S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 10-Mar-2011 10:59 Email | Share | Bookmark
'kek PUTUS kasih'

 
Quote:
semalam mama teringin nk buat kek... sbb asyik buat kuih jek lama2 stok santan pun dah licin

tetiba sampai seru nk try wat KEK ALUNAN KASIH tgk ramai yg dah mencuba ckp kek ni sedap...cantik plak tuh! teruja sungguh tgk...nk membuat pun simple, bhn2 pun x renyah...sume ada kt umah ni. time cik myra sedap tido mama pun cepat2la baking..cuma dek kerana nk cepat mama skip 1 step dlm resepi tu..sepatutnya kek ni sblm ayak serbuk koko tu kine ratakan dulu adunan kek tu biar sama rata...tp amma nk cepat sgt so x ratakan (dlm hati mmg niat kunun2 x rata nnti kek ni jg bergelora gitu ombaknya! ) time bakar tu fuhhh semerbak baunya....

sekali.....pas bakar...sejukkan jap terus mama potong sbb nk kasi myra mkn bila bgn tido..sekali koooo mama gelak2 terbahak2 tgk rupa kek ku.... ni bukan kek alunan kasih ni...lg sesuai kalu diberi nama KEK PUTUS KASIH!




KEK ALUNAN KASIH
resepi : amek kt blog mat gebu


5 biji telur gred "A"
250 gram mentega
2 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair
Serbuk koko secukupnya
Pewarna makanan ungu + perisa blueberry (mama gantikang ngan paste pandan + pewarna hijau)
Pewarna makanan merah jambu + perisa Strawberry
Pewarna makanan kuning + vanilla

CARA:

1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser acuan berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
2. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Masukkan susu cair dan esen vanilla, putar sebati.
3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bagi adunan tadi kepada 3 bahagian dan setiap bahagian tadi diberi pewarna dan perisa seperti di atas. Kacau rata untuk setiap bancuhan.
4. Tuang 1 bahagian dalam tin kek tadi, ratakan (terpulang pada anda nak guna bancuhan yang mana satu dulu). Kemudian ayak serbuk koko atas bancuhan pertama tadi, rata2. Tuang pulak 1 bahagian lagi, perlahan2 ratakan. Ayak lagi serbuk koko rata2 dan tuang bahagian terakhir, ratakan.
5. Bakar selama 45 minit atau hingga masak, yang ni bergantung pada oven masing yea. Bila kek masak, sejukkan sekejap dan keluarkan dari tin, sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidangkan...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net