S h i m a 's F o t o P a g e

By: norhasimah mohd nor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 14-May-2011 10:41 Email | Share | Bookmark
NASI DAGANG (my peberetttt) ~

 
 
 
 
 
Quote:
salah satu menu yg PALING2 JARANG mama masak...nasi dagang!

satu ketika dulu mama suke masak sbb ada microwave (senang nk cepat nk kukus) but since microwave mama dah rosak 2 taun yg lepas maka tahap KEMALASAN sgtlaaa menggunung sbb mama simpan periuk kukus atas kitchen cabinet (tinggi2) amatla malas nk tarik kerusi bwk turun ia plus teramat2 malas nk mencuci kukusan ituuu maka setaun sekali jela mama buat nasi dagang ni hik3

kalu nk sedap pekena ngan gulai ikan tongkol...since mama kureng skit ikan2 ni so mama mkn ngan gulai telur & kari ayam wif acar mentah...yum2....ada org suke buat sambal kelapa tp mama x reti nk mkn ngan sambal nyior ni




NASI DAGANG KELANTAN
resepi: mamasya ( ubahsuai fr resepi fr MR)


2 cawan beras pulut merah (beras nadi dagang) + 2 cawan beras wangi (i xde beras wangi so campurkan 1 cwn basmathi +3/4 cwn beras pulut)
1 tin(400ml) santan pekat
4 ulas bawang putih-dimayang
2 ulas bawang merah-dimayang
1cm halia - hiris kecil2
1 sudu kecil halba
garam, gula

CARA:
1. Bersih beras dan rendam semalaman
2. Utk santan pekat guna 3/4 tin santan . Manakala santan cair ambik 1/4 tin santan dan ditambah 1/4 cawan air .
3. Masak santan pekat bersama bawang, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama.
4. Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair dan halba. Kukus semula sehingga nasi masak.
5. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
6. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai telur, kari ayam dan acar.




GULAI TELUR

5-6 biji telur rebus (kupas & buang kulitnya)
santan pekat
sedikit air (utk kuah)
2 keping asam gelugur
garam & gula perang
sedikit kiub ayam
2 s/b rempah kari ikan
sedikit kerisik
cili hijau/cili padi (buh sebijik2)

bhn kisar:
3-4 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1/2 inchi halia
1/2 inchi lengkuas

CARA:
1. panaskan minyak, tumiskan bhn2 kisar hingga wangi
2. masukkan rempah kari ikan, tumis kejap..kemudian masukkan santan, air, asam keping & telur...
3. masak hingga mendidih masukkan bhn2 perasa, garam gula & adjust rasa
4. dah hampir masak, masukkan cili hijau & kerisik tuk pekatkan kuah gulai..siap.


KARI AYAM

1/2 ekor ayam - potong2
2 keping asam gelugur
1 tin santan pekat
sedikit air (utk kuah)
1 s/b cili kering kisar
daun kari
3 biji kentang - potong 6
2 biji tomato - belah 4
3-4 biji cili masak hijau
1 keping kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 s/b rempah kari daging/ayam
1/2 s/b serbuk paprika
1/2 kiub ayam
garam & gula

bhn kisar:
5 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih

CARA:
1. panaskan minyak (agak byk) dlm periuk, tumiskan bhn2 kisar bersama cili kering kisar, daun kari, kulit kayu manis & bunga lawang hingga wangi.
2. kemudian masukkan rempah kari & serbuk paprika, goreng lg...
3. masukkan ayam, masak sebentar...masukkan sedikit air bersama sedikit santan, renihkan ayam.
4. masukkan balance air, santan, asam gelugur, kentang..masak hingga kentang empuk.
5. last sekali, masukkan garam gula, bhn perasa, tomato & cili masak...kacau sebati, adjust rasa secukupnya. siap utk dihidang.




ACAR MENTAH

1/2 biji timun - potong
1/2 biji carrot - potong
1 biji beg besar - mayang
1 biji cili masak - potong
sedikit cuka
garam & gula

gaul sebati sume bhn dlm mangkuk, siap.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net