S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 23-Mar-2011 10:17 Email | Share | Bookmark
MARBLE CHEESE BROWNIES

 
 
 
 
 
 
Quote:
yup, kombinasi cheese & cokelat mmg terbaik!

minum ptg smlm buat sebijik cheese brownies ni...sbb ritu ada offer kt asda cream cheese so mama cepat2 rembat 2 tub hik3...tamak sungguh! dlm ati ckp xper mcm2 bole bikin ngan cream cheese ni, pasti abes punya.. cheese brownies ni mmg sedap lg2 kalu mkn masa sejuk2 tu perghhh nikmat sungguh




MARBLE CHEESE BROWNIES
resepi: kak meen (c& p fr fp akk rinn)


Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor (i buh 1 1/4 cwn sahaja)
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah. (i bakar sampai permukaan atas brownis 'firm' anggaran 3/4 masak lebih drp 20min)


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor (i bubuh 3/4 cwn shaja)
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CIK MYRA @ 17 BULAN






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net