S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 20-Apr-2011 08:34 Email | Share | Bookmark
KEK PISANG ~

 
 
 
Quote:
ni resepi kek pisang yg dah berkali2 ulang tayang kt fp i, heheee bila stok pisang kt umah byk berlebihan dan nk lembik n lebam xtau nk buat apa mmg i akan transform jd kek pisang ni..simple & sedap. lg2 kalu nk bwk ke majlis2 kan sbg buah tgn or jamu tetamu yg bertandang ke rumah, x perlu susah2 nk deco bagai hehee 1 bijik kek dpt byk mmg puasla mkn berhari2...




KEK PISANG
resepi: adsweet@myresepi.com


7 biji pisang berangan ( i guna 5 bijik pisang asda saiz sederhana)
1 cawan minyak masak
2 sudu kecil soda bikarbonat (i buh 1 s/k sahaja sbb x suke bau soda terlampau kuat)
5 biji telur
2 cawan gula halus (i buh 1 1/3 cwn sahaja sbb x suke manis)
1 sudu kecil esen vanilla ( i buh esen pisang)
3 cawan gandum

CARA:
1.Lecekkan pisang sampai lumat.Kemudian masukkan minyak dan soda bikarbonat.Gaul sebati. (Bahan A)
2.Gunakan mixer untuk pukul telur dan gula. Masukkan bersama esen vanilla .
3.Kemudian masukkan adunan pisang (Bahan A) ke dalam bancuhan telur dan gula
4.Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata
5.Masukkan dalam acuan. Bakar selama 25-30 minit, suhu 180 C atau mengikut kesesuaian oven masing2.

note:
( i taburkan kepingan badam & bakar suhu 160C fan oven selama sejam lebih...)




Quote:
texture kek ni mmg gebus n moist, i buat dwi warna/perasa plain & cokelat (buh skit emulco) sepatutnya idea asal nk buat cam corak kek zebra tp 'belang2' dia x menjadi plak huhuu


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net