S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 17-Mar-2011 10:26 Email | Share | Bookmark
pilihan minum ptg ~

 
 
 
 
 
 
Quote:
sejak dua menjak ni setiap ptg mesti terasa cam nk wat kudap2an...esp tuk cik myra mama suke sgt tgk dia mkn...berselera sungguh!

ritu mama wat apam dot dot yg comey lote tuu gebus2, tembam2, montok2 apamnya! sgt comeyyyy myra kutip yg kale pink jek bila papa amek yg pink ushar panas jekk dia...mesti dlm ati dah aim! hai anak...kecik2 lg dah ada her fav colour erk!

blueberry cheese tart tu plak mama yg ngidam...myra x suke sgt pun sbb ada inti jam...dia ni kalu jam2 ni mmg kureng...next time maybe kine wat yg version plain jek just cheese tuk cik myra




APAM DOT COM DOT MY
resepi : amek fr fb kwn mrs nor (mekasih kak nor..halal yek kita c&p resepi akak)

2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu
Jem strawberry/blueberry
pewarna yg disukai.

CARA:
1.Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.
3. Masukkan susu segar, gaul sebati
4. Masukkan tepung, sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai dan masukkan dalam pipping bag
6. Pipekan separuh aduanan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit jem ,dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh.
7.Kukus selama 15-20 minit.




BLUEBERRY CHEESE TART
resepi : amek fr fb kwn mrs nor (mekasih kak nor..halal yek kita c&p resepi akak)


Bahan tart:-
250gm butter
125gm icing sugar
1 biji telur
400 gm gandum
40 gm susu tepung
sedikit garam
1 sudu esen vanila

CARA:
1. Pukul butter dgn gula ising hingga kembang
2. masukkan telur, pukul sampai sebati
3. masukkan tepung,susu tepung gaul hingga rata - rehatkan doh dalam peti ais lebih kurang 1 jam
4. cubit sedikit dan tekan dlm tart mould yg telah digris. (Tekan dlm mould dgn sudu/ ibu jari lagi senang)
5. bakar 180C utk 10-12 minit (3/4 masak). Keluar dan ketepikan.

Bahan Filling:
250 g cream cheese
50 g gula
25 g butter
1 biji telur
25 g whipping cream (x bubuh sbb xde)
20 g tepung
Blueberry filling (i guna blueberry jam conserve jek)

CARA (filling) :
1. Pukul cream chese gula dan butter sampai kembang
2. Masukkan telur dan puku lagi hingga rata/sebati. masukkan whipping cream dan tepung..gaul sebati Masukkan dalam pipping beg.
3. Bubuh dalam 1/2 sudu kecil blueberry dalam tat shell(nak senang masukan blueberry dlm pipping beg juga..picit sikit) dan pipekan cheese keatasnya kemudian calitkan sedikit blueberry keatasnya dan swir dgn lidi.
4. Bakar semula. Bila dah masuk filling guna api bawah sahaja baru nampak smooth cheese tu.




FRUIT TARTLETS
resepi : amek fr blog kak nita sheffield


kulit tart:
250gm mentega - suhu bilik
120gm gula aising
2 biiji kuning telur
440gm tepung gandum - diayak
1 camt esen vanila

custard filling:
2 camb tepung gandum
2 camb tepung kastard atau tepung jagung
8 camb gula kastor
2 cawan (500ml) susu segar
2 biji telur
2 camb (30gm) mentega

CARA:
1. griskan dulu acuan tartlet dan susunkan ke atas baking tray
2. untuk pastri: adunkan semua bahan hingga menjadi doh. gelek di atas papan pencanai setebal 5mm
3. setelah itu ambil pastry cutter tekapkan ke atas doh tadi dan tekapkan pula ke dalam acuan
4. tekan sedikit untuk memasukkan doh tersebut dan trimkan dengan pisau atau gunting di tepinya
5. panaskan oven pada suhu 175C
6. cucukkan dengan garpu di tengah2 doh lalu bakar selama 20 min atau sehingga kekuningan
7. kelurkan dari oven dan tunggu hingga sejuk sebelum menanggalkan pastri dari acuan
8. untuk custard: campurkan tepung gandum, tepung kastard dan gula di dalam mangkuk. campurkan pula 2 camb susu daripada 500ml susu tadi dan kacau rata
9. masukkan telur sebiji2 dan gaul rata lagi. setelah itu tuangkan kesemua susu tadi dan kacau lagi hingga larut
10. kacau adunan ini di atas api yang kecil hingga agak kental. adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2. boleh jugak memasukkan di dalam microwave dengan suhu tinggi hingga pekat dan buka microwave sesekali lalu kacau supaya tidak berbentil2
11. apabila tampak likat, keluarkan dan masukkan mentega lalu kacau hingga sebati. biarkan kastard sejuk dahulu sebelum di masukkan sedikit ke dalam pastri yang telah dibakar tadi
12. setelah itu bolehlah dihiaskan dengan buah2an kegemaran seperti strawberi, kiwi dan peach


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net