (saiz ayam tu bergantung pada individu).
2. Kemudian kukus ayam tersebut sehingga 3 suku masak. Kalau dah terlebih masak pun tak per jugak.
3. Sementara menunggu ayam tu masak, blendkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili kering tadi bersama.
4. Masukkan kesemua bahan yang diblend, beras yang ditumbuk, santan, serai yang diketuk, asam keping, garam dan gula & nampla ke dalam periuk. (Beras akan menyebabkan santan tu menjadi pekat dan berkeladak sedikit)
5. Masak kesemua bahan2 tersebut. Semasa memasak bahan tersebut, perlu diingatkan supaya sentiasa mengacau sehingga mendidih dan sehingga naik minyak. Bila rasanya dah ok, blehla tutupkan api.(Kalau guna santan kotak, memang takkan nak minyak walaupun kuah tu kering)
6. Ayam yang siap dikukus tadi bleh la dibakar.. sehingga keperang-perangan. Bila dan perang, cucurkan kuah santan tadi keatas ayam tersebut dan bakar lagi. Kalau agak2 susah nak guna cara ni, bakar guna oven pun bleh jugak.
7. Dah pun siap dan bleh la dimakan dengan nasi putih.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net