S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 23-Mar-2011 12:01 Email | Share | Bookmark
ouh kuih..KARIPAP!!

 
 
 
 
 
Quote:
hehe karipap panas...karipap panas!

kalu mkn karipap ni ptg2 mmg layan...nak2 pekena ngan teh O panas kt balkoni, sambil tgk permandangan angsa2 & itik2 main air kt sungai depan umah ni..alangkah nyamannya!

selalu i buat karipap pusing (time xde cik myra) mmg rajinlaa mengisi stok karipap frozen dlm esbok but now nk buat karipap biasa pun x terbuat! sungguhlaa terhad masa di dapur tu, time cik myra tido siang2 tu laa terkejar2 nk masak nk kemas umah, basuh kain baju etc..ermm bila ada masa minum ptg sorang2 camni mmg masyukkk!




KARIPAP DAGING RANGUP
resepi: nasuha1523@myresepi.com


Bahan-bahan ( 50 biji )
Bahan Inti :
500 g kentang - dipotong dadu
300 gm bawang besar - dipotong dadu
400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil

Tumbuk Lumat :
½ biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
½ sd besar jintan manis
3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
2 sudu besar minyak
½ batang besar kulit kayu manis
2 sd teh gula / secukup rasa
1 sd teh garam / secukup rasa
350 ml air

Doh Karipap :
500 g tepung gandum - diayak
½ sd besar garam
94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
1 biji telur
½ cawan ais
250 ml air
Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai

CARA:

Inti :
1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. M
2. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
3. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati.
4. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
5. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

Doh :
1. Masukkan tepung dalam mangkuk.
2. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti.
3. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
4. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.
5. Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap)
6. Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
7. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
8. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.




MINT TEA...



Quote:
TIPS:
Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net